apakah maksud mengucapkan syukur? mengapakah kata mengucap syukur salah? mihun yang betul atau bihun? | Mengucap syukur betul dari segi tatabahasa. Kedua-duanya betul bermaksud mi yang halus. | Tatabahasa | 05.08.2010 |
beberapa hari yang lepas saya telah bertanya tentang mengucap syukur atau mengucapkan syukur, pada kedua-dua tersebut, jawapan yang betul adalah berlainan. sekarang saya menjadi keliru. yang mana satu betul? dan apakah maksud perkataan itu? | Mengucapkan syukur bermaksud melafazkan rasa kesyukuran atas sesuatu perkara manakala mengucap lebih kepada maksud menyebut atau melafazkan dua kalimah syahadat. | Tatabahasa | 07.08.2010 |
kata mengucap syukur betul ke? atau mengucapkan syukur? atau mengucap kesyukuran? atau yang betul apa? dan apakah maksud kata tersebut? | Kata yang betul ialah mengucapkan syukur. | Tatabahasa | 29.07.2010 |
Salam, benar tak ayat ini dari sudut struktur dan ejaan "Alhamdulillah. syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW Nabi junjungan yang telah meninggalkan dua petunjuk sepanjang zaman, al-Quran dan al-Hadith" ? | Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW nabi junjungan yang telah meninggalkan dua petunjuk sepanjang zaman, iaitu al-Quran dan hadis. | Ejaan | 12.04.2012 |
Adakah penggunaan slogan ini betul? "Nikmati Syukur, Kebahagiaan Berganda". Konteks adalah berkaitan acara yang akan diadakan pada bulan Ramadan akan datang. Boleh cadangkan perkataan yang betul jika slogan tersebut mempunyai kesalahan | Penggunaan slogan yang betul ialah "Kesyukuran Dinikmati, Kebahagiaan Berganda". | Lain-lain | 22.01.2025 |
Kita telah merdeka lebih 50 tahun.Syukur Alhamdulillah.Kemusykilan saya ialah,kenapa kita masih mengaku bangsa yang berbagai,bukan bangsa Malaysia.Ada bangsa Melayu,bangsa India dan sebagainya,sedangkan kita adalah bangsa Malaysia.Borang pendaftaran pihak tuan sendiri masih menggunakan bangsa.Saya bangga,bersyukur dan insaf menjadi bangsa Malaysia,kaum/etnik Melayu. | Merujuk Kamus Dewan bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan seperti Melayu, Cina dan India. Hal ini mungkin berbeza apabila kita berada pada peringkat global. Maka wajarlah kita menyebut kita adalah rakyat/bangsa Malaysia bagi melambangkan identiti kita sebagai satu bangsa yang bersatu di bawah nama Malaysia. Borang kami menggunakan bangsa untuk melengkapkan data bagi tujuan kajian kepenggunaan sistem perkhidmatan kami. | Makna | 21.02.2013 |
bagaimana dengan penggunaan tanda ; dalam sajak dan makna atau tujuannya tanda tersebut diletakkan...di manakah tempat yang sesuai menggunakannya | Tanda koma bertindih (;) digunakan seperti yang berikut: 1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya - Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal;... 2. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya dan sebaliknya. 3. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contohnya, Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang... 4. Memisahkan klausa yang bersiri, berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. Contohnya, Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera; diucapkan.... | Lain-lain | 03.05.2013 |
Salam, bilakah tanda baca koma bertindih ( ; ) dalam ayat digunakan. Tolong beri contoh. terima kasih. | Tanda koma bertindih (;) digunakan seperti yang berikut: 1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya - Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal;... 2. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya dan sebaliknya. 3. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contohnya, Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang... 4. Memisahkan klausa yang bersiri, berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. Contohnya, Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera; diucapkan.... | Lain-lain | 30.10.2010 |
Apakah yang dimaksudkan dengan simbol ' ; ' . Bagaimanakah ingin menggunakan simbol tersebut? Seringkali saya terlihat simbol ' ; ' digunakan dalam puisi dan cerpen. | Mengikut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma bertitik digunakan untuk: 1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung "dan", "tetapi", "atau", "namun" dan "lalu". Contohnya: Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. 2. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung "juga", "walau bagaimanapun", "malah", "di samping itu", "oleh yang demikian". "sesungguhnya" dan sebagainya. Contoh: Harga barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. 3. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contoh: Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za'ba, disesuaikan dalam buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu. 4. Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori seperti: Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah. | Lain-lain | 31.12.2016 |
Bagaimana menggunakan tanda titik koma dengan betul dalam ayat,bagaimana ingin membezakan tanda baca titik koma dengan tanda baca koma dalam ayat,mengapa tanda baca ini jarang digunakan dan sila nyatakan beberapa contoh ayat yang mengandungi tanda baca titik koma. | Dibetulkan istilah tanda baca, daripada 'titik koma' kepada 'koma bertitik'. Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila: (a) memisahkan dua atau beberapa klausa dalam satu ayat. Contohnya: (i) Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. (ii) Malam makin larut; kerja masih banyak. (b) memisahkan klausa induk daripada klausa atau frasa yang bermula dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. Contohnya: (i) Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. (ii) Antara pendekatan yang boleh digunakan termasuklah pendekatan psikologi; pendekatan androgogi; dan pendekatan sinergogi. (c) memisahkan klausa yang bersiri yang berlainan maklumat dalam satu ayat yang lengkap. Contohnya: kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diminta bersabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah. Tanda koma (,) digunakan: (a) sebagai unsur pemisah. (b) sebagai unsur yang mengapit keterangan subjek, predikat atau objek. Contohnya: (i) Duit syiling itu jatuh, dan sebelum sempat dipungutnya, bergolek laju ke dalam lubang. (ii) Pagi tadi, sebelum datang ke sini, saya singgah sebentar di pejabat. (iii) Lima belas orang, termasuk dua orang wanita, telah menyertai bengkel itu. (c) mewujudkan ada perkataan yang telah dihilangkan. Contohnya: Saya mahu kopi. Dia, teh tarik. Tanda koma bertitik jarang digunakan, mungkin disebabkan pengguna kurang faham. Perbezaan penggunaannya tidak ketara, boleh menggunakan sama ada tanda koma atau koma bertitik untuk memisahkan beberapa klausa dalam ayat. Kecuali, jika dalam beberapa klausa ada penggunaan tanda koma. | Lain-lain | 04.03.2012 |