[ta.ji] | تاجي
Definisi : = ~ ayam susuh buatan (drpd besi, tembaga, dll) yg dipasang pd kaki ayam sabungan; ~ bentuk taji yg melengkung bentuknya dipasang pd susuh ayam; ~ golok taji yg dipasang pd kais ayam (bermacam-macam bentuknya); berombong ~ memakai taji (ayam sabungan); membulang ~ mengikat atau melekatkan taji pd kaki ayam sabungan; penggabus ~ alat tempat memasang taji (pd kaki ayam); tuntung ~ hujung taji yg tajam; spt ~ dibentuk ki bentuk alis atau kening yg cantik; duduk diambung-ambung ~ prb perihal seseorang yg senantiasa dlm kerunsingan; bertaji memakai taji (ayam sabungan); belum ~ hendak berkokok prb belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri; menaji menikam, mencucuk, menusuk dsb dgn taji atau dgn benda tajam: dia segera berpaling ke belakang utk ~ Sang Jebat tetapi ditahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.ji] | تاجي
Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk perabot rumah dan daunnya boleh dibuat ubat), jati bukit, sentada, Podocarpus neriifolius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.ji] | تاجي
Definisi : 1 susuh buatan drpd besi dll yg dipasang pd kaki ayam sabungan. 2 sesuatu (alat dsb) yg menyerupai taji 1. menaji menikam, mencucuk, menusuk dgn taji atau dgn benda tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)