Tuan, Istilah "taksub" boleh diterima dalam penggunaan bahasa Malaysia? Saya tidak dapat mencari istilah ini dalam kamus dewan. Terima kasih. | Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1561. Asal perkataan ini adalah daripada bahasa Arab dan dieja taasub. Makna perkataan ini ialah kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik. | Makna | 22.06.2020 |
Perkataan "taksub" sering digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Namun tiada kata ini dalam BM (Kamus Dewan). Apakah kata BM untuk "taksub" ini. Mana asalnya kata ini sebenarnya. | Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1561. Asal perkataan ini adalah daripada bahasa Arab dan dieja taasub. Makna perkataan ini ialah kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik. | Makna | 27.02.2009 |
Tuan, Apakah kesalahan ejaan bagi ayat di bawah? 1. Kita tidak boleh terlalu taksub kepada seseorang itu walaupun dia berilmu. Apakah kesalahan tatabahasa bagi ayat di bawah? 1. Kebanyakan pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah sepanjang bulan Ramadan. Terima kasih. | Kesalahan ejaan pada ayat pertama ialah "taksub". Ejaan yang betul ialah "taasub" Kesalahan pada ayat kedua ialah perkataan "pusat membeli-belah". Perkataan yang betul ialah "pusat beli-belah" | Ejaan | 24.11.2016 |
Salam. Berdasarkan carian kata di PRPM, Obsess membawa maksud terlalu memikirkan sesuatu; menghantui. 1) Jika dalam contoh ayat, "She is obsessed with cartoon," bolehkah diterjemahkan Obsessed sebagai taksub? 2) Apa pula penerangan bagi perkataan Taksub? Ia tiada dalam PRPM. 3) Menurut PRPM, Obsession pula diterjemahkan sebagai obsesi, jadi mungkin boleh dipertimbangkan terjemahan ini, Obsess (BI) --> Obses (BM). Salam. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "taasub" bermaksud kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik. Padanan bahasa Inggeris untuk "taasub" ialah doctrinaire. Istilah "obses" tidak ada dalam bahasa Melayu, yang diterima pakai ialah "obsesi" yang bermaksud sesuatu yang sentiasa mengganggu atau menghantui fikiran seseorang. | Makna | 04.11.2016 |
salam, lazimnya perkataan "taksub" lebih dikenali daripada perkataan "taasub" (dalam Kamus Dewan ejaan "taasub"). Saya keliru, antara dua perkataan tersebut yang manakah lebih baik digunakan dalam teks? | Penggunaan kata yang betul taasub seperti entri yang terdapat dalam Kamus Dewan. Penyerapan perkataan Arab yang mempunyai bentuk visual yang hampir sama dengan taasub ialah taaruf dan taakul. | Tatabahasa | 26.03.2012 |
Mohon pihak DBP menerima cadangan, membuat kajian serta mempertimbangkan penggunaan ejaan lebih popular dan meluas untuk perkataan tertentu, contohnya: pensel - pensil istirahat - istirehat stoking - stokin taasub - taksub Hal ini disebabkan penggunaan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu sejak tahun 1975 masih belum benar-benar berkesan dan mantap. Masih ramai yang tidak cakna. Hanya ahli bahasa dan sedikit sahaja orang awam yang tahu tentang ejaan yang tepat. Apakah usaha yang DBP akan/telah/sedang lakukan supaya lebih ramai tahu ejaan yang tepat? Terima kasih | Terima kasih atas cadangan tuan. Untuk makluman, DBP telah menerbitkan risalah atau pedoman bahasa tentang bentuk ejaan, frasa dan tatabahasa yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna, seperti pensel, ibu bapa dan peroleh. Risalah dan pedoman bahasa ini boleh diakses melalui laman web www.dbp.gov.my. | Ejaan | 01.11.2017 |
Memandangkan perkataan serapan Arab seperti taasub, taaruf dan taakul dieja sebegitu kerana asal huruf Ain adalah berbaris hidup, yakni bukan menjadi ejaan *taksub, *takruf, dan takkul, mengapakah perkataan takluk tidak dieja taaluk? | Bagi kata serapan Arab, ejaan kata dalam bahasa Melayu telah diputuskan mengikut Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2001 dan 2016). Antara keselarasan ejaan baharu ialah kata takluk, takrif, takzim, takziah, takwil dan sebagainya. Kebanyakan kata tersebut telah mantap ejaan dan sebutannya dalam bahasa Melayu, serta digunakan secara meluas dalam korpus penggunaan bahasa kita. Untuk rujukan yang terbaharu, sila dapatkan kamus terbitan DBP yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Ejaan | 10.08.2023 |
Saya mencadangkan agar ejaan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perlu dikemas kini agar mengikut situasi dan perkembangan semasa. Contoh ejaan yang perlu dikemas kini ialah istirahat menjadi istirehat, taasub ( taksub ), profesionalisme ( profesionalisma ), gubra ( gabra ), stoking ( stokin ), koir ( kuayer ), mestika ( mustika ) geroda ( garuda ), Ramadan ( Ramadhan ) dan lain-lain lagi. | Saudara, Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 19.12.2009 |
Kenapa "takjub" dan "taasub" dieja dengan rumus peminjaman yang berlainan? | Kata 'takjub" dan "taasub" kedua-duanya merupakan kata pinjaman yang berasal daripada bahasa Arab. Pada awal tahun 70-an ejaannya "ta'ajub" sama seperti "ta'assub/ta'asub", namun ada juga dieja "takjub" tetapi tiada "taksub". Masa pun beredar dan penggunaan kata ini berkembang. Dalam sistem ejaan bahasa Melayu baru (Kamus Dewan Cetakan Kedua, 1984), ejaan kedua-dua kata ini tidak mengikut rumus yang sama kerana sebutan bahasa Melayunya tidak sama berbanding sebutan bahasa sumbernya. Maka, ejaan Rumi dalam bahasa Melayu pun menjadi berbeza (dieja "takjub" dan "taasub"). Semua ejaan tersebut telah terakam dalam kamus bahasa Melayu terdahulu dan dikekalkan sehingga kini. | Ejaan | 18.11.2024 |
saya pernah bertanya berkenaan perbezaan antara 'Bercinta Dengan Diri Sendiri" dan "Mencintai Diri Sendiri"...dan jawapan diterima ialah kedua-dua frasa tersebut membawa maksud yang sama, iaitu menaruh rasa cinta pada diri sendiri. terima kasih atas jawapan, cuma saya agak keliru dengan penggunaan "Bercinta Dengan Diri Sendiri" kerana saya pernah difahamkan frasa tersebut bermaksud menaruh rasa cinta pada diri sendiri tetapi lebih kepada taksub dengan diri sendiri...manakala tidak bagi frasa "Mencintai Diri Sendiri"...harap Tuan dapat memberi penjelasan..Terima kasih.. | Merujuk Kamus Dewan, tidak ada perbezaan tahap 'menaruh rasa cinta' pada maksud bercinta dan mencintai. Maksud 'menaruh rasa cinta' juga berbentuk abstrak dan boleh boleh diberi pelbagai tafsiran yang berkaitan dengan makna tersebut. | Tatabahasa | 13.09.2012 |