Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) kuat dan cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakai­an); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : boleh dipakai lama (pakaian dll), tidak mudah koyak (luntur, lusuh, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. teguh (bkn pakaian, alat dll); tidak mudah rosak. b. kuat dan cekap bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat Inggeris di bawah " Specifically designed to store milk powder conveniently and hygienically. Durable and practical for travel and home use. Made of safe and non-toxic materials." dalam Bahasa Melayu ialah: "Direka khas untuk menyimpan susu tepung dengan mudah dan bersih. Tahan lasak dan senang untuk dibawa keluar atau digunakan di dalam rumah. Diperbuat daripada bahan yang tidak bertoksik." ?Tuan, soalan untuk terjemahan boleh dikemukakan kepada Institut Terjemahan Negara atau Persatuan Penterjemah Malaysia. Walau bagaimanapun, pandangan kami ayat yang diterjemahkan betul dan tiada kesalahan bahasa.Tatabahasa17.03.2014
Salam Satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tough talking"? Sumber : http://idioms.thefreedictionary.com/talk+tough Terima kasih.Salam Satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tough talking"? Sumber : http://idioms.thefreedictionary.com/talk+tough Terima kasih. 

Mohon puan memberikan konteks penggunaan frasa 'tough talking' seperti yang dikehendaki. Ini kerana tidak ada terjemahan langsung bagi frasa tersebut, di samping 'perkataan 'tough' membawa 5 maksud lateral mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan. Maksud 1: kuat, keras, tahan lasak; maksud 2: tahan lasak; maksud 3:ganas (manusia); maksud 4: tegas (manusia); dan maksud 5: susah, sukar.  
 
Makna27.09.2013

Kembali ke atas