Assalamualaikum Ejaan sebenar tanah suci/tanah haram atau Tanah Suci/Tanah Haram? Dalam kamus dewan edisi keempat sendiri terdapat 2 versi ini. Penggunaan huruf kecil "tanah suci" pada entri manakala dalam contoh ayat yang dikemukakan digunakan huruf besar "Tanah Suci/Tanah Haram. Antara kedua-duanya, yang manakah LEBIH TEPAT? Terima kasih. | 1. Frasa "tanah suci" dan "tanah haram" ialah kata nama umum dan dieja dengan huruf kecil. Dari segi semantik, boleh jadi di mana-mana sahaja tempatnya, mengikut kepercayaan agama masing-masing. 2. Frasa tersebut menjadi kata nama khas apabila merujuk satu tempat yang tertentu seperti Mekah/Makkah, Palestin dan sebagainya. Apabila kata tersebut menjadi kata nama khas maka ejaannya berhuruf besar pada huruf pertama kata tersebut (seperti ini; Mereka menunaikan ibadah haji di Tanah Suci). Sila rujuk kamus DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Ejaan | 27.05.2024 |
mohon semak ayat berikut - 2.1 Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2.2 Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). | 1. Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). Kedua-dua contoh yang diberikan berkaitan dengan soalan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum ini penggunaan frasa 'di dalam' dalam kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat. Walau bagaimanapun seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Oleh itu, sila rujuk pakar yang arif tentang laras bahasa undang-undang dan tafsiran setiap kata yang termaktub dalamnya. | Tatabahasa | 17.02.2011 |
Yang manakah lebih tepat antara 3 ayat berikut: 1. Tanah itu dibajai oleh Ali 2. Tanah itu dibaja oleh Ali 3. Tanah itu dibajai Ali Adakah perkataan yang menggunakan apitan 'di......i' boleh disertai Kata Sendi nama 'oleh' selepas kata kerja pasif? | Ketiga-tiga ayat tersebut betul penggunaan ayat pasif. Kata sendi nama "oleh" digunakan selepas kata kerja pasif. Namun, "oleh" boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna ayat tersebut. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga di halaman 209 dan 491 untuk keterangan lebih lanjut. | Tatabahasa | 10.02.2013 |
1. Saya ingin tahu apakah perbezaan antara 'sehelai" dan "sekeping"? 2. Adakah penggunaan "sekeping tanah" betul? Bagaimana pula dengan "sebidang tanah"? 3. Apakah perbezaan antara "sekeping tanah" dan "sebidang tanah"? Terima kasih. | 1. Menurut data kami, perkataan sehelai bermaksud satu helai manakala sekeping bermaksud satu keping. 2. Penjodoh bilangan yang betul ialah sebidang tanah. 3. Penggunaan penjodoh bilangan yang tepat ialah sebidang tanah. | Tatabahasa | 10.10.2017 |
1. makan angin di Tanah Tinggi Cameron 2. makan angin ke Tanah Tinggi Cameron Ayat manakah yang betul? | Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Ayat yang lebih tepat ialah "makan angin ke Tanah Tinggi Cameron." | Tatabahasa | 16.03.2013 |
salam.. saya ingin tahu peribahasa yg mana satu yg betul. 1- seperti belanda mendapat tanah 2- seperti belanda meminta tanah tq | Yang betul ialah bagai Belanda minta tanah. | Lain-lain | 06.04.2008 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Jalan ke atas Tanah Tinggi Cameron bengkang-bengkok. 2. Jalan untuk ke Tanah Tinggi Cameron bengkang-bengkok. Sekiranya salah bolehkah saya tahu mengapa? Apakah ayat yang betul untuk menyampaikan maksud yang sama seperti di atas. terima kasih :) | Ayat yang gramatis ialah "Jalan menuju ke Tanah Cameron Hinghlands berbengkang-bengkok. | Tatabahasa | 04.04.2018 |
Tuan, saya difahami bahawa Luruh pula bermaksud gugur kerana sudah masak (buah-buahan). Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka pada 07.02.2012. Oleh itu, adakah ayat ini betul? Ayat: Datuk mengutip buah rambutan yang gugur ke tanah? Soalan saya seperti berikut: 1. gugur ke atau / gugur di ? 2. di atas tanah / di tanah ? 3. kawasan lantai di dusun disebut tanah atau lantai? 4) Jika ayat ditukar kepada perkataan luruh, adakah luruh dalam ayat digunakan dengan tepat? Datuk mengutip buah rambutan yang luruh di atas tanah? | Ayat yang betul ialah “Datuk mengutip buah rambutan yang gugur ke tanah” dan “Datuk mengutip buah rambutan yang luruh di atas tanah” | Tatabahasa | 06.01.2022 |
apakah yg dimaksudkan dgn huma | Maksud huma menurut Kamus Dewan Edisi Empat: 1. ladang padi (di tanah kering); 2. tanah yg baru dibuka (ditebas hutannya) | Makna | 25.07.2007 |
Apakah terjemahan bagi yang berikut: 1. Landed Property 2. Non Landed Property Terima kasih | 1. Harta Tanah 2. Harta Tanpa Tanah | Penyemakan dan penterjemahan | 12.10.2018 |