Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nah] | تانه

Definisi : a) kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa kebenaran kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nah] | تانه

Definisi : ark ukuran panjang yg bersamaan dgn enam kaki atau 1.8 meter, depa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nah] | تانه

Definisi : 1 lapisan bumi yg di atas sekali (tempat orang mendirikan rumah, bercucuk tanam dll): Beliau telah membeli sebidang ~ seluas lima ekar di Sabak Bernam. 2 kawasan bumi yg bersempadan, yg diperintah oleh sebuah kerajaan atau yg diduduki oleh sesuatu bangsa: ~ Melayu; ~ Jawa. 3 warna dasar pd kain dll. ~ datar (pamah) tanah yg rata. ~ gambut tanah lembut yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg reput. ~ gembur tanah yg subur yg terdiri drpd campuran pasir, tanah liat dan bahan organik yg reput. ~ jajahan negeri (negara) yg dijajah oleh negara asing. ~ liat tanah yg lekat apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan (biasanya digunakan utk membuat bata dll). ~ merah tanah liat yg di dlmnya terdapat zat besi dan biasanya digunakan utk membuat jalan. ~ pusaka tanah yg diwarisi turun-temurun. ~ rizab tanah simpanan atau tanah yg dikhaskan utk sesuatu tujuan atau utk sesuatu golongan. ~-tanih segala macam tanah. ~ tumpah darah tempat seseorang dilahirkan. ~ usang tanah yg tidak subur lagi. ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan orang ramai. bertanah mempunyai tanah; memiliki tanah: Orang-orang yg tidak ~ hendaklah diberi tanah hutan yg baru dibuka supaya mereka dpt bercucuk tanam, berkebun dan berladang. pertanahan hal-hal mengenai tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Kalau digali tanah berbingkah,
     tanah berderai yang akan bertemu.

Bermaksud :

Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(50)

10

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari dikatakan tanah lembap.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari dikatakan tanah lembap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud istilah bagi 'tanah kekal' , 'tanah pajakan' , 'tanah bebas' dan 'tanah pajakan 99 tahun pemberian kerajaan' .Menurut istilah terdapat dua jenis status tanah sahaja iaitu freehold -pegangan kekal (tanah yang menjadi milik kekal), dan leasehold - pegangan pajak(tanah yang akan diambil semula selepas 99 tahun). Yang dimaksudkan sdr. tanah kekal dan tanah bebas merujuk 'freehold' dan tanah pajakan dan 99 tahun pemberian kerajaan merujuk 'leasehold'. Walau bagaimanapun istilah yang terbaharu dan tepat ( dalam bahasa Melayu) ialah seperti yang di atas.Makna10.05.2007
mohon semak ayat berikut - 2.1 Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2.2 Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

1.  Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam.

2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

Kedua-dua contoh yang diberikan berkaitan dengan soalan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum ini penggunaan frasa 'di dalam' dalam kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat. Walau bagaimanapun seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Oleh itu, sila rujuk pakar yang arif tentang laras bahasa undang-undang dan tafsiran setiap kata yang termaktub dalamnya.

Tatabahasa17.02.2011
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan 'sultanate land' mengikut konteks tanah sama ada 'tanah kesultanan' atau 'tanah sultan'? Contoh ayat seperti yang berikut: "Any law relating to sultanate land".Salam sejahtera,

Saudari, padanan yang sesuai bagi perkataan "sultanate land" ialah tanah kesultanan.
Makna17.07.2020
jawapan yang diberi oleh dbp masa bulan mac: Antara kesan tanah runtuh (ialah) berlaku tanah runtuh. "berlaku tanah runtuh" ialah frasa kerja kan? mengapakah guna kata pemeri "ialah"? saya difahamkan lepas kata pemeri "ialah" perlu guna frasa nama.Mohon maaf.

