Mencari padanan istilah BM yang sesuai dengan perkataan underserved. Cth ayat: Team members takes underserved breaks | Untuk makluman, istilah "underserved" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau makna perkataan tersebut sekiranya puan memerlukan cadangan padanan bahasa Melayu. | Istilah | 01.02.2013 |
Salam tuan, bagaimana saya ingin terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ayat berikutnya 1) "he takes for granted the amount that we need to know", dan 2) "she has been taken for granted by her boss for years". Terimakasih. | Penterjemahan ayat adalah di luar skop perkhidmatan kami. Walau bagaimanapun kami boleh membantu tuan dengan menyemak padanan teks tersebut yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2014 |
Bantuan untuk menterjemahkan tagline syarikat bagi kegunaan papan iklan: 1. Let's write the future 2. Writing the digital future takes ability. ABB AbilityTM | Kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa dalam ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.04.2018 |
Salam. Apakah padanan terjemahan Inggeris-Melayu yang tepat untuk perkataan "establishment" dan "anti-establishment" dalam konteks ayat di bawah: "Trump takes up the fight against the US establishment" Terima kasih. | Salam sejahtera, Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "establishment" bermaksud n act of, (founding) penubuhan, mendirikan. Dalam konteks ayat yang dinyatakan, "establishment" bermaksud penubuhan dan 'anti-establishment' bermakna antipenubuhan. Sekian terima kasih. | Makna | 15.01.2018 |
Salam Tuan, saya ingin minta tolong tuan berikan terjemahan yang tepat untuk "take for granted" dan "taken for granted". Konteks - "he takes for granted the amount that we need to know", dan "she has been taken for granted by her boss for years". Harap dapat jawapannya dari pihak tuan. Terima kasih. | Dalam data kami,frasa take for granted diterjemahkan sebagai membuat anggapan manakala frasa taken for granted diterjemahkan sebagai diandaikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.09.2014 |
Mohon cadangan istilah bagi perkataan berikut yang digunakan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pembinaan: i. incomer (*Incomer supplies power to the substation bus, while feeder takes out that power from the bus to the loads) ii. Cable Laying, pulling and dressing iii. Receiving Authority iv. Approving Authority v. Livening Up Notice vi. Live Panel & Cabinet vii. Onboarding date viii. Energized area Terima kasih. | Mohon tuan berikan takrifan setiap istilah supaya kami dapat mencadangkan padanannya. | Istilah | 21.11.2019 |
PERKATAAN ENGLISH ENGRAFTMENT DALAM BAHASA MELAYU "Engraftment is when transplanted stem cells enter the blood, make their way to the bone marrow and start making new blood cells. It usually takes about 2 to 6 weeks to start seeing a steady return to normal blood cell counts" | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah "engraftment". Walau bagaimanapun, pihak DBP akan maklumkan kepada tuan jika ada istilah sesuai yang dikenal pasti. | Istilah | 14.05.2019 |
Kami hendak mendapatkan pengesahan dari pihak DBP untuk penterjemahan berikut (versi Bahasa Inggeris sebulem Bahasa Melayu). Ini adalah untuk iklan pelanggan kami. Sila ambil perhatian bahawa VERSI 1 menggunakan perkataan 'tap' merujuk kepada tarian 'tap'. Kami memerlukan pengesahan secepat mungkin. Harap dapat maklum balas tuan/puan supaya iklan kami boleh kami bentangkan kepada pelanggan kami (pagi Isnin depan). Terima Kasih. VERSI 1: Just tap & save! It’s time to groove to more savings at the pump. ‘Tap’ aje & jimat! Kini tiba masanya untuk lebih penjimatan di pam petrol. VERSI 2: FAST CARD. BIG SAVINGS. It only takes a tap to save you 10% in petrol rebates! Kad pantas. Penjimatan besar. Hanya sentuh untuk mendapatkan penjimatan 10% dalam rebat petrol! | Kami tidak jelas dengan pertanyaan tuan, terutamanya kaitan antara tarian tap dengan petrol, berkemungkinan jika dilampirkan visual lebih mudah untuk kami memahaminya. Sila kemukakan terus iklan tuan dalam domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", iaitu domain yang dibangunkan khusus untuk pengesahan iklan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2015 |