Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kemusykilan nama taman-taman perumahan, contohnya Taman Seri Gombak (mengikut daftar asal pemilik projek Hillcrest Sdn Bhd), kini lebih dikenali dengan Taman Sri Gombak (kebanyakan tanda awam dieja sebegini dengan meluas). Menurut Kamus Dewan, kedua-dua perkataan mempunyai perbezaan makna. Mohon pendapat, perbezaan perkataan 'SERI' dan 'SRI', yang manakah lebih sesuai digunakan?Perkataan yang betul ialah seri yang bermaksud cahaya semarak atau kemuliaan. Tidak ada perkataan sri kecuali dalam gelaran Tan Sri dan Dato' Sri (bagi negeri Pahang). Dalam hal penamaan tempat kita perlu merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan kerana nama tempat telah diwartakan sedemikian.Ejaan31.05.2012
Saya dalam proses menyediakan cadangan nama jalan taman perumahan. Bolehkah saya nama jalan utama taman perumahan sebagai Jalan PremierUntuk makluman pihak tuan, penamaan jalan dan tempat awam perlulah menggunakan nama dalam bahasa Melayu yang betul dan mempunyai maksud yang baik. Premier merupakan perkataan bahasa Inggeris. Oleh itu, pihak DBP mencadangkan dikekalkan penggunaan nama kepada "Jalan Utama" atau "Jalan Perdana."Lain-lain15.03.2022
Perkhidmatan sistem pembentungan di taman perumahan itu diseliakan oleh Indah Water. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN AYAT INI? tqPerkhidmatan sistem pembentungan di taman perumahan itu diselia oleh Indah Water.Tatabahasa15.02.2012
Tuan, ayat di bawah ini betul atau salah? Untuk mengatasi masalah banjir kilat, semua longkang di taman perumahan itu perlu diperdalam.Untuk mengatasi masalah banjir kilat, semua longkang di taman perumahan itu perlu diperdalam.Tatabahasa05.07.2013
Salam sejahtera, Apakah kesalahan ayat-ayat di bawah ini? 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan-ikan mengikut jenis sebelum menjualnya kepada peraih-peraih yang membuat tawaran yang paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga boleh menghidap sakit kerongkong. Terima kasih.1. Rakyat berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini.

2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan mengikut jenis sebelum menjual ikan tersebut kepada peraih-peraih yang membuat tawaran paling baik.

3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga akan mengalami sakit kerongkong.
Tatabahasa23.07.2013
Boleh kita namakan taman perumahan dengan perkataan "Bangsawan" Contoh : Villa Bangsawan , Bangsawan Resisdensi, atau Taman Bangsawan dan sebagainya.Bangsawan bermaksud keturunan mulia. Dari aspek penggunaan bahasa Melayu perkataan bangsawan boleh digunakan, namun penggunaannya perlulah sesuai dengan konteks penggunaannya. Lazimnya kita menggunakan perkataan bangsawan seperti dalam frasa pentas bangsawan dan orang bangsawan. Jika nama Vila Bangsawan hendak digunakan penempatan tersebut mesti sesuai dengan konteks makna yang dibawanya.Tatabahasa02.08.2012
Assalam Tn Saya Zainal Ariff (0104007090) dari Jururancang Bandar (Zas Planner) ingin mendapat terhadap penggunaan bahasa untuk dijadikan nama taman perumahan yang kami cadangkan di kawasan MBSA, Shah Alam Nama-nama yang kami cadangkan adalah seperti berikut :- 1.Sinaran Residensi 2. Utopia Residensi 3. Seri Sinar Residensi 4. Seri Unggul Residensi Diharapkan pihak tuan dapat memberi ulasan terhadap cadangan di atas dengan kadar segera dan diucapkan ribuan terima kasih.1. Residensi Sinaran 
2. Residensi Utopia
3. Residensi Seri Sinar
4. Residensi Seri Unggul
Tatabahasa17.10.2017
Maksud KESEPAKATAN dan huraikan maksud tersebut.Kesepakatan bermaksud perihal sepakat dan persetujuan. Konteks kesepakatan sesuai dalam sesuatu kelompok masyarakat, rakyat sesebuah negara, ataupun kumpulan sesuatu organisasi. Contoh : kesepakatan dalam dalam membanteras kejadian jenayah di sesebuah kawasan dalam kalangan penduduk taman perumahan.Makna26.02.2007
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani?

Saudari/Saudara,

Jawapan yang betul ialah:

1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut.

2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut.

3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana,

diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat).

4.  i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini?

    II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini?

    III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. 

    IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul.

Tatabahasa14.08.2012
1)Apakah kata seru yang sesuai bagi ayat di bawah?EH/ADUHAI?Mohon penjelasan yang lebih lanjut daripada pihak tuan. ________, bila agaknya tarikh pengumuman tarikh keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! Adakah perkataan "Diam" sesuai untuk ayat di bawah? -Kami sekeluarga telah lama ____________ di taman perumahan ini.1. Ayat tersebut tidak memerlukan kata seru. Ayat tersebut lebih sesuai sebagai ayat tanya.
2. Penggunaan perkataan diam betul dalam ayat.
Tatabahasa19.08.2013
12

Kembali ke atas