Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa kaum yg berasal drpd campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yg berasal dr selatan India dan Sri Lanka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tamil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya telah menemukan perkataan 'nana' dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat di halaman 1069 yang dikatakan mempunyai maksud 'abang' dalam bahasa Tamil. Sepanjang pengetahuan saya tidak ada perkataan yang bermaksud demikian dalam bahasa Tamil.Tolong semak akan kesahihan perkataan dan maksud tersebut.Sekian, terima kasih.Maklumat yang tuan berikan, kami salurkan ke Bahagian Perkamusan DBP untuk tindakan selanjutnya. Untuk makluman tuan, dalam penyusunan entri kamus, sesuatu kata telah melalui proses penyemakan dengan merujuk pelbagai sumber. Makna28.05.2015
Tuan, Puan, Saya ingin memohon Jasa baik pihak Tuan,Puan untuk memperbetulkan tafsiran perkataan "Tambi" dimana tafsiranya meggunakan perkataan keling. Perkara ini telah guris hati saya Dan masyarakat Tamil Di Malaysia. Pembetulan: Orang Keling ditukar kepada "masyarakat Tamil"Kami ambil maklum saranan tuan. Penambahbaikan takrif perkataan "tambi" akan diberikan perhatian dalam pengemaskinian dan penyusunan semula Kamus Pelajar Edisi Ketiga yang sedang dijalankan. Untuk maklumat yang terperinci, sila rujuk kenyataan rasmi DBP melalui pautan ini:  

https://www.facebook.com/109573169113660/posts/5151674491570144/?d=n
Istilah22.03.2021
Berdasarkan Kamus Dewan, keturunan bermaksud 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. Dengan merujuk kepada maksud keturunan, wajarkah keturunan seseorang warganegara Malaysia dikatakan India? Berdasarkan definisi perkataan keturunan, seseorang warganegara Malaysia tidak mungkin mewarisi India ataupun memiliki apa-apa hak di negara India. India hanya wujud dengan kesatuan beberapa buah negeri yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan budaya, bahasa dan adat mereka tersendiri. Apa yang boleh diturunkan oleh nenek moyang ialah bahasa ibunda dan budaya. Apa yang telah saya mewarisi daripada nenek moyang saya ialah bahasa Tamil dan budaya kaum Tamil. Maka, keturunan, kaum dan bangsa saya ialah Tamil. Saya juga ingin bertanya tentang kewajaran India dirujuk sebagai suatu kaum dan bangsa kerana India ialah sebuah negara kerana bangsa ialah jenis manusia drpd satu asal keturunan ataupun kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan . Mengikut definisi bangsa yang pertama, bangsa saya ialah Tamil manakala bangsa saya ialah bangsa Malaysia jika merujuk kepada definisi kedua. Kaum pulu dirujuk sebagai golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa. Maka, kaum saya ialah Tamil. Saya ingin meminta pengesahan daripada pihak Dewan Bahasa mengenai kenyataan saya dan penjelasan mengenai soalan saya.

Untuk makluman tuan, takrifan dalam Kamus Dewan merupakan takrifan yang digunakan dari sudut bahasa. Kamus Dewan mentakrifkan India (dari segi bahasa) ialah bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari benua India.  Perkataan Tamil pula bermaksud bahasa kaum yang berasal daripada campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yang berasal dari selatan India dan Sri Lanka.

Makna29.08.2019
saya merupakan guru bahasa Melayu yang mengajar di SJK Tamil. Bolehkan pihak tuan menghantar sebarang brosur atau apa-apa maklumat serta info yang berkaitan dengan bahasa Melayu untuk penggunaan murid di sekolah saya.Tuan boleh terus menghubungi Puan Nor Hamuni binti Ibrahim@Yasin melalui talian 03-2147 9129 atau e-mel hamuni@dbp.gov.my untuk mendapatkan risalah dan pedoman bahasa Melayu. Satu lagi caranya tuan boleh menulis surat kepada Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain11.03.2014
Perkataan Tuhan dalam ayat di bawah ditulis dengan huruf besar atau kecil? Orang Tamil percaya Tuhan wujud dalam semua unsur alam semula jadi.

Perkataan Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa perlu dieja huruf besar pada huruf pertama, manakala ejaan tuhan dengan huruf kecil pada huruf pertama ialah sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2414.


Tatabahasa25.11.2024
Arthritis ditulis dengan huruf condong ataupun tidak? Contoh: Daun perilla juga digunakan oleh masyarakat Tamil untuk menyembuhkan sakit arthritis.

Istilah arthritis diterjemahkan sebagai artritis dalam bahasa Melayu dan tidak perlu ditulis menggunakan huruf condong.

 

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 135.

Istilah26.11.2024
salam. saya nak tanya bagaimana kita hendak tahu sumber asal sesuatu perkataan, misalnya perkataan serapan bahasa inggeris, tamil, cina dan sebagainya kerana saya semak dalam kamus dewan, kebanyakan sumber perkataan berupa dialek dari negeri seperti sl untuk selangor....ada juga Jw untuk perkataan jawa. mohon pencerahan.Data tentang etimologi kata tidak ada dalam sumber rujukan kami kecuali sebahagian kecil kata yang diberikan maklumat tentang asal kata dalam Kamus Dewan.Lain-lain25.05.2015
Dari mana saya boleh dapatkan senarai kosakata-kosakata pinjaman asing yang dipinjamkan kepada bahasa Melayu? saya perlukan senarai kosa kata pinjaman daripada bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Sanskrit.DBP tidak menyediakan khidmat penyenaraian Kata Pinjaman Asing tetapi saudara mungkin boleh merujuk kamus terbit DBP (spt Kamus Dewan) yang ada melabelkan kata serapan daripada perkataan Arab (Ar) yang boleh membantu saudara.Lain-lain08.10.2008
Siva Balan Daramakoday AHA 10.52 PTG Siva Balan Daramakoday Good day Sir I was at Terengganu Airport at Kuala Terengganu. Found a huge banner on Visit Terengganu. The Tamil phrase is mistakenly written. Supposed to be "மீண்டும் வருக". Kindly assist on the correction. Thank you. My personal number is 012 333 6024. My email sivabalandaramakoday@gmail.com. The photo attachedSalam sejahtera... Untuk pertanyaan mengenai aduan iklan dalam bahasa Melayu, tuan boleh menghubungi pegawai kami di Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 0321479114 (En. mulia) Sekian terima kasihPenyemakan dan penterjemahan24.09.2017
ingin tahu samada soalan yang dilampirkan dalam email ini betul atau salah. ayat tersebut tidak menggunakan imbuhan & kata hubung. soalan ini dari buku sekolah untuk darjah satu di sekolah tamil vivekananda petaling jaya, jalan templer.

Ayat terdiri daripada Subjek dan Predikat. Subjek daripada kata nama/frasa nama, manakala predikat daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh itu, ayat mesti menggunakan imbuhan untuk melengkapkan frasa kerja seperti Kakak membeli bakul rotan.

Tatabahasa12.06.2012
123

Kembali ke atas