Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.mat] | تمت

Definisi : 1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayat­nya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ija­zah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.mat] | تمت

Definisi : 1 sudah dibaca, diceritakan dll hingga ke akhir: Buku itu sudah ~ dibacanya. 2 berakhir; selesai; habis: Lebih kurang pukul enam petang, barulah temasya sukan itu ~. ~ belajar (persekolahan) sudah menempuh semua tingkatan dlm sekolah; sudah selesai pelajarannya. ~ riwayat sudah mati. menamatkan 1 membaca, menceritakan dll hingga ke akhir: Bagaimanakah cara yg baik hendak ~ cerita ini? 2 menjadikan tamat; menghabiskan; menyudahkan: Kerana selalu sakit-sakit, dia terpaksa ~ perkhidmatannya. tamatan yg sudah tamat belajar di (sekolah, maktab dsb); lulusan: ~ maktab perguruan. pe­namatan perbuatan atau hal me­namatkan: ~ perkhidmatannya adalah atas sebab kesihatan. penamat yg ter­akhir; yg penghabisan; penutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,

Puisi
 

Tuan menjaja Qurªan Istanbul,
     Lambat tamat dipelajari;
Kalau tuan berjanji betul,
     Dilucut akan cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ayat 1: Tamanah hendak melihat perarakan. Ayat 2: Perarakan sudah tamat. Jika ayat 1 dan 2 digabungkan, maka ayat berikut yang manakah betul? Atau kedua-duanya betul? Ayat majmuk 1: Tamanah hendak melihat perarakan tetapi sudah tamat. Ayat majmuk 2 : Tamanah hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat. Terima kasih.Tamanah hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat.Tatabahasa29.07.2013
Bolehkah saya gunakan perkataan Konvokesyen untuk majlis tamat tadika?Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, konvokesyen ditakrifkan sebagai perhimpunan di universiti untuk upacara penyampaian ijazah.
Oleh yang demikian, perkataan konvokesyen tidak sesuai digunakan untuk majlis tamat tadika. Kami mencadangkan puan menggunakan frasa Majlis Penyampaian  Sijil.
Makna26.08.2013
bilakah istilah bahasa malaysia menggantikan istilah bahasa melayu? adakah perkataan seperti 'tammat','posto' digantikan dengan 'tamat' dan 'surat' kerana pertukaran bahasa melayu kepada bahasa malaysia?Mesyuarat kabinet pada 11 April 2007 telah memutuskan istilah Bahasa Malaysia hendaklah digunakan dalam semua urusan apabila merujuk penggunaan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Melayu. Perkataan tamat dan surat telah lama digunakan sebelum keputusan kabinet tersebut. Lain-lain15.04.2010
APAKAH KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN DALAM AYAT DI BAWAH? 4. Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan. 6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah. 7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair. 8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis. 9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas. 10. Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat. 11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12. Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah. Sila rujuk Kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan ejaan/imbuhan yang betul dalam konteks ayat tersebut.Ejaan yang betul seperti yang  berikut:

4. Para pendayung itu terpaksa menongkah arus sebelum tiba di garisan tamat.
5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantu penduduk kampung yang dalam kesusahan.
 
6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi menyebabkan penduduk di situ berasa gelisah.

7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagakan oleh para peragawati terkenal tanah air.

8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pihak polis.
 
9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk dicetak melalui e-mel kerana lebih mudah dan pantas.

10. Hubungan silaturahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjamin keharmonian hidup bermasyarakat.

11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemarkan nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 

12. Syarikat binaan milik rakyat tempatan mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah.
Tatabahasa16.08.2013
5 extra bonus days expirehari bonus tambahan tambahan 5 hari bonus tamat/habis tempohLain-lain12.05.2007
saya siti mahani binti mohmad merupakan pelajar jurusan linguistik di UKM. saya akan tamat pengajian pada bulan mei 2008. saya amat berminat untuk berkhidmat di syarikat tuan dan ingin mendapatkan tempat di DBP. keputusan peperiksaan saya yang terkini ialah: PNGS ialah 3.22 dan PNGK saya ialah 3.01. bagaimanakah caranya?

Saudari,

TErima kasih di atas kesungguhan yang ditunjukkan untuk berkhidmat dengan DBP.