Kata "berlaku" dalam ayat tersebut membawa makna adjektif (sedang berlangsung/terjadi). Ayat yang betul:
Antara kesan tanah runtuh adalah berlaku banjir lumpur.
Lain-lain17.07.2018
assalamualaikum.saya ingin bertanya kepada pihak anda apakah yang dimaksudkan dengan tanah bencah?Tanah bencah dimaksudkan sebagai tanah yg berlumpur atau berpaya. Contohnya seperti sawah padi.Makna17.10.2007
1. Saya ingin tahu apakah perbezaan antara 'sehelai" dan "sekeping"? 2. Adakah penggunaan "sekeping tanah" betul? Bagaimana pula dengan "sebidang tanah"? 3. Apakah perbezaan antara "sekeping tanah" dan "sebidang tanah"? Terima kasih.
1. Menurut data kami, perkataan sehelai bermaksud satu helai manakala sekeping bermaksud satu keping.
2. Penjodoh bilangan yang betul ialah sebidang tanah.
3. Penggunaan penjodoh bilangan yang tepat ialah sebidang tanah.
Tatabahasa10.10.2017
land clearing (lombong)Pemugaran Tanah /Pembersihan TanahIstilah13.01.2011
Nama Cameron Highlands sudah ditukar secara rasmi menjadi Tanah Tinggi Cameron atau tidak? Cameron Highlands = Tanah Tinggi Cameron Genting Highlands = Tanah Tinggi Genting Nama khas yang mana harus digunakan?Tidak ada pewartaan tentang pertukaran nama tempat daripada Cameron Highlands kepada Tanah Tinggi Cameron dan Genting Highlands kepada Tanah Tinggi Genting. Walau bagaimanpun terdapat kecenderungan sebilangan penulis menggunakan padanan nama, iaitu Tanah Tinggi Cameron bagi merujuk Cameron Highlands.Istilah06.10.2015
Saya masih keliru dengan perkataan "tanahair". Adakah satu perkataan atau "tanah air"? Bagaimana pula dengan "Malaysia Tanahairku". Mohon penjelasan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "tanah air", tanah air ialah kata majmuk yang tidak tergolong dalam kata yang telah mantap dan dieja sebagai satu perkataan. "Malaysia Tanah Airku", ku sebagai singkatan kepada aku perlu bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya.Ejaan05.07.2011
Saya ingin mendapat pandangan & nasihat mengenai cadangan menyedia atau menamakan suatu projek. Sebagai contoh suatu projek membina kemudahan tapak pelupusan telah dicadangkan di atas kawasan tapak ladang kelapa sawit yang telah diambil alih. Maklumat & situasi perkara ini adalah seperti berikut. Lokasi : Tanah Merah, Port Dickson, Negeri Sembilan Pemilik Tanah Asal : Sime Darby Plantation Bhd. Kegunaan Tanah Asal : Ladang kelapa sawit (dinamakan sebagai Ladang Tanah Merah (Tanah Merah Plantation) Tanah Diambil Alih Bagi Tujuan : Cadangan Projek Tapak Pelupusan Sanitari Oleh itu, antara (a) & (b) dibawah, manakah cadangan nama projek/kemudahan yang lebih tepat atau sewajarnya digunakan bagi menyediakan kemudahan berkaitan tapak pelupusan sanitari? a) Projek Tapak Pelupusan Sanitari Di Ladang Tanah Merah, Port Dickson; atau b) Projek Tapak Pelupusan Sanitari Di Tanah Merah, Port Dickson. Sekian, terima kasih.Pada pandangan kami, cadangan nama projek yang tepat ialah Projek Tapak Pelupusan Sanitari di Tanah Merah, Port Dickson.

Berdasarkan penerangan tuan, Ladang Tanah Merah digunakan untuk penanaman kelapa sawit pada kegunaan asal. Bagi kegunaan pelupusan sanitari, aktiviti berbeza dengan kelapa sawit.  Penggunaan perkataan Ladang Tanah Merah tidak sesuai digunakan melainkan nama tersebut merupakan nama khas yang sudah didaftarkan atau digazetkan..
Tatabahasa02.09.2014
12345678910...

Kembali ke atas