| Selamat pagi, Adakah perkatan "maka" boleh dijadikan sebagai penanda wacana? Jika ya, adakah ia disertai tanda koma selepasnya? Cth: Maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) ... Terima kasih. | Kata "maka" ialah penanda wacana yang menghuraikan contoh. Penggunaannya adalah seperti "Maka, perempuan yang solehah itu ialah ..." | Tatabahasa | 24.09.2020 |
| Soalan saya yang bertarikh pada bulan 9 masih belum terjawab, izinkan saya bertanyakan soalan tersebut semula. Selamat pagi, Adakah perkatan "maka" boleh dijadikan sebagai penanda wacana? Jika ya, adakah ia disertai tanda koma selepasnya? Cth: Maka perempuan-perempuan yang solehah itu adalah yang taat (kepada Allah dan suaminya) ... Terima kasih. | "Maka" merupakan penanda wacana bagi penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Ia tidak perlu disertakan tanda koma. | Tatabahasa | 02.10.2020 |
| Guru besar menyeru murid-murid agar menjaga kebersihan sekolah. Pilih perkataan seerti bagi menyeru. A. mengajak B. merayu C. mencegah D. menyuruh | Perkataan yang paling hampir ialah menyuruh. Kamus Pelajar mentakrifkan menyeru sebagai meminta supaya; menyuruh: Pesuruh Allah ~ manusia taat kepada Allah. | Tatabahasa | 22.01.2013 |
| Taat pada/kepada suruhan Allah. | Taat kepada suruhan Allah. | Tatabahasa | 19.04.2012 |
| Saya mempunyai pertanyaan tentang kesesuaian untuk tagline company | Perkataan wara atau wara’ tiada dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). Perkataan warak pula bermaksud taat kepada perintah Allah SWT, kuat beribadat dan menjauhi perkara yang dilarang Allah SWT dan segala perkara yang syubhah. Berhubung dengan slogan dalam bahasa Inggeris Green Wara’, Quality for All, tidak diperakui dan perlu diterjemah dalam bahasa Melayu mengikut konteks yang bersesuaian. Pihak DBP hanya menyemak slogan dalam bahasa Melayu. Mohon hantar semula slogan dalam bahasa Melayu yang bersesuaian dengan konteks aktiviti badan/institusi tersebut untuk kami semak dan memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2509. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.12.2025 |