Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lebih-lebih lagi, (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah frasa Tambahan lagi/Malah/Malahan digunakan sebagai penanda wacana dalam karangan? atau lebih sesuai digunakan pada bahagian tengah-tengah ayat? tq

Saudara Yew,

Penggunaan frasa tambahan lagi, malah atau malahan merupakan penanda penghubung, iaitu penghubung tambahan yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.  Oleh itu, ia boleh digunakan bergantung pada struktur ayat yang dibina. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.

Tatabahasa09.02.2010
Salam, saya nak tanya sama ada kata-kata berikut boleh digunakan di permulaan ayat sebagai penanda wacana? 1. Biarpun 2. Malah 3. Namun 4. Tambahan lagi 5. Namun Itu Dalam keadaan menterjemahkan perkataan 'even' pada permulaan ayat, bolehkah Tuan berikan cadangan padanan yang sesuai dalam BM? Contoh: Many of the good things related to Moon Festival have become part of the Malaysian cultures. Even those who are not Chinese may be familiar with Moon Festival.Kata hubung seperti biarpun dan malah boleh digunakan pada pangkal ayat asal sahaja ada ayat utama atau ayat induk yang lengkap, ada subjek dan predikatnya.Tatabahasa24.02.2014
Saya ingin mengetahui penggunaan kata "justeru". Adakah justeru sama maksud dengan "oleh itu" atau tambahan lagi? Bolehkan perkataan justeru digunakan di awal ayat? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.  Boleh digunakan pada permulaan ayat.Tatabahasa09.05.2010
Sila pilih frasa/penanda wacana yang betul dari segi tatabahasa. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. Semoga soalan ini dapat dijawab selewat-lewatnya pada 24/09/2021 (Jumaat). 1. Selain daripada itu 2. Selain dari itu 3. Lain daripada itu 4. Lain dari itu 5. Tambahan lagi

Penanda wacana yang betul ialah nombor 3 dan 5:Lain daripada itu” dan  “Tambahan lagi”.

Tatabahasa22.09.2021
Tolong jelaskan tentang penggunaan kata "lagi' dalam ayat. Yang manakah betul 1. Cikgu memarahinya lagi kerana tidak hadir kelas tambahan. 2. Cikgu memarahi dia kerana tidak hadir kelas tambahan lagi. Terima kasih.

Lagi dalam ayat tersebut mempunyai makna yang berbeza. Kedua-duanya betul.

Tatabahasa23.05.2010
tambahan pula tidak digalakkan digunakan sebagai penanda wacana betul ke? adakah tambahan pula bermaksud sesuatu yang berikutan daripada isu yang sama atau isu yang lain?Tambahan pula bermaksud lebih-lebih lagi atau apa lagi. Tambahan pula merupakan sebahagian daripada penanda wacana - penghubung tambahan yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelum ini. Oleh itu, tambahan pula boleh digunakan.Tatabahasa13.10.2008
maksud perkataan / perbezaan antara DAN dan ATAU

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dan ialah 1. kata yg menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat): saya ~ dia; ada orang yg menyanyi ~ ada pula yg menari; ~ juga serta; 2. selanjutnya, seterusnya (biasanya pd permulaan ayat sbg meneruskan sesuatu yg telah diperkatakan terlebih dahulu); ~ lagi tambahan lagi, manakala atau bermaksud  1. kata hubung yg bermaksud serupa (sama) dgn, disebut juga: askar ~ tentera; binatang ~ haiwan; 2. kata hubung yg bermaksud salah satu antara beberapa hal (barang, perbuatan, dll): air limau ~ air tomato, kedua-duanya minuman berkhasiat; mereka menghinanya dgn meludahinya ~ memakinya; 3. = ataupun baik ... mahupun: besar ~ kecil; tua ~ muda; mahal ~ murah.

Istilah06.11.2009
“sementelahan itu”betul tak? ribuan terima kasihPerkataan "Sementelahan" bermaksud: lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi.  Tidak perlu ditambah dengan perkataan "itu".Istilah20.06.2016
Apakah golongan kata bagi kata sementelahan?Perkataan "Sementelahan" bermaksud: lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi. "Sementelahan" digolongkan dalam kata nama.Ejaan19.03.2023
“Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan.” Ini ayat contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pada halaman 1439. Pada masukan ini dinyatakan sementelahan bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi. Bukankah ayat ungkapan yang wajar digunakan dalam ayat contoh ini ialah “sementelahan” sahaja tanpa “pula”?Penggunaan "pula" menjadi "sementelahan pula" dalam ayat yang diberikan tidak salah, cuma lewah.Tatabahasa23.02.2009
12345

Kembali ke atas