| Adakah ibu bapa bukan kata majmuk? Dalam konsep kata majmuk, satu daripada syaratnya adalah tidak boleh disisipkan dengan beberapa perkataan di antara unsur-unsur yang membinanya. Dalam isu ini, ibu bapa boleh disisipkan dengan "dan" di antara kedua-dua unsur yang membinanya lalu menjadikannya " ibu dan bapa" yang masih membawa maksud ibu serta bapa. Adakah ini benar? | Ibu bapa ialah frasa nama yang boleh dibuktikan dengan penyusupan kata hubung seperti dan. Kekeliruan dalam buku Tatabahasa Dewan tersebut akan diperbaiki dalam terbitan yang akan datang. | Tatabahasa | 04.05.2020 |
| As Salam Tuan.. Saya ingin memohon Lesen Perniagaan di Majlis Daerah Hulu Selangor. Salah satu syaratnya adalah mendapat pengesahan dari pihak DBP bahawa nama/perkataan yang saya mohonkan dari sudut bahasa adalah terdapat dalam senarai pihak DBP. Nama/perkataan adalah " KOLAM UDANG HERITAGE " Mohon pengesahan dari pihak DBP untuk saya meneruskan permohonan saya ke pihak Majlis Daerah Hulu Selangor. Wasalam Mohamad Zaini Abu Samah Heritage Fishing Enterprise | Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Saiz visual pada kebiasannya mengikut apa yang dikehendaki Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 3. Perlu ada teks dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sahkan. Oleh itu, tuan/puan perlu meletakkan keterangan aktiviti di sebelah kiri paling atas iklan, contohnya RESTORAN. | Lain-lain | 01.03.2018 |
| kami menulis buku....dan kami mahu DBP menerbitkan buku kami.....maka bagaimana caranya? ....apakah syarat-syaratnya? .....bagaimana prosedurnya? | Setiap buku yang diterbitkan oleh DBP perlu melalui proses penilaian terlebih dahulu. Hanya yang sesuai, akur dengan dasar penerbitan DBP dan diluluskan oleh DBP akan diterbitkan. Bahan yang telah siap ditulis bolehlah dihantar kepada Pengarah Penerbitan DBP untuk dipertimbangkan penerbitannya. | Lain-lain | 11.10.2008 |
| Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk menjadi seorang penulis buku ? Bagaimana pembayaran royalti dikira? | Soalan ini terlalu umum. Syaratnya akan bergantung pada jenis buku yang hendak ditulis. Ada buku ilmiah, buku umum dewasa, buku remaja, buku kanak-kanak, kreatif, dan bukan kreatif. Menulis buku kreatif (seperti novel) mungkin lebih mudah berbanding dengan buku ilmiah yang memerlukan ilmu atau kepakaran dalam bidang yang hendak ditulis dan juga fakta sokongannya. Kadar bayaran royalti DBP ditetapkan mengikut jenis buku yang diterbitkan. Perkiraan dibuat dengan mengambil kira faktor peratus bayaran royalti, harga jualan buku seunit, dan jumlah cetak. | Lain-lain | 07.12.2008 |
| Selamat pagi, adakah wujudnya kata sendi pada ......hingga? biasanya kita guna dari......hingga, cthnya:dari dulu hingga sekarang tapi dengan apa syaratnya kita harus guna pada......hingga (sekiranya kata sendi ini wujud)? terima kasih. | Kata sendi berpasangan yang lazim digunakan ialah dari ... hingga, seperti dari Isnin hingga Jumaat. Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat dan lazimnya tidak digunakan berpasangan. | Tatabahasa | 18.05.2013 |
| adakah ayat 'bertanya akan masalah adik' betul? bukankah 'akan' digunakan untuk menjelaskan kata kerja berunsur emotif? bolehkah 'akan' digunakan untuk menggantikan imbuhan '-kan'? Jika boleh, apakah syaratnya? terima kasih | Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Oleh itu ayat; Bertanya akan masalah adik adalah salah. Kata sendi nama 'akan' tidak boleh digunakan untuk menggantikan imbuhan '-kan' | Tatabahasa | 22.09.2008 |
