Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.han] | تاهن

Definisi : 1. tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak (luntur, berubah, dll): perkakas itu kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun; 2. sanggup menderita sesuatu, tabah menanggung (kesusahan dll): orang kampung tidak ~ lagi hidup menderita selama-lama­nya; 3. dapat menguasai dirinya, betah: mereka hendaklah ~ menyimpan rahsia; 4. tidak mudah jemu (kasihan dll), kuat menguasai perasaan, tidak lekas jijik dll: mana ~ makan ubi tiap-tiap hari; 5. mencukupi, memadai (pd makanan, bekalan, dll): beras ini ~ utk seminggu; 6. tidak roboh (runtuh), kuat: bahagian hadapannya ditopang dgn dua batang kayu besar supaya ~ dan tidak tumbang terus; 7. lebih baik, bertambah baik (drpd sakit), sihat sedikit: semalam Bibah ni demam, ini dah ~ sedikit;~ air tidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air; ~ api tidak boleh terbakar, kalis api; ~ besi (peluru, tembak) tidak lut senjata, kebal; ~ cuci tidak turun warna (apa­bila dicuci); ~ gelombang (ombak) dapat belayar dgn baik (tidak oleng); ~ harga tetap harganya (tidak turun harganya); ~ hati cekal atau teguh hati; ~ hina tidak lekas marah apabila dihina; ~ kias tidak lekas menjadi marah apabila disindir; ~ kulit Jh tidak lut senjata; ~ lama tidak lekas rosak atau busuk; ~ lapar kuat berlapar; ~ lasak a) kuat dan cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakai­an); ~ palu (pukul) tidak sakit jika dipukul; ~ sabar sabar, tidak pemarah; ~ sesah tidak turun warna; ~ tangan tidak sakit kena pukul; ~ tonggak Mn ditanggung oleh tonggak; ~ uji a) boleh diuji; b) terbukti kebaikannya (keelokannya dll); bertahan 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mem­pertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Benda­hara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini; ~ larat = bertahan-tahan larat a) mengurang­kan kesukaran yg dideritai; b) mempertahan­kan supaya tahan lebih lama lagi, melambat-lambatkan habisnya sesuatu, menjimat-jimatkan; menahan 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diper­daya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu se­pan­jang-panjang sungai itu akan ~ angkat­an dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm pen­jara (utk sementara sahaja), memenjara­kan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menye­kat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permin­taan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup men­derita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan; menahani tidak membenarkan (melakukan sesuatu), menegah, mengekang, merintangi: barang kehendak kamu tiada aku tahani; maka Makhdum pun terlalu marah men­dengar kata Seri Rama itu, lalu dia pulang, berapa ditahani oleh Bendahara tiada mahu Makhdum bertahan; menahankan 1. menjadikan tahan; 2. meng­gunakan sesuatu utk menahan, menahan dgn: maka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya bela­kang­nya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah; 3. menguatkan diri supaya tahan, menahan: Nor Hamidah tidak dapat ~ tangis­nya; 4. menggalang, menyekat, merintangi, menahan: tidak boleh ditahankan kehendak raja; mempertahankan 1. mengikhtiarkan su­paya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melin­dungi, membela: jika kompeni menye­rang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; tertahan 1. dapat ditahan, tercegah, ter­hambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menang­gung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini; tertahan-tahan tidak lancar (langsung), terhenti-henti, terputus-putus: beliau terus bercerita dgn suara yg ~; tahanan 1. sesuatu yg menahan, halangan, rintangan: benda itu bergerak terus kerana tidak ada ~; 2. simpanan utk masa depan, cadangan, persediaan; 3. sesuatu yg ditahan (orang, barang, dll): kerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kpd anak dan isteri orang ~ politik; 4. tempat menah­an orang, penjara: saya telah dilempar­kan ke dlm ~ selama lapan puluh enam hari; 5. perihal menahan (dlm penjara dll): beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah di Kahirah dahulu; ketahanan keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan menanggung (menderita dll) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan (hati); pertahanan 1. hal mempertahankan (men­jaga supaya selamat dll): hak ~ tubuh dan harta; 2. perihal membela, pembelaan: seka­rang, dgn tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dr rumahmu; 3. sesuatu (spt kubu atau benteng) yg digunakan utk mem­pertahankan diri dll drpd serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dll: kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; memper­kukuh ~ negara; penahanan 1. perbuatan menahan (menang­kis), penangkisan; 2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3. perbuatan (tindakan) menahan (per­mohonan dll); 4. perbuatan (tindakan) mena­han orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb); 5. perbuatan (tindakan) menahan (mengu­rung, memenjarakan, dsb utk semen­tara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka dianggap tidak sah; penahan orang dll yg menahan, penyekat, perintang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.han] | تاهن

