| adakah perkataan 'talaq' perlu dicondongkan (italic)? jika perlu, mengapa dan jika tidak perlu, mengapa? | Dalam pangkalan data kami, tiada perkataan talaq tetapi terdapat perkataan talak. Talak bermaksud pelepasan ikatan nikah dengan ucapan talak, cerai oleh suami. Tuan digalakkan menggunakan ejaan bahasa Melayu yang betul dan tidak perlu dicondongkan ejaan. | Ejaan | 31.10.2013 |
| Selamat pagi. Apakah contoh ayat yang boleh membezakan makna antara perkataan 'perceraian' dengan 'penceraian'?.Terima kasih. | Perceraian bermaksud perpisahan atau perihal bercerai, contohnya perceraian pasangan tersebut berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Penceraian bermaksud perbuatan menceraikan, contohnya penceraian berlaku apabila suami menjatuhkan talak kepada isterinya dan bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis. Dalam konteks cerai (talak) agak sukar juga untuk membezakan penggunaan perkataan perceraian dan penceraian. Berdasarkan rujukan kami apabila membicarakan konteks makna cerai (talak) perkataan perceraian lebih banyak digunakan. Manakala perkataan penceraian banyak digunakan bagi menggantikan makna pemisahan daripada satu unsur dengan unsur yang lain seperti dalam ayat contoh ketiga. | Tatabahasa | 15.05.2013 |