Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tab] | تب

Definisi : = ~ mandi sj tempat mandi berupa bekas atau takung besar drpd besi (tembikar dll) yg dipasangkan di bilik air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tab


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Selamat petang. Saya ingin mengetahui maksud istilah "tab" yang banyak sekali digunakan dalam bahasa komputer. Contoh ayat: Click on the tab given. Klik pada tab yang diberi. Adakah terjemahan untuk tab dalam keadaan ini boleh dikekalkan sebagai tab juga? atau pihak DBP mempunyai kosa kata lain yang lebih sesuai? Terima kasih.
Menurut data kami tiada istilah bagi perkataan tab. Walau bagaimanapun, padanan yang sesuai bagi perkataan tersebut sama dengan ejaan asal iaitu tab.
Lain-lain31.01.2018
Hi, apakan terjemahan "tub file" yang sebenarnya? Saya mendapati bahawa "tub file" ialah "fail tub", manakala "bath tub curve" ialah lengkung tab mandi. Kan baik jika adanya setakat ketekalan dengan istilah-istilah lain seperti "tab mandi", "kebuk pembakaran tab mandi", " tab luar", dan sebagainya. Bolehkah "fail tub" ditukarkan menjadi "fail tab"?Mengikut istilah komputer, "tub file" ialah "fail tub".Istilah03.08.2007
Tab permohonan tiada pilihan untuk "hantaran permohonan"bagi pengguna kali pertama, hanya ada senarai permohonan. Bagaimankah dalam keadaan ini?Kami tidak dapat menghubungi pihak tuan kerana tiada maklumat yang dilampirkan. Untuk bantuan teknikal, hubungi kami melalui talian 03-21479400/9691.Lain-lain13.06.2017
Mengapa tab Khidmat Nasihat ditiadakan dalam PRPM? Saya sentiasa merujuk kepada Khidmat Nasihat untuk mendapatkan kepastian ejaan. Saya ada mencadangkan supaya ejaan yang dibalas oleh DBP hendaklah ejaan yang betul apabila menjawab sebarang pertanyaan pelanggan semasa DBP membuka galeri di Terengganu Trade Centre pada tahun 2014. Kini Khidmat Nasihat sudah ditiadakan dalam PRPM. Mohon jasa baik tuan supaya ianya diwujudkan semula demi kepentingan umum. Terima kasih.Domain "Khidmat Nasihat" ditutup sementara waktu untuk pengemaskinian. Domain ini akan dipaparkan semula tidak lama lagi.Lain-lain02.01.2015
Saya ada beberapa orang kawan dari korea, mereka termasuk anak mereka hendak belajar Bahasa melayu dari paling basic. seperti sutu kata sehinggga boleh buat pertuturan. saya tidak dapat cari buku panduan and latihan yang sesuai untuk tujuan ini. kalau ada set buku panduan dan latihan untuk beginner, bolehkah pihak anda kenalkan kepada saya? terima kasih.

Ada beberapa judul buku yang boleh kami cadangkan untuk belajar bahasa Melayu, antaranya:

 

tab-span"> 1. Untuk peringkat asas/permulaan:

 tab-span"> (a)   Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Buku 1 (Berserta CD)

tab-span"> oleh Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman

tab-span"> (b)   Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Buku 2 (Berserta CD)

tab-span"> oleh Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman

tab-span"> (c)   Siri Bahasa Melayu Prasekolah Dewan (buku bacaan tambahan)

tab-span"> (d)   Siri KIA2M

tab-span"> (e)   Buku-buku teks Bahasa Malaysia untuk Sekolah Rendah (dari Tahun 1 hingga Tahun 6) berserta buku-buku Latihan dan Aktiviti. 

