tak ada apa apa | Baik. | Lain-lain | 11.07.2019 |
ada tak perkataan mengangkasakan . saya cari dalam kamus tak ada perkataan ini. | Yang ada ialah perkataan "mengangkasa" bermaksud " terbang ke angkasa, naik ke udara (ke langit) (Rujuk Kamus Dewan Edisi 4) | Tatabahasa | 21.11.2007 |
perkataan alu-aluan pun tak ada dalam kamus. Bagaimana kalau kata-kata aluan/ kata alu-aluan itu disebut kata mengalu-alukan =1. menyambut kedatangan tamu dll (dgn hormat dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. menyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu ~ pengumuman yg dibuat oleh Menteri itu; | Frasa yang betul ialah kata alu-aluan. | Tatabahasa | 07.04.2012 |
selepas perkataan "walaupun" perlu tak ada tanda "," (KOMA) | Tanda koma tidak perlu selepas perkataan walaupun. | Tatabahasa | 22.09.2007 |
Aminur Ariffan salam tahun ne tak ada kembara bahasa lagi ke? | Kembara Bahasa 2013 telahpun berlangsung dari 9 Oktober hingga 12 Oktober yang lalu meliputi empat zon (utara, selatan, timur dan tengah). | Lain-lain | 15.11.2013 |
Shahrul Nizam Oct 1st, 11:04am Sedih tak ada bahasa Malaysia sini. Lokasi KLIA2. | Kami mengambil maklum pantau tegur dan merakamkan terima kasih atas keprihatinan tuan dalam penggunaan bahasa kebangsaan ini. Kami akan membuat tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 01.10.2014 |
saya dah cuba call dewan bahasa susah tak ada jawapan. soalan saya bagaimana saya hendak mendapatkan perkhidmatan penterjemahan dari BM ke BI. SIAPA PERLU SAUA RUJUK DAN NO SAMBUNGAN TEL. BERAPAKAH BAYARANYA. ITU SHAJA DAN tERIMA KASIH | Khidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan seperti yang dinyatakan. Kami cadangkan saudara hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia di talian 03-21424381 (Puan Suzana) untuk mendapatkan khidmat yang diperlukan. | Lain-lain | 21.03.2011 |
Sahabat lamaku, di manakah engkau berada? Telah lama tak ada khabar darimu. Rindu akan saat-saat kami bermain sama main guli main gasing main congkak main teng-teng main layang-layang main batu seremban Penulisan prosa di atas ini terdapat apa-apa kesalahan? Terima kasih atas tunjuk ajar Tuan/Puan. | Cadangan penggunaan bahasa yang betul ialah: "Sahabat lamaku, di manakah engkau berada? Telah lama tiada khabar daripadamu. Rindu akan memori kita bersama bermain guli, gasing, congkak, teng-teng, layang-layang dan batu seremban." | Tatabahasa | 17.05.2022 |
21/03/2011 Saya dah cuba call dewan bahasa susah tak ada jawapan. soalan saya bagaimana saya hendak mendapatkan perkhidmatan penterjemahan dari BM ke BI. SIAPA PERLU SAUA RUJUK DAN NO SAMBUNGAN TEL. BERAPAKAH BAYARANYA. ITU SHAJA DAN tERIMA KASIH | Khidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan seperti yang dinyatakan. Kami cadangkan saudara hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia di talian 03-21424381 (Puan Suzana) untuk mendapatkan khidmat yang diperlukan. | Lain-lain | 21.03.2011 |
Selamat petang, Ejaan 'E-Pembelajaran' betulkah? Saya cuba cari dlm Kamus Dewan tak ada. | Ejaan yang betul ialah e-pembelajaran seperti juga e-mel, e-perbankan dan sebagainya. | Ejaan | 20.09.2009 |