Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taiping


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya Chai; 22; dari Taiping; siswa Pergigian di USM Kampus Kesihatan. Merujuk bahagian dalam petak oren pada gambar yang dilampirkan, bukankah istilah yang tepat bagi Dewan Rakyat, Dewan Negara ialah "Yang di-Pertua"? Saya juga mengalu-alukan pihak tuan/puan memberi pencerahan tentang mana-mana kesiilapan tatabahasa/struktur ayat pada mesej ini. Terima kasih.Tiada lampiran yang disertakan. Walau bagaimanapun, seperti yang tuan sedia maklum "Yang di-Pertua Dewan Rakyat" dan "Yang di-Pertua Dewan Negara", batul.Tatabahasa21.08.2014
Assalmualaikum. Saya Muhammad Safwan Bin Abd Jamal dari Mrsm Taiping. Saya diberi tugasan untuk melaksanakan kajian apa-apa perkara. Jadi, saya memilih kajian saya ialah menghasilkan novel atau cerpen. Saya ingin menggunakan khidmat ini untuk mendapatkan beberapa maklumat seperti bagaimana untuk membina plot cerita yang menarik, mencadangkan, membetulkan ayat dalam cerita dan sudi untuk menyemak hasil kerja saya. Jadi, saya memerlukan bantuan pihak tuan/puan dalam menjayakan kajian saya. Boleh atau tidak saya menggunakan perkhidmatan ini. Saya berharap agar pihak dbp dapat membantu saya. Saya akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.Salam,

