Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tag


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul, "tag" atau "teg" untuk terjemahan "tag" dalam bahasa Inggeris. Jika "tag" yang betul, bagaimana sebutannya, /tag/ atau /teg/? Jika "teg" yang betul, kenapa dalam istilah Teknologi Maklumat digunakan "tag"? Terima kasihEjaan yang betul ialah tag dan sebutannya ialah [tag].Ejaan09.03.2011
Assalamualaikum, tuan saya ingin kepastian mengenai name tag, apakah perkataan yang tepat bagi name tag? Adakah tanda nama atau tag nama? Apakah pula penjodoh bilangan yang sesuai bagi tanda nama tersebut? Terima kasih.Padanan bagi perkataan "name tag" ialah tanda nama. Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Perkataan tanda nama tidak mempunyai penjodoh bilangan yang khusus.Tatabahasa22.07.2013
Apakah terjemahan Bm untuk tag cloud?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "tag cloud".  Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kelompok perkataan.Istilah26.01.2017
Syarikat kami nak translate tag line ini ' YOUR NEIGHBOURHOOD ELECTRICAL STORE ' ke bahamsa maelayu. Kami ingin nak tahu adakah tag line ini guna perkatana berikut sesuai tak. ' KEDAI ELETRICK KEJIRANAN ANDA '. Kami minta cadangan dari DBP. Terima KasihKami mencadangkan frasa tersebut diterjemahkan kepada "Kedai Barangan Elektrik Kejiranan Anda".Penyemakan dan penterjemahan27.07.2015
Tuan, Selamat petang. Kami baru ada hantar permohonan semak papan tanda untuk syarikat kami, (Elite tag M&E Sdn Bhd) untuk pengesahan BM. Kami ada HQ di Johor Bahru (Elite Tag M&E (JB) Sdn Bhd), ingin membuat signboard yang serupa (cuma tukar nama syarikat, nombor pendaftaran bisnes, alamat dan emel), kami kena buat permohonan baru utk HQ atau boleh guna nombor sijil yang sama? Terima kasih. Elite Tag M&E Sdn Bhd Angie WongSila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP"Lain-lain25.08.2016
Istilah bahasa melayu untuk "Tag Cloud"

Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "tag cloud".  Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kelompok perkataan.

Istilah20.08.2017
Istilah bahasa melayu untuk"Tag Cloud"?

Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "tag cloud".  Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kelompok perkataan.

Penyemakan dan penterjemahan20.08.2017
Assalamu'alaikum Saudara. Boleh saya tahu jika terdapat istilah dalam bahasa Melayu bagi "hash tag" (#). Anak saya mahu menggunakan istilah ini dalam penulisan karangannya. Namun, tidak terdapat dalam Gaya Dewan dan Kamus Dewan. Saya ingin menyarankan agar istilah-istilah yang kerap digunakan dalam dunia IT dimasukkan dalam kedua-dua dokumen tersebut pada masa hadapan? Terima kasih.

 

Untuk makluman puan, DBP memang telah ada perancangan untuk memasukkan hash tag sebagai entri kamus dan istilah teknologi maklumat. Sehingga hash tag secara rasmi dimasukkan sebagai entri, hash tag harus ditulis dalam huruf miring(italik).
Istilah18.07.2014
mohon semakan segera surat dan tag line sayangi pantai kita. Terima kasihBersama-sama ini disertakan surat yang telah disemak.Tatabahasa25.04.2017
Assalamu'alaikum, boleh tahu terjemahan yang paling sesuai untuk istilah: 1) Ahmad tag you in a post 2) Ahmad mention you in a comment

Waalaikumussalam. Terjemahan yang dicadangkan ialah: 1) Ahmad meletakkan tanda pada gambar berkaitan anda yang dihantar dalam facebook; dan  2) Ahmad ada menyebut tentang anda dalam komennya di facebook.

Penyemakan dan penterjemahan16.02.2017
12

Kembali ke atas