Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pin] | تمڤين

Definisi : 1. pembungkus yg dibuat drpd daun nipah (utk membungkus sagu, belacan, dll); sagu ~ sagu mentah; sagu se~ sagu sebungkus; sirih se~ sirih sekapur; 2. Kl bekas dll tempat tembakau, lopak, celepa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pin] | تمڤين

Definisi : Mn taruhan utk mengimbangi taruhan yg lain, imbangan, lawan; bertampin ada tampinnya (imbangannya): taruh ~ pula; ~ taruh menandingi taruhan lawan; menampin mengimbangi taruhan yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pin] | تمڤين

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), balik angin, Mallotus berbatus; 2. sj tumbuhan (pokok), mahang, maya-maya, memoya, mem­pasuh, seku­bin air, Mallotus floribondus; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), jarak gajah (hutan), Mallotus subpeltatus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), langi-langi buaya, merepuh, pulut-pulut bukit, setampin, Mallo­tus griffithianus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pin] | تمڤين

Definisi : pembungkus yg dibuat drpd daun nipah (biasanya utk membungkus belacan, sagu dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tampin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengesahan bahasa papan iklan (TAMPIN ROJAK)

Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/

Lain-lain03.11.2017
Saya ingin bertanya mengenai terjemahan satu perkataan dibawah kategori sukan. Alat tersebut hanya mempunyai perkataan terjemahan dalam bahasa Inggeris dan diambil dari perkataan bahasa Rusia. Nama alat tersebut ialah Kettlebell (Eng; manakala dalam bahasa Rusia disebut Гири - Giri). Saya pernah terbaca satu artikel dalam surat khabar tempatan di mana ianya diterjemahkan sebagai "Besi Tampin". Soalannya ialah: adakah apa-apa cadangan terjemahan dari DBP untuk perkataan Kettlebell? Jika ada, apakah terjemahan sebenar? Jika tiada, bolehkan perkataan besi tampin digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan kettlebell. Sekian Terima kasih

Kettlebell ditakrifkan sebagai “a round weight with a flat bottom and thick handle on top that is used for exercise and weight training”, iaitu sejenis pemberat daripada besi yag berbentuk bulat dan bertangkai dan digunakan untuk senaman. Tampin ialah bakul tradisional yang diperbuat daripada daun mengkuang yang dianyam untuk menyimpan manisan, biasanya dodol. 

Jika dilihat dari segi ciri-ciri seperti saiz dan bentuk, “kettlebell” seakan-akan tampin.  Oleh yang demikian, “Besi Tampin” sebagai padanan bahasa Melayu untuk “kettlebell” boleh diterima.

Istilah24.03.2019
Salam sehati sejiwa. Hari Mantai kebiasaannya disambut oleh penduduk di beberapa daerah di negeri ini termasuk Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol dan Tampin. Jadi istilah yang betul Hari Mantai ke Hari Bantai? Perkataan mantai tiada dalam istilah DBP. Mohon pencerahan. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120728/re_11/Kekalkan-tradisi-Hari-MantaiSelamat pagi.

Perkataan Mantai merupakan dialek Negeri Sembilan. Walaupun perkataan tersebut dalam istilah DBP, pihak tuan/puan tidak dibenarkan menukar perkataan tersebut dengan perkataan lain. Sekian, terima kasih.
Istilah05.06.2016

Kembali ke atas