Tafsiran untuk perkataan TRAK TUNDA | Trak Tunda ialah sejenis trak / lori yang digunakan untuk menunda kenderaan lain sama ada kenderaan tersebut dibawa di atas trak atau ditarik. | Makna | 05.02.2020 |
tafsiran yang paling tepat bagi "combat-survival" | Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus perkataan combat-survival. Walau bagaimanapun, cadangan perkataan yang boleh digunakan ialah kemandirian tempur . Kemandirian bermaksud perihal (keadaan) dapat berdiri sendiri. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2019 |
tafsiran ayat berikut' 'ditamatkan perkhidmatan atau berhenti bekerja dengan PKNS atau anak syarikat PKNS'. Adakah maksud ditamatkan bermakna individu tersebut dibuang/dihentikan atas sebab-sebab tertentu. Adakah sama perkataan ditamatkan dengan menamatkan perkhidmatan. Mohon penjelasan | Maksud ditamatkan jika menurut konteks pekerjaan, bermaksud diberhentikan/dibuang atas sebab- sebab tertentu, ( seperti tamat kontrak dan sebab lain) manakala maksud menamatkan perkhidmatan mengikut konteks pekerjaan ialah berhenti kerja atas sebab pencen dan berhenti atas sebab peletakan jawatan. | Istilah | 27.09.2018 |
mohon pencerahan berkenaan dengan pengunaan tafsiran dan takrifan dalam penggunaan sesuatu ayat? bagaimana pula dengan refinition dan interpretation? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud interpretation ialah tafsiran atau pentafsiran. Manakala istilah refinition masih belum ada dalam pangkalan data kami. Maksud tafsiran menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah tafsiran bermaksud penjelasan mengenai maksud sesuatu ayat dan lain-lain. Contoh ayat ialah "Berbagai-bagai tafsiran telah diberikan terhadap kenyataan tersebut" manakala takrifan pula maksudnya sama dengan definisi. Bagi maksud definisi ialah kenyataan yang ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, takrif dan lain-lain. | Makna | 14.11.2018 |
selamat pagi dan slam sejahtera. hari ini saya penjelasan berkenaan dengan kata ini "sHal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa" adakah perkataan ini sesuai atau tidak jika ikut contoh ayat ini. "Hal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa." | Ayat yang diberikan kurang gramatis dan sukar difahami maksudnya. Ayat yang boleh digunakan ialah "Setelah teks diterjemah, tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks tersebut diberi tafsiran sedemikian." | Penyemakan dan penterjemahan | 07.06.2016 |
APAKAH TAFSIRAN CONTRUCTIONISM DALAM BAHASA MELAYU. | Kami pernah mencadangkan perkataan constructionism diterjemahkan kepada teori/faham/aliran pembinaan (ilmu). | Penyemakan dan penterjemahan | 20.05.2014 |
Apakah tafsiran yang tepat 'Pekeliling Perkhidmatan'. | Pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Pekeliling perkhidmatan sama dengan Pekeliling kerajaan dan surat pekeliling. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Apakah tafsiran tentang golongan kata mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu? | Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria morfem,kriteria sintaksis dan kriteria semantik.Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras fdengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa dan ayat. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, bab 5, halaman 81. | Tatabahasa | 22.09.2008 |
MOHON PENCERAHAN - TAFSIRAN JAWATAN IMG SINGKATAN NAMA IMG | Tidak ada maklumat tentang perkataan IMG dalam pangkalan data kami. Sila hubungi kami semula dan nyatakan konteks penggunaan kata tersebut. | Lain-lain | 28.04.2015 |
tafsiran kita pada sesuatu perkara / tafsiran kita kepada sesuatu perkara | Pada - menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kepada - untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad dan sebagainya. Kedua-dua kata sendi tersebut tidak gramatis untuk frasa tersebut. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265-284. | Tatabahasa | 20.10.2011 |