Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taip] | تاءيڤ

Definisi : mesin ~ mesin papan kekunci utk menulis huruf, angka, dsb secara mekanikal;menaip menulis dgn mesin taip: tatkala dia ~ itu mulutnya kumat-kamit sedang jarinya menekan satu-satu huruf; taip-menaip perihal menaip (surat, rencana, dll): mereka telah menganjurkan suatu kelas trengkas dan ~; menaipkan menaip sesuatu utk (kerana); taipan yg ditaip, hasil drpd (perbuatan) menaip: membetulkan kesilapan-kesilapan ~; penaipan perihal (perbuatan dsb) menaip: satu cetakan hasil ~ hendaklah dikeluarkan utk semakan; penaip orang yg menaip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taip] | تاءيڤ

Definisi : ; menaip menulis dgn mesin taip, komputer dsb. menaipkan menaip sesuatu utk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taip


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. BAHAGIAN A 1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu. 2. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu miliki. 3. Jangankan membeli komputer, membeli mesin taip pun saya tidak mampu. 4. Ibu menyimpan pisau ke laci. 5. Ibu menyimpan pisau ke dalam laci. 6. Ibu menyimpan pisau di dalam laci. = Yang manakah ayat yang betul. BAHAGIAN B naik = tidak perlu 'ke atas' turun = tidak perlu 'ke bawah' masuk = tidak perlu 'ke dalam' Adakah pernyataan di atas benar kerana ayat-berikut selalu digunakan; 1. Adik cepat-cepat turun ke bawah rumah setelah dimarahi bapa. 2. Para pemenang diminta naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. 3. Kakak masuk ke dalam bilik tidurnya. Terima kasih.Bahagian A: Ayat yang gramatis ialah jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu dan 
Ibu menyimpan pisau ke dalam laci/ibu menyimpan pisau di dalam laci. 
 
Bahagian B naik: Frasa naik ke atas, turun ke bawah dan masuk ke dalam merupakan penggunaan bahasa yang lewah. Walaupun lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. Dan binaan ayat yang gramatis bebas daripada unsur lewah.
Tatabahasa05.09.2012
Cikgu, bentuk yang terdapat di bawah yang manakah betul? 1. Sila taip "Khidmat Nasihat Tatabahasa" lalu mendaftarkan satu akaun di sana. 2. Sila taip "Khidmat Nasihat Tatabahasa lalu daftarkan satu akaun di sana. (Perlukah perkataan "daftar" memakai imbuhan? Jika ya, kenapa? Jika tak perlu, kenapa?)Dalam ayat suruhan kata kerja menerima akhiran -kan seperti daftarkan dan bersihkan.Tatabahasa11.05.2014
APAKAH KEPENTINGAN PROSES PENYUNTINGAN DALAM PENULISAN MANUSKRIP?DAN HURAIKAN SECARA TERPERINCI.Kepentingan penyuntingan manuskrip : ialah menyemak fakta, menyemak penggunaan bahasa dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca, dll., menyelaraskan persembahan teks seperti tajuk, subtajuk, jadual, rajah, nota kaki, bold, italic, dll., juga semakan dari segi penerbitan seperti rupa taip, saiz taip, jarak dan tinggi teks.Makna25.09.2006
Salam sejahtera. Soalan saya: Adakah nama-nama fon/muka taip seperti Arial, Palatino, Bodoni dan sebagainya perlu ditulis condong (italic) dalam penulisan?Salam sejahtera. Nama-nama fon/muka taip seperti Arial, Palatino, Bodoni dan sebagainya tidak perlu ditulis condong (italic) dalam penulisan.Lain-lain30.10.2017
Saya nak tahu samada Dewan Bahasa mempunyai sistem 1) TTS (Text to Speech Recognation) -Sistem dimana perkatan di sebut dan didengari apabila siap taip. 2)STT ( Speech to Text recognation)- Apabila menyebut sesuatu perkataan, ianya di taip dan boleh di baca bagi mereka yang cacat pendengaran. Kedua-dua sistem dah ada dalam bahasa lain dan bagaimana dengan Bahasa Kebanggaan kita. Jika ada siapa boleh saya hubungi dan sekiranya tak ada kami sedia membantu.

