Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
jawapan yang diberi oleh dbp masa bulan mac: Antara kesan tanah runtuh (ialah) berlaku tanah runtuh. "berlaku tanah runtuh" ialah frasa kerja kan? mengapakah guna kata pemeri "ialah"? saya difahamkan lepas kata pemeri "ialah" perlu guna frasa nama.Mohon maaf.

Kata "berlaku" dalam ayat tersebut membawa makna adjektif (sedang berlangsung/terjadi). Ayat yang betul:
Antara kesan tanah runtuh adalah berlaku banjir lumpur.
Lain-lain17.07.2018
Gerakan menyelamat /penyelamat mangsa tanah runtuh diteruskan hingga pagi. Perkataan yang manakah sesuai digunakan dan mengapa?Gerakan menyelamat mangsa tanah runtuh diteruskan hingga pagi. Perkataan menyelamat merujuk kepada perbuatan, manakala penyelamat ialah orang yang menyelamat.Tatabahasa05.03.2012
Antara kesan tanah runtuh ialah berlaku banjir lumpur. Kata pemeri harus diikuti dengan frasa nama. Ayat di atas dikatakan betul (daripada jawapan yang dijawab oleh pegawai DBP bagi pertanyaan pengguna lain pada 14.03.2018 di laman "khidmat nasihat". Adakah "berlaku banjir lumpur" merujuk kepada the ocurrence (noun in English) of mud flood , harus ditukarkan kepada "Antara kesan tanah runtuh ialah "kejadian" banjir lumpur. Biasanya, saya akan menulis "Antara kesan tanah runtuh ialah berlakunya banjir lumpur." untuk merujuk kepada maksud "the occurence of mud flood". Antara kebaikan melancong dalam negara ialah menggalakkan ekonomi negara. Adakah ayat ini juga harus diubah Bagaimanakah dengan ayat dalam "Istilah Bahasa Melayu - Kebaikan" - terpapar ayat "Antara kebaikan DTV ialah boleh dimampatkan dan mudah diedit. " Minta pencerahan.

Ayat “Antara kesan tanah runtuh adalah berlakunya banjir lumpur.” Dalam ayat ini, kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan lebih sesuai digunakan bagi menyampaikan makna yang dimaksudkan.

Ayat “Melancong dalam negara dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.” diberikan sedikit penambahbaikan.

Ayat yang sesuai ialah “Antara kebaikan DTV adalah boleh dimampatkan dan mudah diedit.”

Untuk makluman, bukan semua ayat sesuai menggunakan kata pemeri, bergantung pada kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat. Penggunaan kata pemeri ada, kalanya membawa unsur lewah, contohnya "Permohonan ini adalah boleh dipertimbangkan oleh pihak sekolah."

Ayat ini dicadangkan untuk digugurkan kata pemeri “adalah” kerana membawa unsur lewah. Ayat yang sesuai digunakan ialah "Permohonan ini boleh dipertimbangkan oleh pihak sekolah."

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP 2015) halaman 263 - 265.

Tatabahasa24.07.2025
penggunaan "ialah" dan "adalah": 1) Antara kesan berlaku tanah runtuh (ialah/adalah) berlaku banjir lumpur. 2) Maksud perkataan "uzur" (ialah/adalah) tua.1) Antara kesan  tanah runtuh ialah berlaku banjir lumpur.

2) Maksud perkataan uzur adalah tua.
Tatabahasa14.03.2018
Adakah tanah runtuh merupakan kata majmuk?

"Tanah runtuh" ialah kata majmuk. Kata majmuk merupakan bentuk kata yang wujud, apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Makna kedua-dua perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:

i. Tanah - permukaan bumi

ii. Runtuh - jatuh atau roboh

Apabila kedua-dua perkataan tersebut digabungkan, maka wujudnya kata majmuk,  "tanah runtuh", iaitu merujuk kepada fenomena geologi yang melibatkan tanah atau batuan runtuh dari cerun atau kawasan tinggi – satu makna yang khusus, berbeza daripada makna perkataan asal secara berasingan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga  (DBP, 2015), halaman 48 - 49.

