| Adakah ranjau sama erti dengan periuk api? Jika ya, adakah ranjau padanan sesuai untuk 'landmine'/'mine'? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud ranjau ialah 1. Benda tajam (daripada besi, buluh, dan lain-lain) yg dipasang di tanah dan lain-lain untuk melukai orang. 2. Sejenis alat letupan (peledak) yang ditanam di darat (dipasang di laut). 3. Sesuatu yang dibuat untuk mencelakakan orang atau tipu daya. Manakala maksud land mine pula ialah bermaksud ranjau letupan darat dan maksud mine pula ialah lombong atau periuk api | Makna | 23.10.2018 |