| Tagline | Slogan | Lain-lain | 16.03.2007 |
| pihak kami ingin mendapatkan kepastian ejaan pada tagline majlis anjuran kami . TAGLINE adlah seperti berikut. " JUBLI INTAN PIALA EMAS RAJA-RAJA 2011 " Terima Kasih Azmi Mohd Pekanmaya productions | Kami cadangkan sedikit pembetulan, iaitu "JUBLI INTAN PIALA EMAS RAJA-RAJA". | Tatabahasa | 21.10.2010 |
| Salam, saya memerukan penerangan bagi maksud dan contoh setiap perkara di bawah: a. Tagline b. Motto c. Slogan | Tagline ialah slogan, iaitu kata-kata keramat yang dijadikan pegangan atau disebut juga cogan kata. Moto ialah cogan kata. Ini bermakna tagline dalam bahasa Melasyu ialah slogan atau cogan kata atau moto. | Makna | 22.11.2012 |
| Assalamualaikum W.B.T satu program tari-menari kini sedang ditayangkan di TV sehingga bulan Jun 2013. dalam bentuk promosi 'tagline' ini digunakan " FENOMENA TARIAN SEDANG MELANDA" Adakah 'tagline' ini betul penggunaannya? sekian terima kasih | "Tagline" tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
| Tuan/Puan, Tagline in Bahasa is "slogan kata"? Betul? | Tagline ialah cogan kata atau slogan.
| Makna | 19.06.2023 |
| Suruhanjaya Tenaga mempunyai tagline Be Energy Smart. Boleh bantu kemukakan tagline terjemahan dalam Bahasa Melayu? Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi slogan iklan Be Energy Smart ialah Jadilah Pengguna Elektrik yang Bijak. | Makna | 15.03.2019 |
| Adakah 'tagline' Bahasa Malaysia yang diberikan seperti lampiran di bawah, adalah refleksi terbaik untuk tagline dalam Bahasa Inggerisnya? Adakah translasinya tepat atau sesuai? | Tukar "Kemungkinan tiada penghujung" kepada perkataan lain kerana maksudnya tidak jelas dan tidak difahami. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.12.2016 |
| Saya sedang memilih tagline yang sesuai untuk syarikat saya dan ingin membuat semakan adakah tatabahasa yang digunakan betul. Berikut adalah tagline yang dipilih: 1. Kawalan Perosak Berkualiti 2. Solusi Perosak Terbaik 3. Perkhidmatan Perosak Berkualiti Terima kasih. | Cadangan kami: 1. Kawalan Makhluk Perosak Berkualiti 3. Khidmat Kawalan Makhluk Perosak Berkualiti | Tatabahasa | 19.11.2025 |
| Saya ingin membuat pertanyaan jika tagline ini sesuai untuk digunakan - "Tetap Bersama Anda". Terima kasih atas bantuan saudara. | "Tagline" tersebut boleh digunakan tetapi bergantung pada produk atau perkhidmatan yang saudara tawarkan. | Lain-lain | 24.02.2010 |
| Saya dari UNICEF (United Nation Children's Fund). Kami dalam proses menterjemah logo dan tagline kami ke bahasa Melayu. Tagline kami dalam Bahasa Inggeris adalah "For Every Child". Kami ingin menterjemahnya ke "Untuk Semua Anak" kerana Kanak-kanak agak panjang. Adakah terjemahan "Untuk Semua Anak" betul atau patutkah kami gunakan sahaja "Untuk Semua Kanak-kanak". Terima kasih, | Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah untuk setiap kanak-kanak | Lain-lain | 26.07.2019 |