Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara tiga perkataan berikut yang manakah yang betul: Al-Azhar al-Syarif atau al-Azhar asy-Syarif atau al-Azhar as-Syarif? Boleh jelaskan sebab? | Perkataan bahasa Arab seperti al-, an-, as- dieja dengan huruf kecil dan diletakkan tanda sempang sekiranya diikuti dengan huruf besar selepasnya seperti al-Quran dan as-Siddiq. Sekiranya diikuti dengan kata nama am, perkataan bahasa Arab tersebut dieja bersambung tanpa tanda sempang seperti alkisah dan alhasil. Walau bagaimanapun, perkataan bahasa Arab tersebut dieja dengan huruf besar sekiranya berada pada awal ayat. Merujuk pertanyaan saudara berkaitan dengan penggunaan awalan al-, asy- atau as-, DBP tidak dapat mengesahkan penggunaan perkataan Arab yang betul, kecuali saudara dapat memberikan ejaan dalam bahasa Arab bagi awalan tersebut. | Tatabahasa | 24.03.2024 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Merujuk kepada soalan saya yang lalu mengenai kaedah transliterasi Arab-Rumi, bagaimana pula ejaan rumi bagi kalimah bahasa Arab yang dimulai dengan alif lam syamsiah, al-Azhar al-Syarif ataupun al-Azhar asy-Syarif? | Ejaan rumi yang betul ialah "al-Azhar al-Syarif" | Tatabahasa | 03.02.2023 |
salamun alaikum saya abdullah dari Turki (saya tadi hantar mail ini ke PRPM tapi tidak sampai jadi tolong forward mail ini kepada PRPM) saya belajar bahasa melayu, saya banyak pakai web site PRPM ini. saya banyak berterima kasih atas khidmat kamus DBP. saya sejak 4 tahun pakai kamus online dbp, tetapi saya rasa dulu aturan kamus online lagi bagus daripada kamus online sekarang. saya cadangkan mengaturkan kamus cara begini: contohnya saya cari perkataan MAKAN pertama bagilah MAKAN di kamus dewan ke 4 (tetapi bagilah bahagian makan sahaja) lepas itu bagilah perkataan MAKAN di kamus pelajar ; lepas itu kamus inggiris melayu dan seterusnya. dan apabila habis semua kamus baru letakkan perkataan MAKAN yang ada di mana-mana bahagian kamus. minta maaf susahnya bagitahu sistem tersebut kerana saya masih tidak pandai bahasa malaysia. maklumat tentang saya boleh ditanya kepada puan Rosilawati Syarif (pegawai dbp) sekian, terima kasih | Terima kasih atas perhatian yang diberikan. Cadangan saudara kami ambil maklum dan akan dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab menangani hal sistem ini. Kami sentiasa membuat penambahbaikan (jika difikirkan kewajarannya) bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami. | Lain-lain | 13.01.2011 |