MOHON BANTUAN DARI SEGI AYAT DI BAWAH. 'PERATUSAN TABURAN" ATAU "TABURAN PERATUSAN | Yang betul ialah peratusan taburan. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
Apakah maksud rangkaian perkataan " taburan data "? | Taburan data bermaksud data dalam kuantiti yang berbeza mengikut kesesuaian bidang/skop tertentu. | Lain-lain | 13.06.2022 |
Tuan.. apakah perkataan paling tepat untuk ayat di bawah Bilangan Pelajar Mengikut Kaum @ Bilangan Pelajar Mengikut bangsa taburan data untuk ketiga-tiga bangsa atau kaum ( Melayu, Cina India) | jawapan yang betul ialah Bilangan Pelajar Mengikut bangsa taburan data untuk ketiga-tiga bangsa atau kaum (Melayu, Cina India) | Istilah | 19.04.2011 |
Apakah padanan bagi sprinkles dalam Bahasa Melayu? Taburan rasanya tidak begitu tepat. Selalunya sprinkles ini untuk membuat kek dan dijadikan sebagai hias atas bagi kek. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "sprinkle" bermaksud menabur atau merenjis. Dalam konteks yang dinyatakan, padanan perkataan yang sesuai untuk "sprinkles" ialah taburan berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua yang bermaksud sesuatu yang bertabur atau yang ditabur. | Makna | 28.03.2019 |
distribution | 1)taburan 2)agihan 3)penyebaran 4)pengedaran | Istilah | 01.04.2011 |
Apakah terjemahan untuk fat-tail distribution? | Terjemahan bagi fat-tail distribution ialah taburan hujung berisiko. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.07.2022 |
Apa maksud DEMOGRAFI respondan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, demografi bermaksud kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dr segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian, dsb) dlm tempoh waktu tertentu: faktor ~ menyebabkan orang lambat-laun berusaha memperoleh kerja. | Makna | 31.05.2010 |
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah. | Tuan, Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 06.07.2017 |
Chocolatey --> Coklate. Ingin tahu sama ada perkataan "Coklate" sah dalam kamus Dewan Bahasa. | Selamat sejahtera VANESSA. Sesuatu kata dapat diterima sebagai entri atau kata masukan yang sah dalam kamus bergantung pada faktor bilangan penutur bahasa Melayu yang menuturkan perkataan itu dan potensi perkembangan atau hayatnya dalam masyarakat. Statistik atau taburan kata ini dapat dibuktikan daripada data korpus bahasa Melayu. Berdasarkan semakan data korpus, perkataan coklate belum wujud dalam pangkalan data korpus bahasa Melayu dan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya yang menjalankan amanah, Mardhiah binti Othman. | Lain-lain | 27.03.2025 |
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang soalan di bawah: 1. Pakaian-pakaian yang dijual oleh penjual itu mahal-mahal. (Bolehkah saya menggandakan KN dan KA dalam ayat ini?) 2. Dua ekor burung berterbangan di angkasa. ( Saya tahu berterbangan sudah membawa makna seperti subjek sudah dijamak, tetapi bolehkah saya meletakkan kata bilangan tentu pada subjek untuk menentukan bilangan jamak tersebut?). Harap pihak dbp boleh memberikan penjelasan yang jelas terhadap dua soalan tersebut, terima kasih. | 1. Penggandaan kata adjektif dan kata nama boleh digandakan dalam ayat yang digunakan namun ayat yang lebih betul ialah "Pakaian yang dijual oleh penjual itu mahal-mahal." 2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud berterbangan ialah terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak atau berhamburan (bertaburan) di udara. Maka ayat "Dua ekor burung berterbangan di angkasa" adalah betul | Tatabahasa | 24.05.2023 |