Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taboo


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bahasa taboo masyarakat melayu sarawak. senaraikan 1 perkataan berkenaan dan kenapa taboo perkataan itu.Taboo ialah larangan atau perkara larangan ataupun pantang larang. Dalam konteks bahasa taboo masyarakat Sarawak, contoh perkataan taboo ialah 'lawa' yang bermaksud sombong atau angkuh.Istilah09.01.2008
Apakah ejaan betul bagi tabu @ taboo? Berikan definasi perkataan tersebut serta contoh tabu @ taboo dalam masyarakat Melayu? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah tabu. Tabu bermaksud sesuatu yang dilarang, pantang larang. Contoh: anak dara menyanyi di dapur, duduk atas bantal. Lain-lain23.10.2008
Berikan keterangan tentang kata larangan taboo dalam bahasa melayu termasuk definisi dan contoh penggunaan seharian?Taboo dalam bahasa Melayu disebut larangan atau pantang larang seperti dalam contoh ayat, Banyak pantang larang mengenai wanita daripada mengenai lelaki dalam masyarakat itu.Makna02.07.2010
Saya ingin mengetahui tentang apakah yang dimaksudkan dengan taboo dalam bahasa melayu?Adakah ia mempunyai kaitan dengan penggunaan bahasa kasar dan bahasa halus dalam bahasa melayu?Adakah ia juga berkaitan dengan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat?Apakah yang dimaksudkan dengan sosiolinguistik?Taboo dalam bahasa Melayu bermaksud pantang larang (kepercayaan) dan tiada kaitan ddn bahasa halus atau kasar. Sosiolinguistik ialah kajian bahasa dlm hubungannya dgn struktur dan sikap masyarakat.Makna19.07.2007
takrif bahasa dan contoh : - taboo - kreol -kolokial - pigin,

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?.  Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa kreol: bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. 

Istilah04.07.2010
minta jelaskan maksud bahasa taboo, bahasa pidgin, bahasa kolakial dan bahasa rojakBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?.  Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa rojak:  bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. Makna19.06.2010
Terangkan maksud perkataan berikut dan penggunaannya: a) perkataan taboo (kata larangan) b) pidgin c) kreol d) kolokial e) bahasa rojak

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?.  Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa rojak:  bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. 

Makna04.07.2010

Kembali ke atas