Tatabahasa06.09.2025
Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. Berdasarkan soalan...kalau saya letakkan perkataan "remuk", adakah ia sesuai bagi ayat tersebut?Sekian,terima kasih.Remuk bermaksud hancur menjadi kecil-kecil atau hancur berkecai lazimnya digunakan bagi barang barangan kecil dan sederhana seperti gelas dan kereta. Perkataan remuk tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa22.03.2012
1. Kakak____rumah dengan menannam pokok bunga kertas. A. perindahi kawasan halaman B. memperindah kawasan laman C. mengindahkan kawasan halaman 2. Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. 3. Kumpulan pelajar itu ____ gunung yang tertinggi A. terdaki B. mendaki C. berdaiki D. didaki1. Kakak memperindah kawasan laman rumah dengan menannam pokok bunga kertas. 
2. Rumah banglo ranap/musnah akibat kejadian tanah runtuh.
3. Kumpulan pelajar itu mendaki gunung yang tertinggi.
Tatabahasa21.03.2012
Soalan ini berkaitan dengan ejaan nama tempat di Malaysia. Timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung laporan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bunga Pulau Pinang. Kenapa semua akhbar dan semua stesen TV menggunakan ejaan dan sebutan sebagai `Tanjung Bungah' yang sememangnya popular digunakan sejak era awal dulu. Bukankah mulai 1972 kita telah menguatkuasakan pengunaan ejaan baharu. Apa ketetapan DBP tentang hal ini. Elok juga dimaklumkan kepada semua akhbar dan stesen Radio/TV bagi mewujudkan keselearasan agar tidak berulang kesilapan. Untuk makluman, nama beberapa tempat lain juga perlu diselaraskan seperti `Simpang Ampat' di Pulau Pinang, `Simpang Anam' di Johor. Begitu juga dengan Ayer Hitam, Air Hitam dan Air Itam.Untuk makluman tuan, penentuan tatanama geografi tidak mudah kerana nama-nama khas ini dikaitkan dengan berbagai jenis konteks dan semuanya ini diselubungi emosi dan masing-masing mempertahankan tradisi tempatan. Sejak tahun 1970-an lagi, selepas Ejaan Rumi Baru Melayu diperkenalkan, kami telah menerima permintaan daripada pelbagai pihak untuk mengekalkan tradisi ejaan masing-masing. Misalnya, pengekalkan grafem yang menggunakan ejaan <ch> seperti <Cheras>, <Puchong>, dan <Kuching> yang terpaksa dikekalkan. Begitu juga dengan ejaan "Ipoh"  (sepatutnya Ipuh) yang diminta oleh Kerajaan Negeri Perak supanya dikekalkan. Kami juga mencadangkan nama-nama yang dieja menurut ejaan Inggeris seperti <Klang> dan <Trengganu> diubah menjadi Kelang dan Terengganu. Walau bagaimanapun, hanya Terengganu sahaja yang menunjukkan hasil positif. Klang tetap Klang, dan demikian juga nama-nama tempat yang serupa itu.

Berikutan hal tersebut, tatanama geografi yang telah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan ejaan asalnya. Penamaan nama tempat sekarang perlu mengikut ejaan bahasa Melayu yang telah diselaraskan. 
Lain-lain26.10.2017
Apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah rock shed? Rock shed ialah binaan berbentuk terowong jalan raya yang dibina sepanjang cerun bukit untuk menangani kejadian tanah runtuh. (Sumber istilah: https://www.kkr.gov.my/ms/pembinaan-cerun-kaedah-rock-shed-di-laluan-ft185)Padanan bahasa Melayu bagi istilah rock shed ialah pelindung batu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah30.11.2023
tolong betulkan ayat ini jika ada kesalahan. Tragedi Kondominium Highland Tower runtuh ini berlaku dalam tahun 1993 di Taman Hillview, Ulu Klang. Ia merupakan satu tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia dalam bulan November dan Disember membawa hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilatTragedi keruntuhan Kondominium Highland Tower di Taman Hillview, Ulu Kelang berlaku pada tahun 1993. Ia merupakan tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia sehingga kini. Lazimnya hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat berlaku pada bulan November dan Disember.Tatabahasa09.04.2013
12

Kembali ke atas