Definisi : menahan memasang jerat dll (utk menangkap binatang, ikan, dll): ~ bubu; tertahan (sudah) terpasang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.han] | تاهن

Definisi : ~ turut tali dr puncak tiang ke bibir perahu (kapal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.han] | تاهن

Definisi : 1 tidak mudah rosak (punah, berubah dll); tetap keadaannya walau­pun mengalami berbagai-bagai hal: Kereta ini kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun. 2 sanggup menderita atau sanggup menanggung sesuatu: Siapa yg ~ menanggung seksaan yg se­kejam itu? 3 boleh cukup; mencukupi; memadai: Beras ini ~ utk seminggu. ~ air tidak dpt dimasuki air. ~ api tidak dpt terbakar. ~ hati teguh hati; cekal hati. ~ lama tidak lekas rosak atau busuk. ~ lasak a. teguh (bkn pakaian, alat dll); tidak mudah rosak. b. kuat dan cekap bekerja. bertahan 1 tidak berganjak dr tempatnya; tidak berundur: Sekarang tentera Parsi ~ di dlm kubunya saja, tidak mahu keluar. 2 = ~ diri menjaga diri drpd serangan musuh. menahan 1 tidak membiarkan lepas (mengalir, lalu dll); menyekat: Batas ini gunanya utk ~ air drpd mengalir keluar. 2 tidak membenarkan masuk, pergi dll: Kerana kami tidak mempunyai surat kebenaran masuk, pengawal itu telah ~ kami di pintu pagar istana. 3 memberi bersokong supaya tidak roboh (run­tuh); menopang. 4 memasukkan ke dlm penjara; memenjarakan: Dia telah ditahan oleh polis selama seminggu. 5 melambai-lambaikan tangan supaya bas (kereta dll) berhenti. ~ jerat a. memasang jerat. b. ki mengenakan atau melakukan tipu muslihat; men­celakakan dgn tipu muslihat. me­nahankan 1 menjadikan tahan; men­­­jadikan tidak mudah rosak dll. 2 meng­gunakan sesuatu utk menahan. mempertahankan 1 menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah: ~ adat. 2 menjaga supaya tidak diserang (dikuasai, dirosakkan dll); melindungi: ~ tanah air drpd serangan musuh. tertahan dpt ditahan; tercegah; terhenti; tersekat: Serangan pasukan keselamatan tidak ~ oleh musuh. tertahan-tahan tidak berapa lancar (bkn sesuatu); terputus-putus; terhenti-henti. tahanan 1 orang, barang dll yg ditahan: Kerajaan membantu dan memberi layanan dgn baik kpd anak dan isteri orang-orang ~ politik. 2 tempat menahan orang; penjara: Dia telah dimasukkan ke dlm ~ selama sebulan. 3 tindakan menahan (dlm penjara dll): Beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah suatu masa dahulu. ketahanan sifat atau keadaan tahan; kekuatan. pertahanan 1 perbuatan atau hal bertahan. 2 sesuatu yg digunakan utk mempertahankan atau utk melindungi. penahanan perihal (perbuatan dsb) menahan. penahan orang dll yg menahan; penyekat; penghalang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Tahan punai kena merbuk,
     Merbuk bersarang di kayu jati;
Dah tahu benda tu mabuk,
     Sahaja nak cari mati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Tahan jerat sorong kepala.

Bermaksud :

Hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yang mendapat celaka.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya adakah penggunaan simbol (/) perlu dijarakkan atau didekatkan. Contohnya: lepas/tahan/rampas atau lepas / tahan / rampas. Terima kasih.

Perkataan sebelum dan selepas Garis Miring (/) hendaklah dirapatkan.

