| Saya ingin membuat kerja kursus saya.Tajuknya adalah 'Media sosial seperti twitter dan facebook merupakan media pilihan remaja kini utk berhubung.Walaubagaimanpun ejaan yang digunakan kebanyakannya melanggar peraturan ejaan bahasa Melayu.Tulis esei (1500p.p) tentang kesan pengunaan ejaan yang salah ini terhadap masa depan bahasa melayu.' Boleh berikan saya sumber rujukan dan bibliografi utk buat esei di atas? | Untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan tugasan puan, sila kunjungi perpustakaan yang berhampiran khususnya di tempat puan belajar. Berkemungkinan tugasan ini berkaitan dengan sesuatu yang baharu dan belum banyak lagi rujukan mengenainya, namun secara umumnya puan boleh merujuk bentuk-bentuk kesalahan dalam wacana yang banyak dibentangkan dalam seminar bahasa. Tiada jalan pintas untuk berjaya, kadangkala ia bermula dengan sesuatu yang sukar. | Lain-lain | 31.07.2014 |
| Ini adalah Iklan untuk restoran. Adakah in sah digunakan? Tajuknya Restoran Grandmother. Gambar yang ditunjukkanlah seperti berikut. | Penggunaan bahasa dalam iklan ini betul. Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 05.07.2016 |
| Untuk tajuk, kata sendi akan menggunakan huruf kecil. Bagaimana jika tajuknya begini: Pertimbangan Etika Bagi Pengurus Sukan Seperti Berikut Adakah "Bagi" dan "Seperti" perlu menggunakan huruf kecil? | Kata sendi "seperti" dan "bagi" ditulis menggunakan huruf kecil dalam tajuk. Walau bagaimanapun, contoh ayat yang diberikan bukan merupakan sebuah tajuk. Sila rujuk penggunaan huruf dalam contoh ayat yang berikut: “Pertimbangan etika bagi seorang pengurus sukan adalah seperti yang berikut:” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 276 - 278. | Tatabahasa | 20.01.2025 |
| Salam, saya berminat untuk menerjemahkan sebuah novel terbitan DBP ke dalam Bahasa Inggeris. Tajuknya ialah '3 tahun 8 bulan' karya Allahyarham Saleh Daud. Saya kurang pasti tentang prosedurnya seperti izin mencetak semula dan hakmilik. Diharap pihak tuan dapat membantu. | Sila berhubung dengan Ketua, Bahagian Hakcipta, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 06.05.2009 |
| Kelly Khiarafif SEL 12.04 PTG Hai selamat tengah hari. Saya cuba cari sebuah novel tulisan Lamia Aimal, tajuknya Martika. Terbitan DBP Jika ada stok, saya mahu beli. | Hai selamat pagi, Sila layari http://niaga.dbp.my/ untuk mencari novel yang diperlukan oleh pihak puan. Sekian terima kasih | Lain-lain | 13.07.2017 |
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semester ini, kami telah dikehendaki melakukan penyelidikan untuk tugasan proposal kami sehingga tahun hadapan (semester akhir - 06). Saya memilih untuk mengkaji bidang pragmatik bagi menjalankan kajian fyp saya. Saya ada menyertai sebuah bengkel dbp sebelum ini, penceramah (Dr. Shamsudin Othman) ada menyebut tentang sebuah novel ni. Tajuknya lebih kurang 'Ah.' begitu seingat saya. Saya terpanggil untuk menjalankan kajian fyp dalam bidang pragmatik terhadap novel tersebut. Justifikasinya untuk saya buat pemerhatian kerelevanan kuasa bahasa dalam pragmatik. Tapi saya tak pasti benarkah tajuk novel tu. Boleh tak DBP tolong semakkan kalau kalau betul ada novel DBP yang bertajuk macam tu. Kalau tiada, tidak mengapa. Sekadar bertanya. Dan kalau boleh nak minta pandangan DBP juga tentang kajian tu, relevans ke saya nak kaji novel tu sebab pragmatiknya nak melihat apa isu yang cuba penulis bangkitkan sampai tajuknya begitu dan kesannya kepada pembaca kerana dalam bidang pragmatik kita mengkaji 'speaker's meaning' dan bukan 'sentence meaning'. Segala kerjasama amat saya hargai. Terima kasih :D | Melalui semakan kami melalui Katalog Awam dalam Talian, tidak menemukan novel Ah. Untuk melihat kesesuaian tajuk dan bidang kajian, sila berbincang dengan pensyarah/penyelia kajian puan kerana merekalah pihak yang berwenang dalam hal ini. | Lain-lain | 08.04.2017 |
| Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis? | Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu. | Lain-lain | 23.06.2008 |