 

tab-span"> 2. Untuk peringkat pertengahan dan lanjutan:

tab-span"> (a)   Bertutur dengan Fasih (Speak Malay Fluently)

tab-span"> oleh Norizah Ardi dan Hasbi Yusoff

tab-span"> (b)   Perbualan Asas Bahasa Melayu

tab-span"> oleh Anwar Ridhwan

tab-span"> (c)   Bahasa Melayu untuk Penutur Asing

tab-span"> oleh Norhashimah Jalaluddin, Madian Omar dan Norzilawati Jais

tab-span"> (d)   Peribahasa dan Ungkapan Inggeris-Melayu

 tab-span"> oleh Amir Muslim

tab-span"> (e)   Tatabahasa Bahasa Melayu Digital (CD)

tab-span"> oleh DBP dan Multimedia University

tab-span"> (f)   Tatabahasa Dewan Edisi Ke-3

tab-span"> oleh Nik Safiah Karim et. al.

tab-span"> (g)   Nahu Melayu Mutakhir

tab-span"> oleh Asmah Hj. Omar

 

Buku-buku tersebut boleh didapati di pasaran atau di Kedai Buku Koperasi DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. 

Lain-lain29.04.2010
I would like to report on your PRPM website. When I clicked on the second tab to see the other definition, it did not load anything on the page and remained on the first tab only. Please refer to screenshot. This issue applies to all words with more than one definition tab.Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain10.05.2024
salam. penggunaan yang man adalah betul? 1. pengikat kata Responden telah mengetahui kewujudan opsyen “Lepas Dengan Amaran” bagi tindakan saringan pengimportan pada tab “Pintu Masuk” dalam sistem. atau 2. italicise Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Atau 3. penggunaan huruf besar sahaja Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Sebagai maklumat tambahan, perkataan “Lepas Dengan Amaran”dan “Pintu Masuk” adalah perkataan yang perlu diklik/dipilih dalam tab di webpage. Terima kasih.Pilihan perkataan yang dinyatakan boleh ditulis dengan:
1. tulisan tebal (bold)
Lepas dengan Amaran, Pintu Masuk

atau

2. menggunakan tanda petik "..."
"Lepas dengan Amaran", "Pintu Masuk"
Tatabahasa27.03.2023
Salam sejahtera! Saya dapati bahawa perkataan yang berasal dari Arab diklasikikasikan dengan kependekan Ar., seperti "bismillah" dan "insya-Allah". Pada masa yang sama, kedua perkataan ini tidak mempunyai sebarang kependekan jika merujuk melalui tab kamus pelajar edisi kedua. Bagi perkataan "assalamualaikum" pula, terdapat tab pertama di mana ianya diberikan kependekan Ar, dan tab kedua yang tidak mengandungi apa-apa kependekan. Soalan saya: mengapakah terdapat perbezaan di dalam klasifikasi Ar pada sesetengah perkataan Arab? Saya ada sertakan lampiran sebagai panduan.Kamus Pelajar tidak meletakkan asal kata pada setiap entrinya. Kamus Pelajar memfokuskan penggunaan kata yang persis untuk rujukan pelajar. Untuk maklumat yang lebih lagi seperti asal kata dan peluasan makna perlulah merujuk Kamus Dewan atau yang terkini Kamus Dewan Perdana (hanya salinan keras disediakan buat masa ini).Lain-lain01.01.2021
Apakah kata nama bagi tablet (Ipad / samsung tab) dalam bahasa malaysia?Tablet dalam konteks yang dinyatakan dipinjam dan dikekalkan ejaannya.Penyemakan dan penterjemahan19.07.2017
apakah definisi belia dan konsep belia di malaysia?

tab-stops: list .5in">1.    Mengikut Kamus Dewan definisi "belia" ialah : a) muda; muda ~ sangat muda (muda remaja); b) pemuda; c) golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi: kelab~

tab-stops: list .5in">2.    Konsep Belia di Malaysia pula, saudara bolehlah menghubungi Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertanyaan tersebut. Sekian, terima kasih.

Lain-lain19.06.2008
123456

Kembali ke atas