Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pu/] | تمڤوق

Definisi : 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis; 2. perhiasan sbg penutup (di atas, di pangkal, di hujung se­suatu): ~ pending; 3. gagang atau pegangan se­suatu alat (cerek, pistol, dll), tangkai yg kecil dan pendek: ~ pistol; 4. ki yg tertinggi (pimpinan sesuatu dll), yg utama, yg pokok, pucuk: ia telah mengambil ~ pimpinan ASAS 50 sbg ketuanya yg pertama; ~ bantal seraga penutup di hujung dan di pangkal bantal seraga (dibuat drpd emas, perak, sulaman, dll); ~ caping penutup ke­malu­an anak perempuan berbentuk daun sirih (dibuat drpd emas atau perak); ~ cerek pegang­an cerek; (memegang) ~ kuasa (memegang) kuasa yg tertinggi; ~ labu a) tampuk buah labu; b) ark kelentit; ~ lampu elektrik soket tempat melekatkan mentol lampu elektrik, piting; ~ manggis a) tampuk buah manggis; b) ki perhiasan yg menyerupai tampuk mang­gis; (memegang) ~ negeri (negara) (meme­gang) pemerintahan negeri (negara); ~ pe­merin­tah­an kuasa yg tertinggi dlm pemerin­tahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan, pimpinan yg ter­tinggi; ~ pistol gagang pistol; ~ subang baha­gi­­an subang yg dimasukkan ke dlm lubang cuping telinga; ~ susu lingkaran hitam seke­liling puting susu; ~nya masih bergetah ki ada mata pencari­an­nya; darah se~ pinang ki masih muda benar dan kurang berpengalaman; melanting menuju ~ prb tiap-tiap usaha tentu ada maksudnya; bertampuk ada tampuknya, memakai tam­puk; ~ bertangkai prb ada bukti yg kuat; bertampukkan menggunakan sesuatu sbg tampuk: tiga lapis bantal susun, ~ emas ber­permata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pu/] | تمڤوق

Definisi : ~ pinang a) sj burung, burung bunga, Calyptomena viridis; b) sj burung, burung seluit, burung takau, Calyptomena v. viridis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pu/] | تمڤوق

Definisi : 1 bahagian hujung tangkai yg melekat pd buah: ~ manggis. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; tangkai yg pendek; gagang: ~ pistol. 3 yg tertinggi (bkn kuasa dll); yg menjadi pokok pangkal; yg terutama: ~ pimpinan pe­mimpin yg tertinggi. bertampuk ada tampuknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan gagang: batang, tangkai, hulu, tapuk pemegang, pangkal,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pucuk, yang tertinggi, yang teratas, yang utama.,


Puisi
 

Hitam-hitam si tampuk manggis,
     Bunga kemuning luruh di hulu;
Hitam-hitam kupandang manis,
     Putih kuning tinggal dahulu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Pinang pulang ke tampuk.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya; sudah cocok benar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan mana yang betul? Motif Bunga Tampuk Manggis atau motif bunga tampuk manggisKedua-dua ejaan "Motif Bunga Tampuk Manggis" atau "motif bunga tampuk manggis" adalah betul bergantung pada ayat yang hendak disampaikan.Tatabahasa07.08.2014
MAKSUD PERKATAAN REMAJA, TAMPUK KEPIMPINAN NEGARAMengikut Kamus Dewan Edisi 4, remaja bermaksud mulai dewasa,sudah akal baligh,sudah cukup umur untuk berkahwin. Tampuk antaranya bermaksud yang tertinggi, (pimpinan sesuatu dll.,yang utama,yang pokok,pucuk. Kepimpinan bermaksud kupayaan memimpin. Remaja Tampuk Kepimpinan Negara bermaksud remaja mempunyai keupayaan untuk menjadi pemimpin dalam negara.Makna27.07.2007
Assalamualaikum, Dalam Kamus Dewan, tampuk ditakrifkan sebagai 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis;. Selalunya dalam percakapan harian, tampuk manggis bukan merujuk kepada tangkai buah tersebut tetapi pada bahagian dasar buah mangga yang berupa kelopak bunga (dikira kelopak untuk kenal pasti jumlaj ulas di dalam buah). Soalan saya, jika tampuk manggis ditakrifkan sebagai tangkai manggis, apakah nama bagi struktur bak kelopak bunga di bawah buah manggis dipanggil dalam bahasa melayu baku?Tiada maklumat nama untuk struktur seperti kelopak bunga di bawah manggis dalam pangkalan data DBP. Daripada carian kami dalam bidang pertanian terdapat dua istilah yang sering digunakan untuk merujuk bahagian tersebut.  Istilah yang dimaksudkan ialah kelopak stigma dan kelopak putik. Contoh penggunaan dalam ayat ialah, jumlah kelopak stigma menunjukkan jumlah bahagian buah.Istilah21.12.2017
Salam sejahtera, Di dalam ayat dialog yang berikut "kulitnya hitam-hitam ah"; adakah perkataan "hitam-hitam" ini diterima sebagai kata ganda? Sekian, terima kasih!

Untuk makluman, dialog merupakan bahasa percakapan dan bahasa percakapan tidak ada kawalan kerana manusia berkecenderungan bercakap apa-apa sahaja yang diinginkan. Walau bagaimanapun, kata ganda hitam-hitam boleh diterima sebagai kata ganda. Contoh dalam ayat, Hitam-hitam si tampuk manggis, putih-putih melati, merah-merah delima.

Tatabahasa06.07.2020
Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang_________ ulung ketika menerajui pentadbiran malaysia. A bangsawan B cendekiawan C negarawan D usahawan

Saudari,

Dalam konteks ayat di atas jawapan yang paling sesuai ialah 'negarawan'.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negarawan merujuk kepada 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg meme­gang atau pernah memegang tampuk peme­rin­­­tahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pe­mimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, keju­juran­nya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg nega­ra­wan.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa23.08.2012

Kembali ke atas