Untuk makluman, DBP akan menyiarkan kekosongan jawatan dari semasa ke semasa. Berdasarkan iklan tersebut, saudari bolehlah mengemukakan permohonan dengan mengisi borang permohonan jawatan yang boleh didapati melalui laman web kami atau saudari juga boleh mendapatkannya di alamat Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Lain-lain19.02.2008
Saya seorang pelajar tingkatan 6 di sekolah SMK. SAAS, saya bercita-cita hendak menjadi seorang penulis setelah tamat pengajian di tingkatan 6 Atas. Pertanyaan yang hendak saya ajukan ialah bagaimana saya hendak menuju untuk menjalani rancangan cita-cita itu.,?Untuk menjadi seorang penulis, pertama sekali saudara perlu kenal pasti bidang apa yang saudara hendak tulis misalnya novel, cerpen, puisi atau buku umum seperti buku motivasi. Kemudian saudara perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Buku panduan tentang teknik penulisan juga banyak terdapat  di pasaran yang saudara boleh baca. Selain daripada pembacaan, saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Dan akhir sekali, untuk menjadi seorang penulis yang baik, mahu tidak mahu ia bergantung juga kepada bakat seni yang semula jadi. Lain-lain12.11.2010
saya merupakan pelajar tahun 2 UKM yang mengambil jurusan linguistik melayu..saya amat berminat untuk berkhidmat di DBP apabila tamat pengajian kelak. oleh itu, sebagai persediaan awal saya bercadang untuk menjalankan Latihan Industri(LI) saya di institusi tersebut pada tahan 3 nanti.apakah bidang yang ditawarkan untuk membolehkan saya menjalankan LI di DBP nanti? jawapan tuan saya dahului dengan jutaan terima kasih

Untuk keterangan lanjut tentang persoalan tersebut, sila hubungi Puan Norma binti Mohd. Nazim, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui no. telefon 03-21439135 atau e-mel: norma@dbp.gov.my.

Lain-lain28.10.2010
Nama saya Arena Che Kasim, pensyarah di UKM dan sekarang sedang bercuti belajar di Wales, UK selama 3 tahun bermula Januari 2008. Saya ingin bertanya tentang cek untuk bayaran royalti buku yang telah dikeluarkan telah tamat tempoh sah lakunya dan bagaimana saya boleh dapatkan balik bayaran tersebut (ini kerana semasa cek tersebut tiba di pejabat saya telah pun berada di UK). Detail maklumat bayaran: Voucher No: 0001171/08 Cheque No: 159691 Tarikh: 24/01/2008 Jumlah: RM107.36 Mohon sekiranya dapat dikeluarkan cek baru dan dihantar ke alamat berikut: Arena Che Kasim No.15, Jalan 3/71 Damai Impian Seksyen 3 43650 Bandar Baru Bangi Selangor. atau Arena Che Kasim Ground Floor Flat Timberdene 13 Station Terrace Lampeter Ceredigion SA48 7HH UK Terima kasih.
Untuk makluman tuan, Bahagian Hak Cipta DBP telah pun  mengambil tindakan dengan menghantar memo ke Bahagian Kewangan  DBP untuk mengeluarkan cek yang baru sepertimana yang tuan kehendaki.
Terima kasih.
Nor Hashimah Ali
Ketua Bahagian Hak Cipta
Dewan Bahasa dan Pustaka
Lain-lain29.05.2008
saya adalah pelajar usm, mejor dalam linguistik bahasa melayu, minor dalam public relation, saya juga mempelajari bahasa thailand di usm dan mampu untuk bertutur dalam bahasa tersebut, adakah saya mempunyai peluang pekerjaan dalam DBP memandangkan saya akan tamat belajar pada April ini.

Sdr,

Kami amat mengalu-alukan sekiranya sdr mempunyai hasrat untuk berkhidmat dengan DBP. Sila layari laman web kami atau lihat iklan kekosongan jawatan yang kami siarkan melalui akhbar utama berbahasa Melayu yang disiarkan dari semasa ke semasa apabila ada kekosongan jawatan. Dengan kelayakan tersebut, Sdr layak memohon jawatan Pegawai Perancang Bahasa Gred S41 atau Pegawai Tadbir Gred N41.

Lain-lain20.02.2008
12

Kembali ke atas