ayat ' Sila hubungi Cik Yusop bin Mohamad di talian 03-33333333'. ' di talian' adalah salah penggunaannya. Sepatutnya ' melalui talian'. Minta pandangan tuan. | Yang betulnya ialah dalam talian. | Tatabahasa | 22.03.2010 |
a) dalam talian b) atas talian Soalan: Istilah (a) atau (b) lebih tepat bagi "online"? | Dalam talian. Sila rujuk laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP (PRPM) | Lain-lain | 08.12.2010 |
mana yang betul - atas talian atau dalam talian? | Ungkapan yang betul ialah dalam talian. | Istilah | 18.12.2011 |
istilah pinjaman 0n-line dalam bahasa Melayu ialah dalam talian atau atas talian atau ? | Padanan on-line dalam bahasa Melayu ialah dalam talian. | Istilah | 12.12.2009 |
Salam, apakah terjemahan yang betul bagi istilah 'on-line'? Dalam talian atau atas talian?terima kasih.. | Terjemahan online dalam bahasa Melayu ialah dalam talian. | Istilah | 24.12.2012 |
"online communication" dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai "komunikasi melalui talian" atau "komunikasi dalam talian"? Terima Kasih. | Padanan online communication dalam bahasa Melayu ialah komunikasi dalam talian. | Istilah | 04.05.2011 |
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. 'Pendrive' atau 'Thumbdrive' dalam bahasa Melayu, apa? 2. 'online' merujuk kepada atas talian atau dalam talian? Terima kasih. | 1.Berdasarkan Kamus Teknologi Maklumat (Perkakasan), pemacu pena (pendrive) dan pemacu jari(thumbdrive) adalah sama. Huraian yang diberikan adalah seperti yang berikut: Pemacu berasaskan ingatan kilat yang diintegrasikan dengan antara muka USB. Pemacu ini biasanya kecil seperti pena atau jari, ringan dan mudah bawa. Kapasiti pemacu ini bermula dengan 8 MB pada tahun 1998 dan pada tahun 2006 berkapasiti 64 GB. Pemacu ini biasanya disambung pada komputer melalui port USB. Pemacu ini diperkenalkan pada tahun 1998 oleh Dov Moran. 2. Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "online" ialah dalam talian. | Istilah | 03.04.2012 |
Tuan di talian, Ayat manakah yang betul bagi ayat contoh di bawah. 1. Murid-murid tekun mendengar ceramah motivasi itu. atau 2. Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun. | Ayat yang gramatis ialah Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun. | Tatabahasa | 07.06.2012 |
Apakah padanan yang sesuai bagi 'on line'? Atas tralian atau dalam talian | Terjemahan "online" ialah "dalam talian", contoh: online system = sistem dalam talian. | Lain-lain | 05.11.2010 |
Salam. 1. Manakah ayat salah dan apakah rumusnya? a. ...boleh berhubung dengan saya di talian 0179040418 b. ...boleh berhubung dengan saya atas talian 0179040418 2. Manakah kedua-dua tajuk surat di bawah betul dan apakah rumusnya? a. URUSAN MEMBUKA TENDER KEBERSIHAN... b. PENGURUSAN PEMBUKAAN TENDER KEBERSIHAN.. c. URUSAN PEMBUKAAN TENDER KEBERSIHAN... Mesej yang dikehendaki adalah memaklumkan urusan membuka peti tender yang akan berlangsung. | 1. Ayat yang gramatis ialah ... berhubung dengan saya melalui talian ..., kata sendi nama di diikuti dengan tempat seperti di Kuala Lumpur dan kata atas menunjukkan keterangan tempat seperti atas meja. 2. Urusan Membuka Tender Kebersihan merujuk urusan perbuatan membuka tender, manakala Urusan Pembukaan Tender Kebersihan merujuk urusan proses atau peri hal perbuatan tersebut. Lazimnya dalam penamaan frasa dalam bentuk kata nama yang sering digunakan seperti Pembukaan Tender Kebersihan. | Tatabahasa | 06.11.2012 |