Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tajuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan mahkota: patam, jamang, tiara, puspa, taj,

2. Bersinonim dengan judul: nama, topik, tema, perkara, subjek,

Kata Terbitan : bertajuk,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimanakah menggunakan kosa kata yang menarik di dalam karangan?Kata yang dipilih perlu tepat dan sesuai dengan tajuk perbincangan. untuk lebih menarik perhatian pembaca gunakan kata yang dapat memeberi kesan kepada pembaca contohnya perkataan baru. Melalui pembacaan kita dapat melihat perkembangan terkini dalam bidang bahasa dan mengetahui kata/istilah baru. Lain-lain03.08.2008
perdebatan tentang peribahasa 'bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana muafakat'.wajarkah ia di bahaskan????Peribahasa ini boleh dijadikan tajuk perbincangan atau perbahasan mengikut konteks yang bersesuaian .Lain-lain25.08.2010
maksud perkataan usrahusrah Ar perkumpulan yg melibatkan kegiatan agama spt perbincangan tentang sesuatu tajuk agama, dsb: di kilang ini segala keperluan spt kenderaan utk mengikuti kuliah, ~, dan mendengar ceramah telah disediakan.Tatabahasa07.08.2007
Salam sejahtera, Apakah pembahagian antonim dalam kata kerja?Dalam buku Tatabahasa Dewan dan sumber rujukan kami yang lain tidak ada perbincangan tentang tajuk pembahagian antonim dalam kata kerja.Tatabahasa04.09.2008
analisis penyempitan dan juga peluasan makna sesuatu perkataan, makna konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan. contohnya perkataan berkelahi atau basahAanalisis penyempitan dan juga peluasan makna sesuatu perkataan, makna konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan. Apa yang saudara nyatakan ini merupakan sebahagian daripada perbincangan dalam tajuk Semantik. Sila rujuk buku/tulisan yang berkaitan untuk malkumat yang lemgkap.Makna16.09.2008
Apakah konsep tatabahasa mengikut pendapat daripada ahli akademik dan buku? diharapkan juga dapat dinyatakan siapa dan tajuk buku serta mukasuratnya untuk dijadikan panduan.Perbincangan tentang konsep tatabahasa banyak diperkatakan oleh ahli akademik dalam buku atau kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai wacana. Sila rujuk buku tatabahasa yang banyak diterbitkan seperti buku Tatabahasa Dewan, halaman Kata Pengantar. Terima kasih.Tatabahasa20.01.2009
Definisi bahasa melayu saintifik dan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Perbincangan bidang morfologi dan sintaksis dalam bahasa melayuSoalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyk. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaiatan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.Lain-lain23.01.2013
Apakah maksud rencana? Apakah teknik penulisan rencana? Apakah jenis-jenis rencana?Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit.3. rangka sesuatu yang dikerjakan4. acara, agenda,jadual,program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama.Makna01.04.2008
Tuan, Terima kasih atas jawapan tuan kepada soalan saya sebelum ini. Soalan hari ini. Saya sedang menulis satu kertas kerja pelaksanaan yang isi kandungannya tentang "mengadakan satu perbincangan /roundtable talk dengan pelbagai agensi daripada kpm, industri , ipta dan agensi/kementerian yang ada peruntukan bantuan atau tabung untuk usahawan. objektifnya adalah untuk mengadakan satu kerjasama agar para pelajar lepasan kolej vokasional diberi ruang untuk terus diambil bekerja di industri berkaitan, atau boleh terus melanjutkan pelajaran dan akhirnya jika mereka ingin jadi usahawan, ada quota dalam tabung usahawan sedia ada untuk buat pinjaman. Semua ini tertakluk kepada kelayakan yang juga akan dibincangkan. Saya beri tajuk DIALOG INTEGRASI HALA TUJU DAN LALUAN KERJAYA DALAM PENDIDIKAN VOKASIONAL tetapi ditegur seperti tidak menepati apa yang ingin disampaikan. Atau adakah perkataan integrasi itu yang tidak sesuai? Pohon pencerahan dan cadangan. terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur,bahagian dan lain-lain) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Tajuk yang dicadangkan daripada dua ayat iaitu, (1) Integrasi Hala Tuju dalam Pendidikan Vokasional; dan (2) Integrasi Laluan Kerjaya dalam Pendidikan Vokasional. Ayat (1) boleh difahami sebagai penggabungan matlamat atau sasaran pelbagai agensi seperti KPM, industri, IPTA dan kementerian yang mempunyai tabung usahawan yang berkaitan dengan Pendidikan Vokasional. Ayat (2) boleh difahami sebagai penggabungan Laluan Kerjaya dalam agensi seperti KPM, industri, IPTA dan kementerian yang mempunyai tabung usahawan yang berkaitan dengan Pendidikan Vokasional.

Jelasnya, ayat (1) relevan dan boleh dicapai, manakala berbeza dengan makna ayat (2) ...penggabungan laluan kerjaya yang berkaitan dengan Pendidikan Vokasional di pelbagai agensi.

DBP mencadangkan tajuk yang lebih umum,  iaitu DIALOG HALA TUJU DAN LALUAN KERJAYA DALAM PENDIDIKAN VOKASIONAL.
Makna05.03.2014
Apakah yang dimaksudkan oleh rencana? Adakah ia sama seperti esei ataupun karangan panjang? apakah ciri-ciri yang ada dalam sebuah rencana?

Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit. 3. rangka sesuatu yang dikerjakan. 4. acara, agenda, jadual, program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama.

Lain-lain20.08.2009
12

Kembali ke atas