apa maksud momento? | Momento bermaksud tanda mata atau cenderamata. | Makna | 23.11.2016 |
yang manakah betul untuk digunakan cenderamata atau cenderahati | Cenderamata, cenderahati, cenderadurja atau tanda mata ialah perkataan yang bersinonim (mempunyai makna yang sama atau hampir sama). Kesemuanya betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan yang sering/biasa digunakan ialah cederamata. | Lain-lain | 07.05.2005 |
Saya ingin mengetahui tentang penggunaan kata cenderahati atau cenderamata? yang manakah lebih tepat penggunaannya dan apakah alasan yang berkaitan | Cenderamata, cenderahati, cenderadurja atau tanda mata ialah perkataan yang bersinonim (mempunyai makna yang sama atau hampir sama). Kesemuanya betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan yang sering/biasa digunakan ialah cederamata. | Lain-lain | 19.04.2009 |
apakah perbezaan penggunaan kata cenderamata dan cenderahati? Apakah makna tersendiri kata cenderamata dan cenderahati? | kedua-dua membawa maksud yang sama. cenderamata 1. sesuatu yg diberikan kpd orang lain sbg tanda ingatan, cenderadurja, cenderahati, tanda mata; 2. kekasih, buah hati. | Tatabahasa | 10.07.2007 |
Beza antara cenderamata dan cenderahati, tengok kamus macam sinonim,adakah kedua_kedua boleh diguna suka hati? | Cenderamata dan cenderahati, kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan, pemberian dan tanda mata. Sehubungan dengan itu, kedua-duanya boleh digunakan. | Makna | 25.10.2016 |
Salam, 1. Bunyi yang (kuat) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. 2. Bunyi yang (bising) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Soalan : Adakah (kuat) dan (bising) betul digunakan dalam ayat no.1 dan ayat no.2 ? 3. (Pokok-pokok) di kampung itu musnah kerana dipukul ribut kencang. Soalan : Adakah (pokok-pokok) betul/boleh digunakan dalam ayat no.3 ? 4. Maksud (tanda mata) ialah (a) hadiah (b) pemberian percuma atau ada jawapan lain yang lebih sesuai ? Sekian, terima kasih. | 1. Perkataan bising yang sesuai untuk ayat tersebut. 2. Pokok tidak sesuai digunakan untuk ayat tersebut, sebaliknya rumah atau bangunan lebih sesuai. 3. Tanda mata ialah hadiah untuk kenangan atau barang pemberian untuk peringatan. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana? | Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata."). | Ejaan | 19.03.2012 |
Adakah terdapat perbezaan antara penggunaan tanda baca bahasa Inggeris dan bahasa Melayu? Penggunaan semicolon (noktah bertitik), hyphen (tanda sempang), dash (tanda sengkang) dan sebagainya? Sebagai contoh, Najib terluka; dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya. Atau Najib terluka. Dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya (yang lazim ditulis). Terima kasih | Untuk penggunaan tanda baca dalam bahasa Melayu, gaya penerbitan DBP berpandukan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga dalam Bab 6. Semicolon atau tanda koma bertitik(;) digunakan seperti yang berikut: (a) Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. (Contoh ayat: Malam makin larut; kerja masih banyak.) (b) Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. (Contoh ayat: Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.) (c) Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. (Contoh ayat: Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za`ba, disesuaikan ke dalam bentuk buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.) (d) Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. (Contoh ayat: Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.) Berdasarkan huraian di atas, contoh yang tuan/puan berikan tidak sesuai menggunakan tanda koma bertitik dan perlu dipisahkan dengan tanda noktah. | Tatabahasa | 04.12.2018 |
Salah sejahtera. Adakah kita perlu meletakkan tanda koma (,) sebelum kata hubung 'tetapi', 'dan' serta 'jadi'? | Tanda koma (,) digunakan sebelum kata hubung gabungan "tetapi" yang membawa maksud "pertentangan fakta" dalam ayat majmuk. contoh: Kerajaan berusaha hendak membendunng pengaruh kebudayaan barat yang negatif, tetapi anak-anak muda pula kian tergila-gila mengikutinya. Tanda koma sebelum "dan"bergfungsi sebagai kata hubung setara untuk memisahkan ayat-ayat atau klausa yang fakta-faktanya berurutan yang membawa maksud "serentak", "bersama" atau "berurutan". Contoh: Mohd baru sahaja kematian kedua-dua ibu bapanya, dan menjadi anak yatim piatu. Kata Jadi boleh digunakan di awal ayat, tapi perlu meletakkan koma selepas perkataan "Jadi" Contoh, Jadi, tegaslah bahawa setiap ahli keluarga khususnya ibu bapa tidak harus bersifat materialistik semata-mata. | Tatabahasa | 16.01.2019 |
Salam sejahtera, Adakah "Mere Receipt" sesuai diterjemahkan sebagai "Resit tanda", "Resit Mer" atau "Resit semata-mata"? Jika tidak, sila nyatakan pendapat anda. "Merereceipt" adalah sejenis resit yang dikeluarkan oleh pihak bank. Contoh ayat: The terms of the Contract of Mere Receipt Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang mere receipt dalam pangkalan data kami. Kami juga tidak menemukan sebarang maklumat melalui carian di internet. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.01.2018 |