Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pa.ran] | تمڤرن

Definisi : 1. pukulan dgn tapak tangan, tepukan: dia terkenang pd ~ suaminya; 2. ki pukulan (ombak dll), tempuhan (angin): ~ ombak yg tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan; 3. peristiwa, kritikan, dsb yg tidak menyenangkan hati: isu bahasa itu memberikan ~ yg hebat kepadanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pa.ran] | تمڤرن

Definisi : hasil perbuatan menampar; pukulan dgn tapak tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampar
Kata Terbitan : menampar, tamparan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Saya ada tiga soalan untuk bertanya. (1) Kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai hal ini. (2) Saya menghadapi tamparan itu dengan hati yang tabah. (3) Jurulatih bola sepak itu menerima tamparan hebat akibat kekalahan teruk pasukan bimbingannya. Adakah ayat-ayat ini betul ?

(1) Kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai hal ini. - ayat ini salah, yang betul ialah ... mengenai hal itu.

(2) Saya menghadapi tamparan itu dengan hati yang tabah. - salah, kata tamparan tidak boleh menjadi subjek dalam ayat ini, kata lain yang lebih sesuai adalah seperti masalah ini ataupun rintangan ini

(3) Jurulatih bola sepak itu menerima tamparan hebat akibat kekalahan teruk pasukan bimbingannya. - betul

Tatabahasa11.05.2011
[Keadaan ini memberi/memberikan tamparan hebat buat warganegara Malaysia.] Bagaimana untuk membezakan penggunaan imbuhan mem- dan mem-...kan?

Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Kata kerja yang terbentuk daripada awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, maksud kausatif atau menyebabkan dan maksud benefaktif atau manfaat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa23.01.2024
selamat tengah hari, mungkin soalan yang saya kemukakan pd hari Khamis menimbulkan kekeliruan. saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan tamparan dan mengenai dalm ayat tersebut. adakah penggunaan tersebut betul? minta maaf jika soalan saya tidak jelas. terima kasih .Selaku moderator khidmat nasihat bahasa, saya tidak menemui rekod soalan yang telah saudara kemukakan pada hari Khamis (12 Mei 2011?). Mohon dikemukakan kembali soalan tersebut.Tatabahasa13.05.2011
Bagaimana cara menentukan penggunaan imbuhan akhiran -kan pada perkataan yang huruf akhirnya K..contoh lonjak, banyak?Saudara harus tahu membezakan kata yang terbentuk dengan akhiran -kan dan kata yang terbentuk daripada akhiran -an. Kata kerja yang terbentuk dengan akhiran -kan, seperti bukukan, carikan dan tunjukkan. Kata nama yang terbentuk daripada akhiran -an, seperti tamparan, lukisan dan sepakan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 117 dan 183.Tatabahasa10.07.2012
'duduk inding enggang tap' Mengenai baris pantun di atas, saya faham enggang ialah sejenis burung. Tapi apakah maksud perkataan 'inding' dan 'tap'? Apakah maksud baris tersebut keseluruhannya? Tolong jelaskan. Terima kasih.

Inding membawa dua maksud iaitu 1. mengawas dan memandang dgn harapan utk mendapat sesuatu, memasang telinga kerana hendak mendengar sesuatu (rahsia dll) 2. mengecek, meminta-minta (bkn kanak-kanak). Tap ialah sadap, toreh, ketukan, ulir dalam dan tamparan. Manakala untuk mendapatkan makna kesuluruhan rangkap sila rujuk buku yang berkaitan.

  •  

Makna02.12.2008
Beza tepok dan tepuk serta penggunaannya dalam ayat

Perbezaan kata tepok dan tepuk ialah maknanya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu https://prpm.dbp.gov.my/ untuk memperoleh makna dan contoh penggunaan kata ini.

Misalnya bagi kata tepuk (ada homonim) dalam KDP:  
tepuk1

kata nama

1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan supaya berbunyi:

Contoh: Maka dilangsungkanlah adat perkahwinan itu di tengah khalayak yang ramai dengan tepuk dan tempik sorak serta nyanyi-nyanyian.

2. bunyi yang terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan:

Contoh:
a) Suara itu diiringi pula oleh ketawa dan tepuk budak-budak yang ramai di situ.
b) Memecahlah di tengah-tengah kesunyian itu tepuk orang amat riuhnya.

3. tamparan yang tidak kuat dengan tapak tangan:

Contoh: Amalan tepuk bantal sambil berniat untuk bangun awal pagi menjadi rutin neneknya.

4. tangkisan untuk menghindarkan serangan yang cuba mencederakan pesilat dalam seni pencak silat.

kata kerja transitif

5. lihat menepuk.

Makna12.01.2025
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi?Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

penjuru 1 kata nama
1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.
Contoh penggunaan:
Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.
Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.

2
tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.
Contoh penggunaan:
Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.

3
bahasa kiasan
ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.
Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.

tepi kata nama
1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.
Contoh penggunaan:
Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.
Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.

2
bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:
Contoh penggunaan:
Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.

3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.
Contoh penggunaan:
Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.
Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.

4 sempadan di antara satu dengan yang lain:
Contoh penggunaan:
tepi hutan; tepi kota; tepi langit;

5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:
Contoh penggunaan:
Tiba-­tiba kakinya tersadung tepi permaidani.
tepi langsir;

6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.

Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.

Makna19.09.2023

Kembali ke atas