Bagaimana membezakan kata penegas "tah" dengan "lah" dalam menegaskan bahagaian ayat? | 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. | Tatabahasa | 07.09.2008 |
Salam, Bolehkah saudara/saudari berikan contoh perkataan lain yang boleh menerima kata penegas -tah selain apatah, bilatah, manatah, mengapatah. Terima kasih. | Dalam data kami, kata penegas "tah" digunakanuntuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. Oleh itu, kata tanya yang bersesuaian dengan konteks yang tersebut boleh menerima tah sebagai kata penegas, seperti yang lazim ditemukan dalam kata bilatah, apatah dan manatah. Tidak ada senarai khusus tentang perkataan berkenaan dalam pangkalan data kami.
| Tatabahasa | 11.04.2014 |
apa___ gerangan nasib hamba? kata Hang jebat kepada sahabatnya. adakah jawapannya (lah atau tah)berikan sebabnya. | Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. Oleh itu jawapan yang betul ialah apatah gerangan nasib hamba? | Tatabahasa | 23.07.2010 |
Assalamualaikum Adakah perkataan yang menggunakan partikel -lah, -kah, -tah tergolong dalam bentuk kata terbitan? Contohnya perkataan 'cukuplah'. Partikel -lah tidak merujuk kepada imbuhan. Mohon pencerahan.-Darayani. | Salam, Partikel -lah, -tah, -kah bertindak sebagai penegasan dalam ayat dan bukan membentuk kata terbitan. Terima kasih. | Lain-lain | 12.03.2015 |
bagaimanakah ingin membezakan penggunaan kata penegas -tah dan -lah? Ayat manakah yang betul? i) Bilalah dia akan muncul? ii)Bilatah dia akan muncul? | Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan utk menegaskan kata yg mendahuluinya serta terikat dgnnya: Makan~ kuih itu. Jangan~ kamu berasa segan. Manakala tah pula ialah partikel pd akhir kata (utk menyatakan pertanyaan pd diri sendiri), gerangan: apa~ ?; bukan~ ?; mana~ ?; mengapa~ ?. Ayat yang betul ialah (i) Bilalah dia akan muncul? | Lain-lain | 13.08.2010 |
Saya difahamkan bahawa perkataan seperti 'kah', 'tah' dan 'lah' adalah partikel atau ayat tugas; di mana penggunaannya mesti dicantumkan dengan perkataan di hadapannya. Contoh: 1. Apakah masalah awak? Namun begitu, adakah situasi di mana partikel ini tidak perlu dicantumkan dengan perkataan yang ada di hadapan? (exception to the general rule) Contoh: 2."Awak sudah makankah?" atau "Awak sudah makan kah?" Adakah betul jika saya katakan bahawa penggunaan partikel yang tertara di atas, apabila digunakan sebagai kata penegas, harus dicantumkan dengan kata yang ada di hadapannya? Terima kasih | Partikel -lah, -kah dan -tah mesti ditulis bersambung dengan perkataan sebelumnya. Berdasarkan contoh yang tuan berikan, ayat yang tepat ialah "Awak sudah makan?" atau "Adakah awak sudah makan?" | Tatabahasa | 08.04.2020 |
Mana satu yang betul : a) Apatah daya saya b) Apalah daya saya c) Apakan daya saya d) Bilatah/Bilalah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu. Apa perbezaan penggunaan kata penegas berikut -lah, -tah, dan -kan. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya. Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. Berikut penggunaan yang betul. a) Apatah daya saya d) Bilakah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu? | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Salam, yang mana satu ayat betul a) Apa yang digunakan untuk mandi? b} Apakah yang digunakan untuk mandi? Adakah parikel-kah, -lah, -tah wajib digabungkan dengan kata tanya untuk membentuk ayat tanya. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah apakah yang digunakan untuk mandi? Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -kah, -tah, dan -lah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat berikut: 1 (a). Siapakah majikan kamu itu? (b). Majikan kamu itu siapakah? 2 (a). Apatah daya kita? (b). Daya kita apatah? 3 (a). Itulah rumah idamanku. (b). Rumah idamanku itulah.
| Tatabahasa | 23.11.2020 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagaimana dengan penggunaan perkataan 'lah'. Dijarakkan atau dirapatkan? Contoh : bosanlah atau bosan lah Sekian, terima kasih. | Kata penegas atau disebut juga partikel seperti -kah, -lah dan -tah ditulis bersambung dengan kata sebelumnya; contohnya siapakah, itulah dan apatah. | Tatabahasa | 13.12.2014 |
Bolehkah partikel -lah digunakan dgn imbuhan MeN-? Mana yg betul 1) Lestarikanlah Bahasa Kita! 2) Melestarikanlah Bahasa Kita! Terima kasih | Partikel -lah, -tah dan -kah merupakan kata penegas. Ia dirangkaikan dengan kata yang ingin ditegaskan dan mengalami proses pendepanan. Partikel -lah juga digunakan sebagai pelembut dalam ayat perintah. Penggunaan yang betul ialah Lestarikanlah Bahasa Kita! | Tatabahasa | 09.11.2020 |