Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tadabbur

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tiada kata "tadabbur" dalam PRPM. Kita biasa mendengar perkataan "tadabbur" al-Quran, "tadabbur" alam dan sebagainya. Adakah tadabbur sudah diterima sebagai kata bahasa Melayu?Tidak ada maklumat dan contoh penggunaan kata tadabbur dalam pangkalan data kami. Penggunaan kata tadabbur dalam bahasa Melayu perlu diitalikkan kerana dianggap bahasa asing dan dieja mengikut bentuk sebutannya.Tatabahasa30.04.2015
Aliya Ab Aziz AHA 4.17 PAGI Salam sejahtera, saya ada soalan.. perkataan tadabbur (mentadabburi al-quran) memang tak ada ke dalam kamus bahasa melayu? Saya cuba cari dalam web dbp tak jumpa.. Saya rasa ianya satu perkataan yang wajar dimasukkan dalam kamus bahasa melayu..Untuk makluman saudari, tiada maklumat dan contoh penggunaan kata tadabbur dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, melalui carian internet, perkataan TADABBUR membawa maksud Tadabbur adalah perenungan yang menyeluruh untuk mengetahui maksud dan makna dari suatu ungkapan di dalam al-Quran secara mendalam. Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudari akan dikemukakan kepada Bahagian Perkamusan, DBP.Lain-lain11.06.2017
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan imbuhan dan perkataan asing. Contoh: 'bertadabbur', 'pentarjihan'. Adakah dibolehkan? Jika tidak dibenarkan dalam penulisan, bagaimana perkataan-perkataan asing tersebut harus ditulis? Adakah harus mengitalikkan hanya perkataan asing itu tanpa dicondongkan kata imbuhan itu atau bagaimana? Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan, kedua-dua perkataan tadabbur dan tarjih tidak ada dalam pangkalan data kami. Penggunaan kata asing dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut konteks penggunaannya. Contohnya, jika penulisan tersebut berkaitan dengan bidang agama seperti kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar keagamaan, penggunaan perkataan tadabbur dan tarjih (bertadabbur dan pentarjihan) diberi kelonggaran, namun ejaannya hendaklah diitalikkan. Jika penulisan tersebut tentang wacana umum, eloklah kata tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bagi memahamkan orang awam.Ejaan05.02.2015

Kembali ke atas