Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~s of public unrest can be seen every day, gejala-gejala ketidaktenteraman orang ramai dapat dilihat setiap hari; their marriage shows all the ~s of breaking up, perkahwinan mereka menunjukkan tanda-tanda keretakan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n indication of disease, injury, etc, gejala, tanda: pain in the abdomen is a ~ of appendicitis, sakit dlm abdomen ialah tanda apendisitis; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata symptom


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. saya ingin mendapatkan makna dalam bahasa melayu bagi ayat di bawah: 1) Late presentation beyond 3 hours from the onset of symptom 2) Delayed presentation beyond 3 hours from the onset of symptom

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan: 

1) Late presentation beyond 3 hours from the onset of symptom 

Kesan yang lambat selepas tiga jam simptom kelihatan. 





2) Delayed presentation beyond 3 hours from the onset of symptom 

Kelewatan kesan selepas tiga jam simptom kelihatan. 

Walau bagaimanapun, cadangan padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Makna13.07.2021
1. Adakah kata simptom ( symptom) merupakan golongan kata adjektif? Sekiranya kata simptom adalah golongan kata adjektif, apakah bentuk katanya? Adakah ianya bentuk kata sifat atau warna atau ukuran dan sebagainya? 2. Saya keliru sama ada kata preskripsi itu berasal daripada bahasa sumber Latin atau Inggeris? Dan apakah kaedah pembentukan istilah bagi kata preskripsi?

1. Perkataan simptom merupakan kata nama.

2. Perkataan preskripsi berasal daripada bahasa Latin. Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah bahasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh mendapatkan buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.
Istilah20.12.2020

Kembali ke atas