Tatabahasa23.08.2011
Salam, saya ingin mengetahui adakah istilah daya tahan boleh digunakan dalam penyelidikan ilmiah sebagai terjemahan kepada perkataan (resilience). Apakah beza atau persamaan antara daya tahan dan resilien? Semoga dapat membantu. Terima kasih.Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience.Istilah27.05.2013
Salam sejahtera. Saya adalah pelajar PhD UPM. Kajian saya ialah mengenai Resiliens (daya tahan) guru-guru novis (baharu). Soalan saya : i. Adakah saya boleh guna perkataan Resiliens atau resilien sebagai ganti perkataan daya tahan kerana dalam kajian-kajian luar negara, istilah resilience /resilient lebih sinonim. ii. bolehkah juga saya guna perkataan novis bagi menggantikan baharu. mohon pencerahan dari pihak tuan. terima kasihUntuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Sementara istilah novis terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience dan baharu untuk novice kerana istilah tersebut lebih mudah difahami dan menepati konsep yang dikemukakan.Istilah06.09.2011
Perkataan "mempertahankan" boleh dipakai? ini kerana dalam tatabahasa dewan imbuhan "memper...kan" tidak boleh menerima kata dasarnya, kata adjektif. Bukankah "tahan" ialah kata adjektif? SEKIAN, HARAP DAPAT TERJAWAB MASALAH INI.Walaupun "tahan" merupakan kata sifat tetapi kata ini abstrak. Kata sifat yang abstrak mempunyai makna yang khusus.Tatabahasa20.09.2007
Saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang psikologi di USM. Minta pengesahan sama ada penggunaan istilah RESILIENSI AKADEMIK boleh digunakan untuk menggambarkan DAYA TAHAN pelajar dalam bidang akademik walaupun dalam keadaan yang tertekan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience.Istilah28.10.2013
Sebagai rakyat Malaysia kita harus (mempertahankan / mempertahan ) negara dari ancaman musuh. p/s : ini kerana perkataan "tahan" boleh membawa maksud kata kerja dan kata adjektif. jadi mana lebih tepat dan tolong huraikan sebabnya. terima kasih atas keprihatinan.Sebagai rakyat Malaysia kita harus mempertahankan negara dari ancaman musuh. Mempertahankan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek selepasnya, iaitu negara bagi melengkapkan ayat tersebut.Tatabahasa18.07.2012
Salam... saya ingin bertanya perkataan " ekplorasi" - adalah perkataan ini ada dalam kamus dewan. Ayat uang saya hendak bina adalah "Eksplorasi Gunung Tahan" Terima Kasih..Perkataan eksplorasi ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan ejaan yang betul ialah eksplorasi bukan ekplorasi. Maksud eksplorasi ialah penjelajahan ke lapangan utk memperoleh sesuatu: melalui pengamatannya, semua jenis ~ itu merupakan cara utk belajar. Tajuk yang saudara bina itu betul. Istilah16.03.2010
apa makna mumiaMumia bermaksud mayat manusia atau bangkai binatang yang diawet sebelum dikebumikan (seperti yang di­amalkan pada zaman Mesir kuno); memumiakan mengawet mayat supaya tahan lama dan tidak reput degan cara melumur­kan minyak khas dsb. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna25.07.2012
dia berdiri teguh di belakang pemimpin itu. munsyi, adakah teguh betul? TKteguh- tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll).

Teguh lebih sesuai untuk prinsip, pegangan, peraturan.
Tatabahasa01.09.2012
Salam Satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tough talking"? Sumber : http://idioms.thefreedictionary.com/talk+tough Terima kasih.Salam Satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tough talking"? Sumber : http://idioms.thefreedictionary.com/talk+tough Terima kasih. 

Mohon puan memberikan konteks penggunaan frasa 'tough talking' seperti yang dikehendaki. Ini kerana tidak ada terjemahan langsung bagi frasa tersebut, di samping 'perkataan 'tough' membawa 5 maksud lateral mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan. Maksud 1: kuat, keras, tahan lasak; maksud 2: tahan lasak; maksud 3:ganas (manusia); maksud 4: tegas (manusia); dan maksud 5: susah, sukar.  
 
Makna27.09.2013
1234

Kembali ke atas