1) peroleh atau perolehi 2) Tambahbaik atau tambah baik | Ejaan yang betul ialah peroleh dan tambah baik. | Tatabahasa | 11.03.2014 |
tambahbaik dieja dua perkataan atau satu | Ejaan yang betul ialah tambah baik. | Ejaan | 11.03.2014 |
untuk mendapat kan pengesahan mengenai perkataan "ditambahbaik". Adkah perkataan ini wujud dalam kamus dewan? | -
tambah baik; bertambah baikmenjadi semakin baik; Contoh berimbuhan 'di' (pasif) tidak akan dijadikan contoh di dalam kamus. Entri di atas diambil daripada Kamus Dewan Edisi Ke-4. | Lain-lain | 14.08.2009 |
1. muat turunkan atau muatturunkan ? 2. tambah baikkan atau tambahbaikkan ? 3. muat naikkan atau mautnaikkan ? | Ejaan yang tepat ialah 1. muat turun. 2. tambah baik atau penambahbaikan. 3. muat naik. | Ejaan | 05.09.2010 |
1- Penambahbaikkan atau penambahbaikan ? yang mana betul ? Bagaimanakah kaedah penambahan dua K 2- Atur cara atau aturcara ? Temuduga atau temu duga ? 3- Mohd pergi digunakan atau di gunakan ? | 1. Yang betul ialah Penambahbaikan kerana kata dasar tambah baik menerima awalan Pe..an menjadi penambahbaikan. 2. Ejaan yang betul ialah atur cara dan temu duga kerana atur dan cara boleh membawa makna tersendiri. Begitu juga dengan temu dan duga. 3. Ayat tersebut tidak lengkap, tetapi ejaan yang betul ialah digunakan. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
Ada dua soalan 1. Panggilan hormat untuk pegawai daerah sama ada YBrs atau YBhg. Adakah jika ada haji itu mempengaruhi penggunaan panggilan hormat ? dan adakah beza sekiranya kedudukannya berbeza? cth: pegawai daerah sebagai penganjur majlis, dan pegawai daerah yang menjadu tetamu kehormat dalam majlis 2. Diskusi Maqasid Syariah dan kaitannya dengan tadbir urus & kepimpinan. Mohon cadangan untuk tambah baik tajuk ini sama ada perkataan "kaitannya" boleh digunakan atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. Perkaitan ke? | 1. "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. Namun, sekiranya individu berkenaan ialah ketua organisasi, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan sapaan Yang Berbahagia (YBhg.) 2. Cadangan tajuk yang sesuai ialah: "Diskusi Maqasid al-Syariah dan Kaitannya dalam Tadbir Urus dan Kepimpinan" | Lain-lain | 28.09.2021 |
1. Contoh Ayat: Sukacita kiranya pihak tuan dapat menimbang dan meluluskan syor di atas. Mengapa kita perlu menggunakan perkataan 'menimbang dan meluluskan' tetapi bukan 'menimbangkan dan meluluskan'? Saya perlukan penjelaskan kenapa imbuhan 'kan' untuk katakerja yang pertama (menimbang) digugurkan. 2. Sila komen ayat berikut: Dalam usaha menambahbaik amalan 5S.....Dalam usaha ke arah penambahbaikan amalan 5S....ayat yang mana lebih sesuai? Betulkan penggunaan perkataan menambahbaik tersebut? 3. Perkataan penambahbaikan dirapatkan kerana ia diapit oleh imbuhan pe dan kan...bagaimana pula dengan perkataan menambahbaik atau menambah baik? 4. Apakah perbezaan perkataan PERLAKSANAAN dan PELAKSANAAN? 5. Adakan perkataan PERLANTIKAN dan PELANTIKAN juga mempunyai maksud yang berbeza? 6. Bagaimana pula dengan perkataan PERLETAKAN JAWATAN atau PELETAKAN JAWATAN. | Jawapan bagi soalan-soalan tersebut adalah seperti yang berikut: 1. Imbuhan 'kan' digugurkan bagi perkataan menimbang dalam ayat tersebut kerana ayat yang menerima imbuhan 'kan' ialah kata kerja transitif, iaitu memerlukan objek atau penyambut dalam ayat. Contoh ayat, Sukacita kiranya pihak tuan dapat menimbangkan syor di atas. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194-196. 