| Boleh kah perkataan "kan" yang digunakan dalam percakapan di gunakan dalam penulisan sarikata/subtitile? Contoh, Awak mesti tahu di mana dia berada kan? Adakah pertakataan "kan" hanya boleh digunakan dalam percakapan? Terima kasih | Salam sejahtera, Semua golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 04.04.2020 |
| saya nak tahu tentang penggunaan imbuhan -kan- contohnya; disediakan oleh..., disahkan oleh..digunakan untuk,.. adakah betul penggunaan imbuhan -kan- bagi contoh di atas? | Penggunaan apitan di-...-kan dalam contoh tersebut betul. Apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi men-...-kan seperti menyediakan - disediakan dan mengesahkan - disahkan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 202. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
| Bagaimana cara menentukan penggunaan imbuhan akhiran -kan pada perkataan yang huruf akhirnya K..contoh lonjak, banyak? | Saudara harus tahu membezakan kata yang terbentuk dengan akhiran -kan dan kata yang terbentuk daripada akhiran -an. Kata kerja yang terbentuk dengan akhiran -kan, seperti bukukan, carikan dan tunjukkan. Kata nama yang terbentuk daripada akhiran -an, seperti tamparan, lukisan dan sepakan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 117 dan 183. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
| Saya ingin tahu. Perkataan dalam Bahasa Inggeris, kalau (NAMA KHAS) khas adakah ianya perlu di italic kan atau tidak? Selain daripada (NAMA KHAS) saya rasa ia perlu di italic kan. BETUL ATAU TIDAK. Lihat petikan ini yang saya dapat dalam laman web DBP Minda Tertutup Memori Terhakis Dunia Bahasa, Pilihan Utama Penyokong PPSMI yang hingga kini enggan mengakui kalah, cuba mengelirukan penggubal dasar dan orang ramai tentang penggunaan bahasa Inggeris dengan penguasaan sains dan matematik. SOALAN: 1) Saya ingin tahu. Perkataan bahasa Inggeris. Mana satu penulisannya yang betul. (a) Bahasa Inggeris ATAU (b) bahasa Inggeri. Perkataan bahasa itu ( huruf besar atau huruf kecil). 2) Rujuk kepada sains dan matematik. Perkataan sains dan matematik itu semestinya huruf besar (a) Sains dan (b) Matematik. TETAPI dalam petikan web DBP ditulis dengan huruf kecil? Mohon penjelasan. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955 | 1. Berdasarkan gaya penerbitan DBP, nama khas dalam bahasa Inggeris seperti nama tempat, nama orang, nama jalan, nama bangunan dan sebagainya tidak diitalikkan. Walau bagaimanapun, nama buku dan petikan ayat dalam bahasa Inggeris perlu diitalikkan. 2. Sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik. | Ejaan | 11.02.2012 |
| Salam sejahtera, apa bezanya "menggunting" dan "mengguntingkan" ? Macam mana kita dapat tahu bila kena tambah "kan" di belakang dalam ayat, bila tak perlu ya? Contoh: Nabilah mengguntingkan kertas.(Adakah ini betul?) Terima kasih kerana menjawab soalan saya. | Perkataan menggunting bermaksud memotong dengan menggunakan gunting dan perkataan mengguntingkan bermaksud menggunting (kain dan lain-lain) untuk dijadikan sesuatu. Contoh, Ahmad menggunting kertas dan Aini mengguntingkan kain untuk dijadikan baju. | Tatabahasa | 21.08.2022 |
| Berdasarkan soalan di atas mengapakah ayat nombor IV dianggap salah ? Boleh saya tahu | Kata kerja meN-…-kan dengan sabtu objek. Binaan ayat yang menerima kata kerja berapitan men-…-kan dengan satu objek adalah seperti yang berikut: Subjek + kata kerja+objek Ayat yang betul ialah “Datuk menceritakan pengalamannya yang hidup menderita semasa zaman pendudukan Jepun.”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 194. | Tatabahasa | 06.07.2024 |
| Boleh saya tahu tatabahasa bagi ayat-ayat yang berikut betul atau salah? saya keliru perlu imbuhan -kan atau tidak. 1. Tuliskan kosakata yang anda suka. 2. Pilihkan kosakata yang anda suka. 3. Bulatkan kosakata yang anda suka. | Ayat yang betul ialah: 1. Tulis kosa kata yang anda suka. / Tuliskan kosa kata yang anda suka. 2. Pilih kosa kata yang anda suka. / Pilihkan kosa kata yang anda suka. 3. Bulatkan kosa kata yang anda suka. Bulat ialah kata adjektif. Ayat suruhan dengan kata adjektif perlu disertai dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 30.01.2024 |
| saya ingin tahu: 1. Samada perkataan "memberi" memerlukan imbuhan "-kan" dibelakangnya didalam frasa "memberikan tenaga" 2. "mari bernyanyi" atau "mari menyanyi"? | 1. Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, contohnya, Ali memberi adiknya sebuah buku cerita dan Ketua kumpulan akan memberikan taklimat kepada peserta perkhemahan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202. 2. Bernyanyi dan menyanyi membawa maksud yang sama, iaitu melafazkan lagu. Contoh ayat, 'Kami mendengar nenek bernyanyi.' dan 'Kami mendengar nenek menyanyi.' adalah betul. | Tatabahasa | 06.09.2017 |
| saya ingin tahu: 1. Samada perkataan "memberi" memerlukan imbuhan "-kan" dibelakangnya didalam frasa "memberikan tenaga" 2. "mari bernyanyi" atau "mari menyanyi"? | 1. Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: a. Ali memberi kucing makan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. 2. Kedua-duanya boleh digunakan. Lazimnya menggunakan mari menyanyi. | Tatabahasa | 11.09.2017 |
| Antara berikut ayat manakah betul? 1. Garisi kata nama khas dalam ayat di bawah. 2. Gariskan kata nama khas dalam ayat di bawah. Sekiranya ayat tersebut betul atau salah. Bolehkah saya tahu mengapa? Terima kasih. | Menut data kami, ayat yang betul ialah gariskan kata nama khas dalam ayat di bawah. Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Perbezaan penggunaan ...i dan ...kan kerana akhiran ...kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran ...i mengandungi unsur lokatif (tempat), contoh belikan - membeli untuk orang lain, naiki - naik ke atas suatu tempat. (Rujuk Tatabahasa Dewan) | Lain-lain | 26.03.2018 |