Untuk makluman, pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan seperti yang dinyatakan. Kami mencadangkan supaya tuan berbincang dengan ketua tuan tentang kesulitan yang tuan hadapi. Tuan juga boleh mencari maklumat di perpustakaan atau bertanyakan individu yang lebih arif dan ada menyediakan perkhidmatan seperti yang disenaraikan.
Lain-lain17.03.2017
Pihak kami sedang menjalankan kajian bertajuk 'Stesen Bandar di Bandar Taiping, Perak'. Konsep stesen bandar ini berasal daripada negara Jepun iaitu 'Machinoeki' (Human station) di mana kedai-kedai atau bangunan awam seperti bangunan kerajaan menyediakan perkhidmatan tandas percuma, informasi bandar, dan tempat rehat (seperti menyediakan kerusi) supaya boleh digunakan sebagai tempat persinggahan bagi sesiapa sahaja termasuk pelancong dan penduduk tempatan. Istilah 'Stesen Bandar' diguna pakai di dalam kajian ini setelah istilah 'Human Station' diterjemah secara langsung kepada Bahasa Melayu. Soalan kami di sini adakah perkataan 'stesen' sesuai digunakan bagi menerangkan konsep di atas? Ini kerana, melalui semakan yang dibuat di laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan 'stesen' bermaksud: (1) tempat khas bagi kenderaan penumpang; ATAU (2) bangunan atau binaan tempat memancarkan siaran radio atau tempat membekalkan tenaga elektrik Sehubungan dengan itu pihak kami memohon khidmat nasihat pihak DBP mengenai penggunaan perkataan 'stesen' di dalam konsep yang diterangkan di atas. Sekian, terima kasih.Daripada penerangan konsep yang diberikan berhubung dengan penggunaan Human Station, pihak kami mencadangkan menggunakan perkataan Pusat Perkhidmatan atau Pusat Kemudahan berbanding dengan menggunakan stesen bandar.Tatabahasa15.08.2017
Ayat di bawah betul???? 1. Di badan ikan itu terdapat tompok-tompok hitam. 2.Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami. 3. Inai memerahkan jarinya. 4Jangankan pergi ke Ipoh , Taiping pun belum pernah.Ayat 1) Di badan ikan itu terdapat tompok-tompok hitam. Ayat ini boleh dinakan, manakala bagi ayat kedua, digalakkan agar digunakan Kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami. Ayat ke-3. Inai memerahkan jarinya boleh digunakan. Manakala ayat keempat iaitu Jangankan pergi ke Ipoh , Taiping pun belum pernah juga boleh digunakan. Namun demikian, bagi membantu saudara mendapatkan penjelasan berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk imbuhan me-kan-i.Tatabahasa27.06.2007
Sallehuddin Ibrahim Jul 10th, 10:22am Salam, Saya berminat menyertai program Kembara Bahasa 2015 dan mencadangkan Taiping dipilih oleh penganjur sebagai lokasi / laluan peserta Zon Tengah. Siapakah yang dilantik sebagai pengarah program KB2005 dan sudahkah pihak penganjur /urus setia menghubungi pihak negeri PerakTuan, boleh menghubungi Ketua Bahagian Sistem Maklumat, Tuan Haji Sulaiman bin Kaiat yang bertanggungjawab dalam ehwal Kembara Bahasa 2015. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel sulaiman@dbp.gov.my.Lain-lain10.07.2015
Contoh tanda pisah dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP Malaysia, 1992: 49): “1910–1954” dan “Taiping–Seremban” (tiada ruang sebelum dan selepas tanda pisah). Contoh tanda pisah dalam Gaya Dewan (1995: 70): “Jun – Oktober” dan “Dia tinggal di bandar itu dari tahun 1977 – 1980” (ada ruang sebelum dan selepas tanda pisah). Contoh tanda pisah Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP Brunei, 2010: 42): “1910 – 1954” dan “Bandar Seri Begawan – Seria” (persis Gaya Dewan). Panduan mana menjadi pegangan DBP Malaysia untuk saya ikuti?Seperti yang tuan maklum, penggunaan tanda baca dalam buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga betul dan digunakan dalam buku terbitan DBP. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul dan hal ini akan dikemukakan kepada pihak yang berkaitan.Lain-lain14.01.2013
1. jelaskan perbezaan penggunaan 'dari' dan 'daripada''Dari' digunakan bagi maksud menunjukkan masa, tempat dan arah. Contoh : Dari pukul 3.00 hingga pukul 5.00, dari Ipoh ke Taiping, dari timur ke selatan. 'Daripada' menunjukkan sumber/punca dan perbandingan. Contoh : kain diperbuat daripada kapas, Ahmad lebih pandai daripada Abu.Istilah07.08.2014
Penggunaan Perkataan "DARI" dan "daripada".Dari digunakan bagi maksud menunjukkan masa, tempat dan arah. Contoh : Dari pukul 3.00 hingga pukul 5.00, dari Ipoh ke Taiping, dari timur ke selatan. Daripada pula menunjukkan sumber/punca dan perbandingan. Contoh : kain diperbuat daripada kapas, Ahmad lebih pandai daripada Abu.Lain-lain09.06.2010
siapakah pengarang novel tingkatan satu limpahan darah disungai semur?boleh berikan biodatanya?Salam Sejahtera, Nama pengarang novel yang dimaksudkan ialah Zakaria Salleh. Biodata : Tarikh Lahir : 13 Mei 1944 Tempat Lahir : Taiping, Perak Kerjaya : - Pegawai ATM (bersara) - Pegawai Bentara di Parlimen Malaysia Karya : Novel-Malam Berapi di Kalabakan - Pahlawan Gubir - Biografi Seorang Jeneral (Tan Sri Abd. Hamid Bidin) - Limpahan Darah di Sungai Semur Novel Remaja : - Kerana Budi Hati Terpaut - Bosku Kekasihku - Sekeping Hati yang Retak Antologi Puisi : - Selagi Ombak Mengejar Pantai Antologi Cerpen : -Penyertaan Hadiah/Anugerah : - Peraduan Menulis Skrip Drama TV Berunsur Islam (Sagu hati) anjuran Pusat IslamLain-lain16.05.2007
assalamualaikum, saya ingin bertanya dengan lebih lanjut tentang penggunaan kata 'dari' dan 'daripada' kerana saya mendapat sedikit kesulitan untuk menggunakan kedua-dua perkataan ini.'Dari' digunakan bagi maksud menunjukkan masa, tempat dan arah. Contoh : Dari pukul 3.00 hingga pukul 5.00, dari Ipoh ke Taiping, dari timur ke selatan. 'Daripada' menunjukkan sumber/punca dan perbandingan. Contoh : kain diperbuat daripada kapas, Ahmad lebih pandai daripada Abu.Makna10.10.2006

Kembali ke atas