Maklumat Kata
Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata talks |
|
|
Khidmat Nasihat
Assalamualaikum tuan/puan, Izinkan saya bertanya, menurut cakupan skrin seperti dlampirkan dibawah. Adakah outcome telah masuk dan diiktiraf sebagai isitilah dalam Bahasa Melayu? Setelah membuat carian di laman web DBP. Carian saya hanya berjaya mendapatkan definisi daripada kamus inggeris-melayu. Jika tiada di dalam istilah BM. Maka apa perkataan yang sesuai digunakan sebagai ganti outcome? Bantuan tuan/puan amat saya hargai. | Waalaikumsalam, menurut Kamus Melayu- Inggeris DBP, perkataan outcome bermaksud hasil: Contoh ayat; whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu. Perkataan outcome belum diiktiraf sebagai istilah dalam bahasa Melayu dan perkataan ini diberikan padanan maksud mengikut bidang seperti contoh yang berikut: outcome indicator- penunjuk hasil-bidang sains politik; outcome standard- piawai dapatan- bidang pendidikan; outcome evaluation-penilaian hasil- bidang pendidikan. Selain itu, perkataan outcome juga boleh bermaksud akibat. sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan Carian Spesifik, tuan akan lihat data daripada kamus dan istilah. | Istilah | 04.04.2018 |
Boleh terangkan dengan jelas perbezaan istilah output dan outcome dan jika boleh kaitkan dengan contoh dalam bidang pendidikan ? Terima kasih... | Encik Abdul Razak, Makna output ialah hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan komputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik; manakala makna outcome ialah hasil: whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu. Perkataan outcome boleh juga bermaksud akibat. Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan sekadar contoh, boleh membawa maksud keluaran atau produk yang bagaimana yang ingin dihasilkan oleh sistem pendidikan kita dan akibatnya apabila sesuatu sistem atau peraturan dilaksanakan. | Makna | 23.03.2010 |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close