Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan. | Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher / papan putih 2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak 3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda / kolam ikan 4. peti ais / tanda harga / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak 5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya 7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring / hutan kubah 8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup muka / sut hazmat | Tatabahasa | 14.07.2020 |
Salam, saya ingin bertanyakan penjodoh bilangan yang betul untuk bintang (jika banyak disebut gugus, namun bagaimana pula jika cuma satu bintang?) Saya sedang menulis cerita rakyat: Matahari dan Bulan merupakan pasangan suami isteri. Mereka dikurniai banyak cahaya mata, iaitu bintang-bintang ......... Namun apabila pulang, Bulan mendapati Matahari telah mengingkari perintahnya. Akibatnya, beberapa __________ anaknya telah mati dijilat api. Terima kasih. | Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. Sungguhpun begitu, bukan semua perkataan boleh diberikan penjodoh bilangan. Akan tetapi, lazimnya untuk merujuk satu bintang digunakan penjodoh bilang sebutir, iaitu sebutir bintang. | Tatabahasa | 29.12.2015 |
Assalam. Saya nak minta pencerahan tentang jawapan soalan di bawah : Layang-layang yang tersangkut pada pokok itu _______ apabila ditiup angin. A. terkontang-kanting B. bergoyang-goyang C. melambai-lambai D. meliang-liuk Terima kasih atas kerjasama. | Waalaikumussalam... Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud terkontang-kanting ialah terbuai-buai atau terayun-ayun (seperti barang yang tergantung pada tali yg panjang). Manakala bergoyang-goyang pula bermaksud tidak diam keadaannya atau sentiasa bergerak berayun-ayun. Bagi melambai-lambai pula bermaksud bergerak-gerak turun naik (tentang tangan). Maksud meliang-liuk pula ialah berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dan lain-lain. Maka jawapan yang lebih tepat ialah terkontang-kanting. | Makna | 28.06.2016 |