2. Ayat yang betul ialah Dalam usaha menambah baik amalan 5S..... 3. Perkataan menambah baik boleh digunakan dan dieja dua perkataan kerana menerima satu imbuhan, iaitu 'me...' pada kata dasar tambah baik, manakala perkataan penambahbaikan dieja satu perkataan kerana menerima kata kerja berapitan, iaitu 'pe...an'. 4. Perlaksanaan bermaksud hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). Contoh ayat, meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga. Pelaksanaan pula ialah perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Contoh ayat, Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. 5. Perkataan yang tepat ialah pelantikan, iaitu kata dasar lantik menjadi melantik( perbuatan) dan pelantikan (perihal melantik), dan peletakan jawatan, iaitu orang yang meletakkan jawatan/gelaran dan sebagainya. | Tatabahasa | 04.04.2010 |
Tambah Azalina, menerusi sesi tersebut, terdapat tiga persoalan utama yang dikemukakan kepada peserta untuk tujuan perbincangan adalah sama ada Malaysia memerlukan pemansuhan perundangan sedia ada dan penggubalan akta baharu. Adakah terdapat kesalahan dalam ayat di atas? Terutamanya penggunaan perkataan adalah | Cadangan penggunaan yang betul ialah “Tambah Azalina, menerusi sesi tersebut, terdapat tiga persoalan utama yang dikemukakan kepada peserta untuk perbincangan sama ada Malaysia memerlukan pemansuhan perundangan yang sedia ada atau penggubalan akta baharu”. Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii)Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA). Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264. | Tatabahasa | 21.11.2023 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan ayat-ayat bagi nama aktiviti kedai di bawah untuk semua pengedar HONDA di seluruh Malaysia: 1. Pusat Jualan, Servis, Alat Ganti, Baik Pulih dan Mengecat 2. Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti 3. Pusat Baik Pulih dan Mengecat 4. Pusat Servis, Alat Ganti, Baik Pulih dan Mengecat | Cadangan daripada pihak kami, sebaiknya perkataan kenderaan di tambah di setiap hujung ayat bagi menerangkan secara khusus keterangan aktiviti perniagaan tersebut. Kesemua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan dalam keterangan aktiviti perniagaan. | Tatabahasa | 29.04.2019 |
Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Mara. Baru- baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakan tempoh masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap ke jawatan tetap, lebih-lebih lagi kos kehidupan di Kuala Lumpur adalah tinggi. Terima Kasih | Tahniah kerana telah ditawarkan untuk berkhidmat dengan kami. Untuk makluman sdr, sekiranya terdapat sebarang kekosongan jawatan pada masa yang akan datang, sdr perlulah mengisi dan melengkapkan borang permohonan jawatan untuk dipertimbangkan oleh pihak kami. Psertasi kerja sdr sebagai pekerja sambilan merupakan suatu nilai tambah kepada sdr untuk dinyatakan di dalam borang permohonan tersebut dan akan diambil kira oleh pihak pengurusan DBP. Kami juga ingin memaklumkan bahawa isu penyerapan daripada jawatan bertaraf sambilan kepada jawatan bertaraf tetap tidak timbul kerana proses untuk mengisi jawatan kosong dilaksanakan secara terbuka kepada semua warganegara malaysia yang berkelayakan. Sekiranya sdr benar-benar bertekad untuk berkhidmat secara tetap dengan DBP, kemukakanlah permohonan dan tunjukkanlah prestasi kerja yang membanggakandalam tempoh sdr berkhidmat secara sambilan ini. | Lain-lain | 28.10.2008 |