Saya ingin mengetahui istilah yang betul untuk "talent pool" dan "talent bench strenght" serta "coaching and mentoring" | Kesemua istilah yang dikemukakan berkaitan pengurusan atau pentadbiran yang belum didaftarkan padanan nya dalam bahasa Melayu. Talent pool bermaksud pengurusan/program membangunkan kerjaya pekerja yang berpotensi. Berdasarkan istilah sumur /telaga minyak, saya cadangkan talent pool = sumur sumber manusia/sumur pekerja. Talent bench strenght = kekuatan tanda aras sumber manusia. Daripada istilah Coach = pembimbing, jurulatih, koc. mentor = mentor. Dicadangkan Coaching= bimbingan, kejurulatihan. | Istilah | 30.07.2011 |
Talent Managment | Pengurusan Bakat | Istilah | 13.06.2011 |
Thesis saya dalam bahasa inggeris ialah Influences of organizational culture as mediating factor for talent management in developing high potential talent pool. Ada beberapa istilah pengurusan yang agak janggal untuk saya definisikan dalam bahasa melayu dan ingin mohon bantuan pihak tuan. Istilah tersebut ialah 'mediating factor' ; talent management dan ; high potential talent pool. Terima kasih | Padanan mediating factor dalam bahasa Melayu ialah faktor perantaraan, talent management ialah pengurusan bakat dan high potential talent pool kami cadangkan diterjemahkan kepada kumpulan bakat yang berpotensi tinggi. | Istilah | 19.12.2012 |
Merujuk kepada soalan saya sebelum ini, Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "talent agent"? Istilah ini merujuk kepada ejen yang menguruskan atau/dan mencari bakat seperti pelakon, penyanyi, model dan sebagainya. Terima kasih Jawapan yang diberikan Kami mencadangkan talent agent diterjemahkan kepada Agensi Pencarian Bakat. Mohon pihak tuan mempertimbangkan padanan terjemahan tersebut berdasarkan maksud talent agent. A talent agent, or booking agent, is a person who finds jobs for actors, authors, film directors, musicians, models, film producers, professional athletes, writers, screenwriters, broadcast journalists, and other people in various entertainment or broadcast businesses Agent yang dimaksudkan bukanlah agensi tetapi merujuk kepada seorang ejen. Terima kasih | Untuk makluman tuan, ejen bermaksud orang atau syarikat yang menjalankan perniagaan untuk orang lain. Boleh juga disebut Ejen Pencarian Bakat jika ia merupakan orang atau syarikat yang mengendalikan hal ehwal pencarian bakat. Manakala Agensi pula bermaksud tempat atau pejabat ejen berkenaan. | Tatabahasa | 10.11.2017 |
Perkataan "Talent Acquisition" dalam Bahasa Malaysia untuk diterjemahkan di dalam Borang Permohonan Pekerjaan Prasarana Malaysia Berhad. Borang tersebut dilampirkan untuk rujukan. | Secara terjemahan langsung terjemahan untuk “Talent Acquisition Unit” ialah “Unit Perolehan/Pemerolehan Bakat”. Mengambil kira maksud keseluruhan borang puan dan maksud yang difahami, kami mencadangkan “Unit Pembinaan Bakat”. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.12.2014 |
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "talent agent"? Istilah ini merujuk kepada ejen yang menguruskan atau/dan mencari bakat seperti pelakon, penyanyi, model dan sebagainya. Terima kasih | Kami mencadangkan talent agent diterjemahkan kepada Agensi Pencarian Bakat. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.11.2017 |
Mohon bantu terjemahkan perkataan berikut: People & Capital Resources Department - Pandangan saya Modal Insan & Pengurusan Aset (Skop kerja Sumber Manusia, Pengurusan Aset Kenderaan dan Fasiliti) Talent Acquisition & Rewards - | Cadangan terjemahan bagi People & Capital Resources Department ialah Jabatan/Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Aset Cadangan terjemahan: Talent Acquisition & Reward - Pemerolehan Bakat dan Ganjaran | Penyemakan dan penterjemahan | 20.12.2018 |
Apakah terjemahan yang paling bersesuain untuk perkataan 'customise talent management', 'work-life balance', botom-up approach' dan 'front-end and back-end processes' Terima kasih | Pertanyaan yang dikemukakan tidak pula menyatakan penggunaan khusus istilah tersebut dalam bidang tertentu. Maka cadangan kami: 1. Membina Pengurusan Bakat 2. Keseimbangan Budaya Kerja 3. Kaedah Bawah-Atas 4. Proses Bahagian Depan dan Belakang atau Proses Pemisahan Lapisan Depan dan Belakang | Penyemakan dan penterjemahan | 28.04.2015 |
Cogan kata PINTAR Foundation adalah "Promoting Intelligence, Nurturing Talent & Advocating Responsibility" di dalam bahasa inggeris. Jika diterjemahkan kepada bahasa melayu, perkataan "promoting" kami terjemahkan kepada "menggalakkan". Ada perkataan lain yang bersesuaian supaya makna inggerisnya tidak tersasar? | Dalam data kami, promoting diterjemahkan kepada menggalakkan/penggalak dan juga wadah (medium). Puan boleh menggunakan terjemahan yang sesuai dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.02.2015 |
want check this word for signboard.. FLX studio photography, photography, videography, fabulous makeup artistry, talent agency, flx magazine, t-shirt printing, boutique, event management dimiliki oleh Fabulous Soul Production | 1. studio fotografi FLX 2. fotografi 3. videografi 4. seni persolekan hebat 5. majalah flx 6. pencetakan kemeja-T 7. butik 8. pengurusan acara | Istilah | 06.04.2012 |