Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taling


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sebuatan untuk perkataan pensel, d imana letaknya e taling dan e pepet. terima kasih

Dalam ejaan pensel - e (taling) + e (taling). Contoh penggunaan e (pepet) seperti dalam ejaan emak, emas dan lebih.

Tatabahasa15.04.2011
Salam, Saya masih keliru dengan sebutan perkataan 'Erat' adakah ianya disebut sebagai e taling atau e pepet... apakah hukum penggunaan e taling dan e pepet. Terima Kasih

Huruf e pada kata erat ialah e taling, sebutannya sama seperti kerat, berat dan jerat.

Tatabahasa06.10.2011
APAKAH PERBEZAAN ANTARA E PEPET DAN E TALING??Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, di bawah pola keselarasan huruf vokal, e pepet boleh diikuti a, i, u dan dalam suku kata kedua akhir tertutup seperti emak, petik dan beku, manakala e taling boleh diikuti a, e (taling), o dalam suku kata kedua akhir tertutup seperti elak, leper dan ekor .Ejaan21.03.2012
sebutan 'komedi' sebutan 'e' pepet atau talingJawapannya ialah 'e' taling. Harap maklum.Lain-lain23.05.2008
minta tanya apakah bacaan e dalam perkataan selop? E taling atau e pepet?Selop - e taling seperti telor (tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan sebutan yang betul) berdasarkan pola kesalarasan vokal.Tatabahasa08.09.2013
Ingin tahu ejaan yang betul mantera atau mentera? Bagaimana sebutannya? man-te(pepet @taling?)-ra atau men-te(pepet@taling?)-ra.Ejaan yang betul ialah mantera.  Sebutan yang betul ialah e pepet, man.te.ra.Tatabahasa13.10.2013
SELAMAT PAGI TUAN/PUAN. BAGAIMANA MENGENALI e PEPET DAN e TALING? TERIMA KASIHDalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu, bunyi e (seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka') dan bunyi e (dalam perkataan 'besar') diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda), manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 300.Ejaan24.08.2012
Bagaimanakah untuk membezakan atau mengesan penggunaan e-taling dan e-pepet dalam bahasa Melayu?Dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu, di bawah tajuk Pola Keselarasan Vokal: e pepet boleh diikuti a, i, u dan dalam suku kata kedua/akhir tertutup seperti emak, petik dan beku, manakala e taling boleh diikuti a, e (taling), o dalam suku kata kedua/akhir tertutup seperti elak, leper dan ekor .Tatabahasa03.03.2012
Bagaimanakah pengguna bahasa Melayu dapat/ boleh membezakan penggunaan/sebutan e taling dan e pepet ? contoh : rendang, sepak, reda, semak, perang dllRujuk buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu, di bawah tajuk pola keselarasan vokal: e pepet boleh diikuti a, i, u dalam suku kata kedua/akhir tertutup, manakala e taling boleh diikuti a, e (taling), o dalam suku kata kedua/akhir tertutup.  Tatabahasa07.10.2011
saya nak bezakan e pepet dan e talingDalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi dalam perkataan 'besar'. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda) manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa28.08.2008
1234

Kembali ke atas