Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hu.nan] | تاهونن

Definisi : 1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung ~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hu.nan] | تاهونن

Definisi : tiap-tiap tahun; sekali setahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahunan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Purata harga tahunan atau harga purata tahunan? Contoh: Purata harga tahunan/Harga purata tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 adalah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya.Istilah yang betul ialah purata harga tahunan - purata harga tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 ialah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya.Tatabahasa03.03.2014
Yang manakah yang betul penggunaannya? 1) Rancangan Pelajaran Tahunan, 2) Rancangan pelajaran tahunan, 3) Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia. 4) Rancangan pelajaran tahunan bagi Bahasa Malysia.Sebagai nama khas yang betul ialah Rancangan Pelajaran Tahunan. 2. Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia   Ejaan24.10.2008
Salam.. Mohon penjelasan penggunaan perkataan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Tahunan sahaja yang betul.? Dan Di mana sesuainya kedua-dua perkataan tersebut.. Betulkah Mesyuarat Agung Tahunan ini mesti ada agenda seperti (contoh) : Ucapan Pengerusi Pembentangan aktiviti Pembentangan kewangan Pemilihan JK Dan lain-lain Manakala Mesyuarat Tahunan itu tiada agenda khusus, sebagai contoh...Mesyuarat Tahunan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura.Mesyuarat Agung lazimnya dilaksanakan dalam pertubuhan atau persatuan seperti Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Mesyuarat antara negara lazimnya disebut mesyuarat tahunan seperti Mesyuarat Tahunan Malaysia - Singapura.Lain-lain28.02.2020
Salam sejahtera. Saya ingin tanya, frasa yang manakah betul? "mini sukan tahunan" atau "sukan mini tahunan" atau "sukan tahunan mini" yang betul? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "sukan mini tahunan".Tatabahasa09.09.2023
"Mesyuarat agung hendaklah diadakan sekali dalam setiap tahun dengan syarat bahawa ianya tidak melebihi 15 bulan boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya. " Apakah maksud ayat di atas ? Adakah ianya membawa maksud : 1) BOLEH terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya. 2) TIDAK BOLEH terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya. JAWAPAN :
Maksud ayat tersebut ialah mesyuarat agung tahunan hendaklah diadakan setiap tahun dengan tidak melebihi 15 bulan daripada tarikh mesyuarat terakhir diadakan. 

Oleh yang demikian, ayat “Boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya, selagi mesyuarat agung tersebut tidak melebihi 15 bulan.” mencapai makna, seperti yang dinyatakan di atas.
 
Penerangan ini berdasarkan takrifan dan pemahaman umum dan tiada kaitan dengan mana-mana bidang ilmu.
Tatabahasa28.05.2025
"Mesyuarat agung hendaklah diadakan sekali dalam setiap tahun dengan syarat bahawa ianya tidak melebihi 15 bulan boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya. " Soalan : dalam ayat di atas adalah ianya membawa maksud 1) boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya 2) tidak boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya Harap dapat penjelasan. Terima kasih

Dalam ayat di atas, “ianya” merujuk pada mesyuarat agung tahunanAyat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut, supaya lebih jelas:

"Mesyuarat agung hendaklah diadakan sekali dalam setiap tahun dengan syarat tidak melebihi 15 bulan antara tarikh satu mesyuarat dengan tarikh mesyuarat yang berikutnya."

 

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 hingga 575.

Lain-lain23.05.2025
bagaimana menentukan hukum D-M yang betul dalam frasa berikut? - Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Ke-12 - Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 PETRONAS - Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Kali Ke-12 - Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12 PETRONAS

Tajuk yang betul ialah Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Ke-12

Tatabahasa09.09.2014
Saya ingin bertanya tentang susunan subjek dan pradikat seperti berikut: 1.Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Alumni LPP atau Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan atau Mesyuarat Agung Perwakilan Khas; 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Cawangan Tahunan; 4. Cawangan Alumni LPP Negeri Melaka atau Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka; 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP atau Jawatankuasa Alumni LPP Pusat; 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan Alumni LPP; 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri atau Alumni-alumni LPP Cawangan; 6.1. Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP.
2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan.
3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.
4. Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka.
5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP.
6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan ...
7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri.
Tatabahasa09.08.2018
Bolekah ditulis ke-1 bagi maksud pertama, contohnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-1?Bentuk penulisan yang betul ialah "Mesyuarat Agung Tahunan". Lazimnya, majlis atau mesyuarat yang julung-julung kalinya diadakan tidak diberikan nombor, melainkan majlis yang berikutnya, seperti "Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2”, "Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua dan sebagainya. Cara menulis boleh menggunakan dua kaedah, sama ada menggunakan nombor atau dieja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my melalui pilihan Khidmat Nasihat Bahasa.Tatabahasa30.04.2025
Ayat manakah yang betul? i) Olahragawan tahunan jatuh pada Ali. ii) Olahragawan tahunan jatuh kepada Ali.Ayat yang betul ialah  ii) Olahragawan tahunan jatuh kepada Ali.Tatabahasa24.09.2013
1234567

Kembali ke atas