salam, "jenayah syariah" atau "Jenayah Syariah"? terima kasih. | Dalam bentuk kata umum ejaan yang betul ialah jenayah syariah. | Ejaan | 29.03.2012 |
Soalan mengenai penggunaan huruf besar atau kecil bagi perkara-perkara berikut :- 1. Pejabat Agama Daerah atau pejabat agama daerah. Contoh ayat : Borang permohonan pendaftaran nikah boleh didapati di semua pejabat agama daerah/Pejabat Agama Daerah. 2. Mahkamah Syariah atau mahkamah syariah. Contoh ayat : Permohonan cerai boleh dibuat di Mahkamah Syariah/mahkamah syariah. 3. Surat Perakuan Nikah atau surat perakuan nikah. Contoh ayat : Setiap pasangan suami dan isteri akan diberi Surat Perakuan Nikah/surat perakuan nikah. 4. Surat Perakuan Cerai atau surat perakuan cerai. Contoh ayat : Selepas perceraian didaftarkan, suami dan isteri akan menerima Surat Perakuan Cerai/surat perakuan cerai. 5. Surat Perakuan Rujuk atau surat perakuan rujuk. Contoh ayat : Suami dan isteri yang telah merujuk semula akan diberi Surat Perakuan Rujuk/surat perakuan rujuk. | Ejaan yang betul ialah: 1. pejabat agama daerah 2. Mahkamah Syariah 3. Surat Perakuan Nikah 4. Surat Perakuan Cerai 5. Surat Perakuan Rujuk | Tatabahasa | 27.08.2010 |
produk berteraskan syariah | produk berteraskan syariah | Tatabahasa | 10.09.2008 |
salam, sy keliru yang manakah benar? 1.Undang-Undang di Malaysia atau Undang-ndang di Malaysia 2. Undang-undang Syariah atau Undang-Undang Syariah? | Ejaan yang betul ialah Undang-undang di Malaysia dan Undang-undang Syariah. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
1) Ejaan yang betul bagi perkataan SYARIAH dalam versi Bahasa Melayu dan English? 2) Ejaan yang betul bagi perkataan SYARIAHuntuk diguna pakai secara domestik dan internasional? | Ejaan yang betul ialah "syariah". DBP tidak dapat memberikan maklumat yang sahih tentang penggunaan dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan semakan di Internet menemukan dua bentuk ejaan , iaitu syaria dan syariah. Penulisan di Malaysia lebih banyak menggunakan ejaan syariah, seperti akta Syariah Criminal Offences. | Ejaan | 16.08.2016 |
CSR:Ceramuh Syariah dan Rungkaian | CSR:Celaru,Syariah dan Rungkaian | Istilah | 08.03.2011 |
Mohon daftar ejaan jawi yang tepat mengikut DBP bagi perkataan di bawah: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA | Padanan Jawi untuk JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA ialah: جابتن کحاکيمن شرعية مليسيا | Lain-lain | 23.04.2019 |
Salam. Saya ingin bertanya, adakah panduan untuk penggunaan perkataan-perkataan berikut dalam sesuatu ayat: syariat, syariah, syarii, dan syarak? Terima kasih. | Syariat, syariah dan syarak ialah perkataan yang sama dalam bahasa Arab yang bermaksud hukum Islam, sebutannya berbeza kerana kedudukan (pada awal, tengah atau akhir ayat) dan fungsi kata tersebut dalam ayat bahasa Arab, manakala syarii bermaksud mengikut hukum Islam. | Istilah | 09.06.2011 |
ingin mengetahui tentang biodata pengarang buku teks pendidikan syariah islamiah tingkatan 5 dan buku teks pendidikan al-quran dan sunnah tingkatan 5 | Berkaitan dengan biodata penulis buku Teks Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al Quran dan al Sunnah Tingkatan 5 ,biodata penulis tidak boleh diberikan kerana maklumat tersebut adalah sulit. | Lain-lain | 06.07.2009 |
Adakah penggunaan imbuhan apitan "di....kan" secara berturutan dibenarkan? contohnya, Akaun ahli diuruskan dan dilaburkan mengikut syariah atau akaun ahli diurus dan dilaburkan mengikut syariah. | Penggunaan imbuhan dalam ayat mesti mengikut bentuk kata terbitan, iaitu tidak boleh apitan "di-...-kan" pada perkataan sebelumnya digugurkan kerana berangkai dengan perkataan dengan apitan "di-...-kan" selepasnya. Frasa yang betul, diuruskan dan dilaburkan... | Tatabahasa | 12.04.2016 |