Adakah boleh menggunakan tahun 2000-an bagi merujuk tahun-tahun 2000 ke atas sepertimana kita sering merujuk tahun 1990-an? | Selamat pagi Pihak cik/puan menggunakan tahun 2000-an bagi merujuk tahun-tahun 2000 ke atas. | Lain-lain | 20.06.2016 |
Seperti di tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun adalah seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%). | Seperti pada tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%). | Tatabahasa | 14.12.2011 |
Adakah penggunaan "dan" dalam ayat berikut adalah betul : Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang. | Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang. Berdasarkan teks tersebut, jelas menunjukkan laras yang digunakan ialah laras undang-undang. Kita menerima gaya bahasa yang berkenaan tetapi penggunaannya terhad dalam laras undang-undang sahaja. | Tatabahasa | 02.01.2013 |
Yang Yang Oct 6th, 4:33pm Boleh tanya tentang perkataan ini : selamat tahun baru cina dan tahun baru sudah sudah di tukar kepada selamat tahun Baharu Tahun Cina, Tahun Baharu? | Ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" kedua-duanya adalah betul. Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. | Istilah | 06.10.2015 |
salam berkenaan Biasiswa Sarjana Tun Syed Nasir, adakah biasiswa sarjana ini baru diperkenalkan pada tahun ini, apa yang saya tahu, tahun-tahun sebelum ini biasiswa ini hanya dibuka kepada calon ijazah sarjana muda sahaja, dan adakah biasiswa sarjana ini akan dibuka setiap tahun. Terima kasih. | Untuk maklumat lanjut tentang tawaran biasiswa ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP di talian 03-21479000 atau kemukakan e-mel pertanyaan kepada Ketua Bahagian, Encik Azhar Mohamad Dora melalui azhar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 21.09.2014 |
Penggunaan perkataan baru pada Tahun Baru atau Tahun Baharu. Terima kasih. | Penggunaan perkataan baru pada Tahun Baru atau Tahun Baharu. Terima kasih. Kedua-dua frasa "Tahun Baru" dan "Tahun Baharu" digunakan kerana dianggap varian ejaan iaitu kedua-dua baharu dan baru boleh merujuk new dalam bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 31.12.2013 |
a)Murid tahun empat dan tahun lima mempersembahkan nyanyian. b )Murid( T)ahun (E)mpat dan( T)ahun (L)ima mempersembahkan nyanyian. ADAKAH TAHUN EMPAT DAN TAHUN LIMA KENA HURUF BESAR? | Ejaan yang betul ialah "Murid tahun empat dan tahun lima mempersembahkan nyanyian", tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali ada nama kelas seperti Tahun Empat Sejahtera. | Ejaan | 22.07.2014 |
Bolehkah DBP menukar "Tahun Baru Cina" kepada "Tahun Baharu Cina" yang wajib digunakan semasa perayaan Tahun Baharu Cina? Maksud saya menggalakkan rakyat menggunakan perkataan "baharu" dalam "Tahun Baharu Cina" kerana "baharu" barulah bermaksud benda yang tidak pernah dijumpai. "Tahun Baharu Cina" di sini bermaksud tahun yang belum dilalui dan akan dilalui oleh kaum Cina. Oleh itu kaum Cina meraikan perayaan Tahun Baharu Cina ini. Tolong titikberatkan isu ini. Terima kasih. | Kami menerima kedua-dua frasa tersebut kerana dalam konteks umum baru sama maksudnya dengan baharu. Hal ini berbeza dengan wacana bahasa, iaitu konteks khusus dalam bidang bahasa yang terikat dengan rumus tatabahasa. | Tatabahasa | 25.05.2014 |
Tahun melawat Malaysia atau Tahun Lawatan ke Malaysia yang tepat. | Tahun Melawat Malaysia. Tahun lawatan ke Malaysia. | Tatabahasa | 20.04.2010 |
Soalan 1 Perkataan manakah yang betul, sebagai contoh, " tahun hadapan atau tahun depan?" Soalan 2 Kata "BAHARU" dan "BARU". Apakah perbezaan kedua-dua kata ini? Sebagai contoh, "Tahun Baharu atau Tahun Baru"? "Guru Baharu atau Guru Baru"? | 1. Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, depan dan hadapan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua bentuk, iaitu tahun depan dan tahun hadapan adalah betul dan boleh digunakan. 2. Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba. | Tatabahasa | 20.04.2017 |