Maaf tuan, buat masa ini DBP belum menyediakan perkhidmatan tersebut. DBP sekarang ini sedang menambahbaikan sistem penyampaian ke arah sistem penyampaian yang lebih berkesan dan cemerlang. Terima kasih atas cadangan tersebut.  

Lain-lain01.04.2009
Apakah maksud: 1. Papan tanda 2. Papan jalan 3. Papan tulis 4. Reka atur 5. Reka letak 6. Muka pintu 7. Muka taip 8. Balai cerap 9. Bahu jalan sama dengan tepi jalan? Terima kasih atas penjelasan tuan.1. Papan tanda bermaksud papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dan sebagainya).
3. Papan tulis ialah papan yang biasanya bercat hitam tempat menulis dengan kapur.
5. Reka letak ialah susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pada iklan atau halaman buku, surat khabar, dan lain-lain.
6. Muka pintu bermaksud ambang pintu.
7. Muka taip bermaksud a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu;
8. Balai cerap ialah bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dsb;
9. Bahu jalan bermaksud bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian untuk laluan kenderaan).

Istilah reka atur dan papan jalan tiada dalam data kami. Istilah yang betul papan tanda nama jalan, iaitu yang digunakan untuk meletakkan nama jalan.
Makna26.11.2013
assalam. Saya ingin bertanya: 1. contoh klasifikasi muka taip seperti old style, transition, slab serif dan script adakah nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar?Kata nama khas hendaklah ditulis dengan huruf besar. Penulis perlu memastikan kategori sesuatu kata itu sama ada kata nama am atau kata nama khas. Dalam Bahasa Melayu klasifikasi muka taip ialah kata nama am. Tatabahasa15.12.2017
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “type face” dan “type body”? Sebagai contoh seperti di bawah ini: peruntukan seperti yang berikut: “Size and colour of letters 13. (1) Where the size of letters to be used in labels is prescribed in these Regulations by reference to a minimum number of points, the reference shall be deemed to be a reference to height of the lower case letter of the type face or if the wording is all in capital letters, the height of the capital letters in type face irrespective of the height of type body. Saiz dan warna huruf 13. (1) Jika saiz huruf yang hendak digunakan pada label ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini dengan sebutan mengenai nombor poin minimum, maka sebutan itu hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai ketinggian huruf kecil mengikut muka taip atau jika perkataan itu dalam huruf besar kesemuanya, ketinggian huruf besar itu mengikut muka taip walau apa pun ketinggian isi taipnya.”. Adakah padanan “jenis huruf” adalah lebih sesuai digunakan bagi “type face” dalam konteks ayat ini.Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

1. Type face: rupa taip, muka taip atau jenis huruf.

2. Type body: badan taip, isi taip atau jenis taip.

Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah28.05.2021
Aslm, Saya mohon huraian istilah 'dental'. Bila saya taip perkataan 'dental' di dalam kotak diruang Carian PRPM DBP, secara otomatik Kamus Inggeris yang keluar. Jika saya klik Istilah Malaysia huraian yang diberikan adalah berlainan sedikit daripada Kamus Inggeris. Soalan saya: Apakah maksud Istilah Malaysia yang disediakan? Jika perkataan 'dental' ini ditaipkan menerusi ruang Istilah Malaysia, adakah ini bermaksud perkataan 'denta'l ini adalah istilah bahasa Malaysia dan bukan lagi dari perkataan Inggeris tetapi secara rasmi telah dipinjamkai? contoh spt perkataan 'bajet'? Mohon pencerahan.Istilah Malaysia bermaksud istilah yang diterima sebagai istilah yang rasmi di Malaysia. Dalam bidang Perubatan, istilah bahasa Melayu untuk dental ialah pergigian, gigi atau dental. Huraian yang diberikan untuk istilah ini ialah "berkaitan dengan gigi atau pergigian". Oleh itu, ketiga-tiga istilah ini, iaitu pergigian, gigi dan dental boleh digunakan dan kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks.Istilah07.03.2014
Boleh tak tahu macam mana daftar sebagai pengguna? Apabila saya taip kata laluan ia akan keluar balik. Macam mana nak dapat kata laluan? Terima kasih.Kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi. Untuk aduan hal teknikal laman web dan portal kami, tuan boleh hubungi pegawai teknikal DBP melalui talian 03-21479373.Lain-lain17.11.2015
12345

Kembali ke atas