Soalan : Bapa melayan tetamu di ruang tamu pada waktu petang tadi. (i) Ayat Songsang yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah. (a) Melayan tetamu di ruang tamu pada waktu petang tadi bapa. (b) Pada waktu petang tadi bapa melayan tetamu di ruang tamu. (c) Di ruang tamu pada waktu petang tadi bapa melayan tetamu. (ii) Ayat Pasif yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah. (d) Tetamu dilayan oleh bapa di ruang tamu pada waktu petang tadi. (e) Tetamu kena layan oleh bapa di ruang tamu pada waktu petang tadi. (f) Tetamu terlayan oleh bapa di ruang tamu pada waktu petang tadi. | A. Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek. Ayat tersebut tidak gramtis. Ayat yang betul: Bapa melayan tetamu di ruang tamu pada petang tadi. (i) Ayat Songsang yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah. (a) Melayan tetamu di ruang tamu pada waktu petang tadi bapa. - Pendepanan seluruh predikat (b) Pada petang tadi bapa melayan tetamu di ruang tamu. - Pendepanan sebahagian daripada predikat (Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat) (c) Di ruang tamu pada petang tadi bapa melayan tetamu. - Pendepanan sebahagian daripada predikat (Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat) Ketiga-tiganya betul. B. Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. (ii) Ayat Pasif yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah. (d) Tetamu dilayan oleh bapa di ruang tamu pada petang tadi. - Betul (e) Tetamu kena layan oleh bapa di ruang tamu pada petang tadi. Salah kerana penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. (f) Tetamu terlayan oleh bapa di ruang tamu pada petang tadi. Salah kerana penggunaan perkataan "terlayan" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411. | Tatabahasa | 25.10.2015 |
Ayat yang manakah betul dan gramtis? (a) Ali makan dengan gelojoh di ruang tamu pada petang tadi. (b) Ali makan di ruang tamu dengan gelojoh pada petang tadi. (c) Ali makan pada petang tadi di ruang tamu dengan gelojoh. (d) Pada petang tadi Ali di ruang tamu makan dengan gelojoh. (e) Ali makan di ruang tamu pada petang tadi dengan gelojoh. | Daripada 5 contoh ayat yang diberikan, terdapat 4 ayat yang betul dan gramtis kecuali ayat 'd', iaitu "Pada petang tadi Ali di ruang tamu makan dengan gelojoh". | Tatabahasa | 28.10.2015 |
mana ayat aktif yang betul daripada ayat pasif berikut. Bilik tidur adik sudah saya kemas tadi. Saya sudah mengemaskan bilik tidur adik pagi tadi. ATAU Saya sudah mengemas bilik tidur adik pagi tadi. Apakah fungsi kan dalam ayat ini adakah menjejaskan makna. | Ayat yang sesuai ialah "Saya sudah mengemaskan bilik tidur adik pagi tadi". Fungsi "kan" dalam perkataan "mengemaskan" bermaksud "menjadikan tersusun", manakala "mengemas" bermaksud "menyusun". | Tatabahasa | 19.03.2013 |
Yang mana satu betul; Bahan yang telah digentel tadi ditempel pada dahi. ATAU Bahan yang telah digentel tadi ditempel di dahi. Mohon nasihat. | Bahan yang telah digentel tadi ditempel pada dahi. | Tatabahasa | 10.10.2018 |
Sila pilih ayat dan ejaan yang betul. (a) Ke manakah kau pergi tadi? (b) Ke manakah kaupergi tadi? | Jawapan yang betul ialah (b) Ke manakah kaupergi tadi? | Lain-lain | 25.08.2021 |
betulkah penggunaan kata hingga dan ke serentak satu kelewahan? Ayat contoh: 1 Ayah membanting tulang dari pagi hingga ke petang. ATAU Ayah membanting tulang dari pagi hingga petang. Begitu juga dengan sejak dan dari. Contoh: Ibu menunggu ayah sejak tadi ATAU Ibu mengunggu ayah sejak tadi / dari tadi. | 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Ayah membanting tulang dari pagi hingga petang. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama "hingga" tidak boleh berdampingan dengan kata sendi nama "ke". Oleh itu, penggunaan hingga ke secara berturutan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis atau berbentuk lewah. 2. Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua perkataan tersebut secara berurutan mengandungi unsur lewah dan penggunaan salah satu daripada perkataan tersebut adalah yang gramatis. | Tatabahasa | 06.04.2012 |
Salam Tlg sahkan ayat ini mana satu yang betul: 1. Berita itu disampaikan petang tadi. 2. Berita itu telah disampaikan petang tadi. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Berita itu telah disampaikan pada petang tadi. | Tatabahasa | 23.08.2021 |
Soalan: Bapa melayan tetamu di ruang tamu pada petang tadi. Adakah ayat songsang berikut tepat dan gramtis? (a) Di ruang tamu bapa melayan tetamu pada petang tadi. | Di ruang tamu bapa melayan tetamu pada petang tadi. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 30.10.2015 |
Salam, Sebentar tadi, saudara@saudari ada menjawab dalam ucapan perlu digunakan huruf kecil bagi 'yang diraikan' tetapi adakah ini bermaksud ucapan yang pertama seperti Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar juga dieja dengan huruf kecil? Terima kasih | Dalam ucapan, setiap huruf pertama pada kata pangkal ayat perlu ditulis huruf besar seperti Yang Mulia, Yang Berusaha, Yang Diraikan, Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Maaf atas kesilapan yang diberikan tempoh hari. | Tatabahasa | 19.03.2013 |
Binatang dipanggil meninggal dunia atau mati apabila binatang itu mati?Contoh ayat: Kucing saya telah meninggal dunia pagi tadi atau kucing saya telah mati pagi tadi. | Ayat yang betul ialah Kucing saya telah mati pagi tadi. | Tatabahasa | 14.02.2021 |