Salam sejahtera... 1. Adakah perkataan "keliru" tergolong dalam kata adjektif atau kata kerja ? 2. Apakah perbezaan penggunaan kata "boleh" dan "dapat" ? 3. "Harjit gagal dalam ujian itu kerana tidak menduduki peperiksaan". Yang manakah klausa utama dalam ayat tersebut ? Terima kasih. | 1. Perkataan keliru boleh tergolong dalam kata adjektif dan juga kata kerja. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, boleh bermaksud 1. dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; manakala dapat bermaksud 1. boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha. 3. Klausa utama dalam ayat itu ialah Harjit gagal dalam ujian itu. Keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman433. | Tatabahasa | 23.10.2009 |
1)Nyatakan perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh". 2)Mengapa kata "di mana", "yang mana", dan "apa" tidak boleh digunakan dalam ayat penyata? 3)Jelaskan perbandingan kata sendi nama "bagi" dengan "untuk" dengan memberikan contoh ayat yang sesuai dan tepat. 4)Apakah perbezaan kata sendi nama "antara" dengan "diantara"? | Puan Nadrah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. untuk jawapan yang lebih jelas dan lengkap tentang pertanyaan ini sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan. dapat. - boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha; (boléh) 1. dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; manakala untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukan. Contohnya- untuk siapakah hadiah ini?. Ayat ini tidak boleh ditukar dengan - bagi siapakan hadiah ini? Kata sendi nama untuk pula boleh bertukar ganti penggunaannya dengan bagi jika digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu.- kereta untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja. | Tatabahasa | 01.01.2010 |
Salam Satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tough talking"? Sumber : http://idioms.thefreedictionary.com/talk+tough Terima kasih. | Salam Satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tough talking"? Sumber : http://idioms.thefreedictionary.com/talk+tough Terima kasih. Mohon puan memberikan konteks penggunaan frasa 'tough talking' seperti yang dikehendaki. Ini kerana tidak ada terjemahan langsung bagi frasa tersebut, di samping 'perkataan 'tough' membawa 5 maksud lateral mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan. Maksud 1: kuat, keras, tahan lasak; maksud 2: tahan lasak; maksud 3:ganas (manusia); maksud 4: tegas (manusia); dan maksud 5: susah, sukar.
| Makna | 27.09.2013 |
Sikap kawannya yang suka mengambil tahu hal orang lain menyebabkan dia berasa luntur untuk menegur kawannya itu. munsyi, luntur wajar digantikan dengan apa? TQ | Luntur bermaksud 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): <i>kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ i>tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): <i>keazaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan;i> 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): <i>kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; i>4. turun atau menjadi rendah. Nyata, perkataan luntur tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain seperti enggan. Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak digunakan dan lihat adakah sesuai makna kata tersebut digunakan untuk ayat tersebut. | Makna | 07.02.2012 |
Salam, saya ingin bertanya tentang: 1/ Binaan ayat dengan perkataan tercampak. Ayatnya berbunyi: Kakak tercampak pen itu kerana terkejut. Adakah ayat ini betul? 2/ Makna perkataan tinggi dalam ayat ini bolehkah diterima jika pelajar menggunakan perkataan kuat. Ayat: Stamina yang tinggi dengan stamina yang kuat, adakah membawa maksud yang sama? Terima kasih | Engku Nor Azura, Untuk makluman puan, ayat no. 1 adalah betul. Manakala ayat no. 2, yang berkaitan dengan keupayaan atau daya tahan seseorang. Dalam konteks ayat puan, penggunaan kata yang betul dari segi tatabahasa ialah stamina yang kuat bukannya stamina yang tinggi. Hal ini demikian, kerana kata kuat menggambarkan kekuatan tenaga seseorang, manakala kata tinggi menggambarkan keadaan saiz seseorang sama ada tinggi atau rendah. | Tatabahasa | 21.05.2009 |
Apakah maksud frasa berikut: 1.Rancangan pembangunan pendidikan. 2.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. 3.Dasar Pendidikan Kebangsaan. 4.Rancangan Malaysia. 5.Pendidikan Tertiari. 6.Aspirasi negara. 7.Modal insan | Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat berkenaan atau buku-buku yang berkaitan. 7. Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. | Lain-lain | 08.11.2011 |
maksud kota metropolitan, meningkatkan stamina, menyusuri kaki lima jalan, memori indah, mengecap keindahan, tapak warisan, flora dan fauna, bernostalgia dan kenangan yang terpahat di hati. | Maksud metropolitan ialah 1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Kota metropolitan ialah kota yang mempunyai ciri-ciri seperti makna di atas. Stamina bermaksud daya tahan membolehkan sesorang itu bekerja kuat. Meningkatkan stamina bermaksud menambahkan stamina. Bagi maksud perkataan dan frasa seterusnya sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 07.07.2008 |
APA ITU PROSES? | | Proses: 1 perubahan (peristiwa dll) yg berlaku berturut-turut atau beruntun-runtun dgn sendirinya: ~ perkembangan jiwa; ~ penghadaman makanan. 2 cara atau kaedah tertentu yg diikut utk membuat sesuatu: ~ Bessemer salah satu cara membuat keluli yg dipelopori oleh Bessemer. 3 beberapa perbuatan berperingkat-peringkat yg dilakukan utk mendapatkan sesuatu: ~ pengeluaran minyak kelapa sawit memang rumit dan memerlukan modal yg banyak. memproses 1 membuat (menyediakan, menjalankan) sesuatu menerusi berbagai-bagai proses: Sebuah kilang ~ minyak telah dibina di Port Dickson. 2 membubuh ubat pd kayu supaya tahan lama (tidak dimakan ulat dll). pemprosesan perbuatan atau hal memproses. |
| Makna | 05.10.2009 |
Saya berminat menulis cerpen, dan telahpun siap satu cerpen. Adakah cara supaya saya boleh mendapatkan pendapat secara kritis bagaimana cara untuk memperbaiki karya saya supaya menjadi lebih baik dan menarik? Terutama dari segi gaya bahasa dan susunan cerita. Kerana setakat ini komen yang diberikan kepada saya lebih kepada ok, not bad, boleh tahan. Saya perlukan komen yang lebih kritis. Aspek mana yang boleh diperbaiki. Di mana kekurangan dan kelebihan karya saya. Untuk pengetahuan, saya banyak menggunakan dialog campuran BM-BI. Jadi konsep ceritanya tidaklah berunsur sastera. Harap maklum. Terima kasih. | Tidak ada khidmat untuk menyemak karya kreatif karya individu. Apa yang dapat kami bantu ialah memberikan beberapa panduan untuk menghasilkan karya yang baik, antaranya ialah: 1. Karya mengandungi pemikiran dan perasaan 2. Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik 3. Karya mempunyai nilai-nilai murni 4 Karya mampu merangsang pemikiran pembaca 5. Karya juga ditulis dalam bahasa Melayu yang baik dan betul Untuk maklumat, saudara boleh merujuk beberapa buah buku panduan penulisan yang telah diterbitkan oleh DBP. | Sastera | 20.07.2011 |
Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang_________ ulung ketika menerajui pentadbiran malaysia. A bangsawan B cendekiawan C negarawan D usahawan | Saudari, Dalam konteks ayat di atas jawapan yang paling sesuai ialah 'negarawan'. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negarawan merujuk kepada 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pemimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, kejujurannya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg negarawan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 23.08.2012 |