Adakah istialah "urus tadbir"? Bolehkah perkataan urus tadbir digunakan seperti berikut: Institut Pengajian Urus Tadbir? | Istilah yang tepat ialah tadbir urus bagi padanan "governance". Sehubungan dengan itu, nama yang lebih sesuai ialah Institut Pengajian Tadbir Urus. | Istilah | 14.05.2016 |
Manakah yang betul dan tepat, urus tadbir atau tadbir urus? Terima Kasih. | Yang betul ialah tadbir urus bagi padanan "governance" | Istilah | 16.06.2012 |
Istilah mana yang lebih tepat: tadbir urus atau urus tadbir? | Istilah yang tepat ialah tadbir urus | Istilah | 15.06.2017 |
Adakah pernyataan yang betul adalah "tadbir urus" atau "urus tadbir" mengikut Hukum D-M ? Mohon pencerahan. Terima kasih . :) | Istilah bahasa Melayu yang betul ialah tadbir urus. | Istilah | 13.02.2016 |
1. Minyak Diesel atau minyak diesel. Adakah ianya nama khas atau nama am ? 2. Ejaan yang betul. Adakah Walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun ? 3. Tadbir urus atau urus tadbir ? | 1. minyak diesel 2. walau bagaimanapun 3. Yang betul ialah tadbir urus bagi padanan "governance". | Ejaan | 12.02.2015 |
Corporate governance | Tadbir urus korporat | Makna | 27.03.2007 |
Mohon pencerahan: Majlis Pelancaran Tadbir Urus 1 UiTM Multisistem. Multisistem perlu sengkang atau jarakkan? | Multisistem dieja dalam satu perkataan. | Ejaan | 09.10.2015 |
Bagaimana penggunaan terma fidusiari Dalam tadbir urus dan pengurusan kewangan. Apakah perkataan sinonim bagi fidusiari? | Tanggungjawab fidusiari wujud apabila seseorang mewakilkan kepada pihak yang lain untuk melaksanakan sesuatu seperti seorang pengarah, penasihat kewangan, akauntan dan lain-lain yang mempunyai tanggungjawab untuk bertindak atau melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik-baiknya dengan mengutamakan kepentingan yang melantiknya. Sinonim yang hampir ialah pemegang amanah. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.06.2020 |
MAKSUD 'INSPEKTORAT PENGURUSAN' | PEMANTAUAN PENGURUSAN - BIDANG TADBIR URUS | Makna | 26.08.2010 |
apakah istilah yg tepat bagi 'governance'? | Padanan bahasa Melayunya ialah tadbir urus. | Istilah | 29.01.2008 |