| mana satu kah ejaan yang betul qadak atau qada | Kedua-dua perkataan tersebut ada dalam bahasa Melayu. Qadak dan qada ialah kata serapan daripada bahasa Arab namun berbeza maknanya. Qada bermaksud: menggantikan (mencukupkan, membayar) fardu yg ketinggalan; ~ puasa berpuasa utk mencukupkan (membayar) puasa yg tertinggal; ~ hajat (besar) buang air (besar). Qadak bermaksud: sesuatu yg berlaku ke atas makhluk semasa hidupnya; hukum atau takdir Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Makna | 06.08.2018 |
| tolong semak penggunaan kata sendi nama dalam ayat berikut: 1. Soal jodoh dan rezeki terletak pada/di tangan Tuhan. 2.Kuasa pemerintahan terletak sepenuhnya pada/di tangan raja tersebut. 3.Segala harta Ali telah jatuh ke tangan Abu. 4.Tawanan yang berada di/pada tangan pihak musuh perlu diselamatkan. 5.Pemuda yang tidak berdosa itu akhirnya terbunuh di/pada tangan penguasa yang zalim. | Penggunaan kata sendi nama ayat di bawah ini dibuat dengan penambahbaikan: 1. Soal jodoh dan rezeki terletak pada takdir Allah. 2. Kuasa pemerintahan terletak sepenuhnya pada kuasa raja tersebut. 3. Segala harta Ali telah jatuh kepada Abu. 4. Tawanan yang berada pada pihak musuh perlu diselamatkan. 5. Pemuda yang tidak berdosa itu akhirnya terbunuh pada penguasa yang zalim. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan pada halaman 274 - 275. | Tatabahasa | 18.06.2026 |
| Reda atau redha? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1837): reda رضا kata kerja tak transitif 1 (berkenaan seseorang) menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya, dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu: Anda perlu reda atas apa yang terjadi kerana dengan keredaan itu anda akan mendapat ketenangan. Suami seharusnya reda dan sabar menghadapi kerenah isteri yang sedang hamil. kata nama 2 hal yang diterima oleh Allah segala perbuatan baik seseorang: Dia berusaha mencapai reda Allah. Kata terbitan daripada kata reda ini ialah kata meredai, reda-meredai, meredakan, keredaan, berkeredaan, sereda, sereda mungkin dan reda sereda-redanya. | Ejaan | 03.08.2023 |