| Assalamualaikum & Selamat sejahtera. Saya Salmi dari Primechem Malaysia Sdn. Bhd. Syarikat kami ingin menukar papan tanda untuk tujuan pengambilan pekerja asing. Soalan saya: 1. Apakah prosedur dan syarat - syaratnya? 2. Berapakah bayaran untuk proses penukaran? 3. Perlukah kami merangka lakaran visual untuk diberikan kepada pihak DBP? Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu dengan kadar segera. Sekian terima kasih, (Ms) Salmi Suhana Binti Mohd Shuhaimi Assistant, HR Address: PTD113388, Jalan Penaga 18, Taman Perindustrian Kota Putri, 81750 Masai, Johor, Malaysia. Tel: +607 388 5566 I Fax: +607 388 5599 Email: salmi.shuhaimi@primechem.com I Skype: pcmjb.hr3 I Website: www.primechem.com _______________________________________ | 1. Pihak tuan hanya perlu membawa lakaran visual iklan untuk kami semak penggunaan bahasa dalam iklan tersebut. Iklan yang disahkan ialah iklan yang mengandungi bahasa kebangsaan atau bahasa kebangsaan bersama-sama bahasa lain. Semua perkataan perlu diterjemahkan dalam bahasa kebangsaan kecuali bagi nama syarikat dan slogan yang telah didaftarkan. Penyemakan boleh dilakukan melalui kunjungan ke ARAS 25, BAHAGIAN PENGUATKUASAAN, MENARA DBP atau melalui laman http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk pengesahan iklan. 2. Kami hanya menyemak penggunaan bahasa dan tiada bayaran dikenakan setakat hari ini.
| Lain-lain | 07.11.2016 |
| baru-baru ini terdapat iklan di akhbar mengenai tawaran membuat pakej buku teks pendidikan moral KSSR darjah 2. saya berminat untuk memohon namun dimana perlu saya merujuk mengenai perkara tersebut dan syarat-syaratnya | Penyertaan Sdr sebagai calon penulis amat kami alu-alukan. Iklan mengenainya serta syarat-syarat yang berkaitan terdapat dalam laman sesawang DBP. Sila rujuk laman sesawang DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sila pastikan juga Sdr tidak terlepas tarikh-tarikh penting yang berkaitan sebagaimana yang diiklankan. | Lain-lain | 29.06.2010 |
| Salam sejahtera, terima kasih atas jawapan yang diberi untuk soalan sebelum ini. Saya ada persoalan lain. 1) Apakah syarat bagi menentukan sesuatu perkataan itu adalah kata nama khas selain dari bermula dengan huruf besar? 2)Adakah Nabi dikira Kata Nama Am atau Khas? 3)Bolehkan imbuhan ditambahkan kepada perkataan-perkataan Kata Nama Khas? 4)Jika boleh apakah syaratnya? Jika tidak apakah sebabnya? Mohon pencerahan dari pihak DBP.Terima kasih. | 1) Selain tulisan, kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama. 2) Nabi ialah kata nama am dan di dalam ayat ditulis dengan huruf kecil. 3) Tidak ada contoh penggunaan imbuhan dalam kata nama khas. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas boleh didahului oleh nama panggilan atau gelaran. Lihat halaman 96 - 97.
| Tatabahasa | 10.07.2014 |
| Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan nama kedai yang ingin diguna pakai. Adakah boleh sekiranya saya ingin menggunakan nama singkatan untuk nama kedai? sebagai contoh : nama syarikat dalam SSM arman business . saya ingin menggunakan ARMN Auto sebagai nama kedai? ARMN adalah singkatan untuk ARMAN adakah boleh dapat pelepasan DBP? | Untuk makluman pihak puan, sebaik-baiknya nama yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) digunakan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sekiranya akronim atau singkatan hendak digunakan perlulah menepati syaratnya dan nama penuh syarikat juga perlu diletakkan di bawah akronim atau singkatan tersebut. Contoh: BDSB Berjaya Dinamik Sdn. Bhd. Untuk contoh yang diberikan, singaktan ARMN boleh digunakan tetapi nama penuh syarikat juga perlu diletakkan di bahagian bawah, manakala perkataan Auto tidak boleh digunakan kerana merupakan bahasa Indonesia yang membawa maksud kereta. | Lain-lain | 11.09.2021 |